Mulu (4) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum (1)

entry sebelum (2)

entry sebelum (3)

Malam tu aku tidur dengan perasaan yang sangat happy sebab dah berjaya sampai ke pinaccles siang tadi. Aku rasa semua orang pun sama. Bak kata Julie, kitaorang tak lah fit sangat. Kalau pergi hiking dengan group otai, mau kena kutuk πŸ˜€ . Tapi semangat masing-masing macam nak pergi berperang kan, berjaya jugaklah. Kami 8 orang ni masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Dan sebab kelemahan dan kelebihan itulah, kami saling melengkapi. Thanks korang!Muah!Muah!Muah! πŸ˜€

rindukan tempat tidur ni :). Kredit: Julie

gambar kenangan sebelum tinggalkan Camp 5. Kredit: Julie

Dalam happy-happy pun, badan sakit woooo. Pusing sini tak kena, pusing sana tak kena. Last-last tidur menegak je. Keesokannya, pagi-pagi kena bangun, siapkan breakfast dan sedia untuk balik ke Kuala Litut. 8km jalan lagi! Dengan sengal-sengal seluruh badan, kami tinggalkan Camp 5 dengan senyum di hati dan kenangan di ingatan. Insyaallah, ada rezeki kembali lagi πŸ™‚ . Group pecah 2 lagi, aku, Kay, Fad, Yat dan Thirah di belakang. Beg ringan, jalan pun best πŸ™‚ . Dalam pukul 11 lebih kami sampai di Kuala Litut, bot dah sedia menanti. Sampai di HQ, check in lagi dan rehat-rehat kejap sebelum buat aktiviti petang tu.

Gua dan kelawar

Pukul 2.30 petang, kami berkumpul lagi di depan ofis HQ untuk aktiviti seterusnya. Kali ni melawat Gua Lang dan Gua Rusa. Dua-dua gua ni sangat cantik. Dari tempat berkumpul ke pintu gua ambil masa lebih kurang 1 jam jalan kaki.

dalam Gua Lang

macam lubang bola boling kan?

shower lagi

me with “giant jellyfish”

“Not the biggest but certainly one of the most beautiful caves in the park. Was discovered by a local Berawan man named Lang Belarek”…itulah asal usul nama Gua Lang

Selesai di Gua Lang, kami ke Gua Rusa (dengan harapan berjumpa rusa πŸ™‚ ). Kenapa dinamakan gua rusa??

Sebab dulukala, kat sini banyak rusa. Rusa-rusa ni datang ke gua ni untuk dapatkan garam yang mana boleh didapati dari guano (tahi kelawar). Di Gua Rusa ni ada lebih dari 12 spesis kelawar yang menghasilkan banyak guano. Bila dah banyak rusa datang sini, maka ramailah pemburu yang datang. Sebab tu dah tak de rusa πŸ™‚ .

Dari pintu masuk Gua Rusa

imej popular di sini, Abraham Lincoln

Garden of Eden

beberapa shower di depan pintu masuk gua

Selesai di Gua Rusa, kami ke kawasan lapang untuk tengok perarakan kelawar keluar mencari makan. Biasanya dalam pukul 6 petang, dah start keluar. Lama jugaklah kami tunggu, sempat berborak dengan 1 group Korean girls. Kecoh betul diorang nih. Dengan Thirah yang melayan. Sembang pasal dunia hiburan Korea. Mula-mula segan nak tegur, last-last jadi macam kawan lama bila bercakap pasal artis Korea πŸ˜€ .

malaysian girls vs korean girls πŸ™‚

tempat tengok kelawar

kelawar dijangka keluar dari sini

Yes, tu dia!

bentuk bulat

Habis tengok kelawar, kami balik ke chalet untuk berkemas. Esok dah nak balik dah :(. Tapi ada satu lagi aktiviti sebelum balik esok, Canopy walk.

Canopy Walk bersama Sierra

Pagi hari terakhir di Mulu Park, kami jalan-jalan di canopy, tree-based canopy yang terpanjang di dunia. Tapi aku macam lagi suka kalau canopy ni tinggi. Guide Sierra ni banyak cakap. Macam-macam yang dia kongsi, seronok dengar dia bercerita. Rasa macam masuk kelas alam dan manusia. Siap buat test lagi. “Yang sedang ambil gambar tu pun kena jawab soalan saya”..hahahhah. Berpeluh ketiak jugaklah jalan-jalan pagi tu. Jam 11 pagi kami dah habis. Dalam perjalanan pulang ke ofis pun Sierra bercerita lagi. Dengan pengalaman dia yang hampir 19 tahun tu, petik jari je lah pasal ilmu dalam hutan ni.

5 hari di Mulu Park, sangat best. Plus boleh rapatkan lagi persahabatan dengan budak-budak gunung ni. Siapa sangka kan, 1st date di Kinabalu, terus kekal sampai sekarang. Sebab minat yang sama πŸ™‚ . Aku rasa kalau kita kenal lebih awal, mungkin kita dah ke Everest. Hahahahahahah :P.

OK, jumpa korang di Jelawang πŸ˜‰

Mulu (3) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum (1)

entry sebelum (2)

Camp 5 ke Pinnacles –

Seawal jam 6.30 pagi kami dah siap untuk bergerak. Kalau start lewat, takut sampai lewat. Kalau sampai lewat takut tak dapat naik ke pinnacles. Malam sebelum guide Bugly dah bagi briefing sikit-sikit. Kitaorang bawa bekal nasi impit dan serunding daging dan makanan-makanan tambahan masing-masing. Air sorang bawa 2 botol 1.5L. Aku bawa extra 100+ setin. Breakfast dengan roti. Tak boleh nak makan sangat sebab risau :P.

sebelum mula pendakian

Maka berjalanlah kami 8 orang plus guide dalam kegelapan jam 6.30 pagi. Gelap time tu, kena pakai headlamp. Nasib baik hujan lebat semalam tak sampai ke pagi. Kalau tak harus cancel. Dalam 300m, aku dah penat. Trek memang dah start mendaki. Mendaki akar-akar pokok dan batu-batu yang licin berlumut. Tambah licin sebab hujan semalam. Sampai di km berapa ntah, dengar suara-suara mat salleh kat belakang. Kitaorang bagi je diorang potong. 900m dari starting point kami sampai di mini pinnacles selepas 1 jam kemudian. Tempat rehat dan boleh simpan air 1 botol kat situ. Bawa 1 je naik ke pinnacles. Tak de lah berat nak naik. Tapi kalau mampu, bawa je 2-2 botol ke atas sebab dahaga gila. Sebab group yang naik pun tak ramai, so selamatlah air kitaorang kat situ πŸ™‚ . Dah puas rehat di mini pinnacles, kitaorang sambung jalan. Sebab kalau pukul 11 tak sampai lagi di 1st tangga, tak boleh naik dah ke pinnacles. Takut tak sempat turun, hari gelap.

pokok bentuk zirafah

mini pinnacles

Trek 900m ke atas ni sangat teruk. Kalau tak kuat semangat, ada yang patah balik ni. Tapi nak patah balik pun seksa. Fikir 2 kali jugak. So baik teruskan aje πŸ˜‰ . Aku dah tak larat nak keluarkan kamera. Nurul je bertenaga lagi. Banyak gambar dia ambil. Kami jadi model ajelah πŸ˜€ . Thanks Nurul! Banyak kali kami berhenti untuk rehat dan berposing. Guide pun tension agaknya. Asyik tengok jam je hehhehe. Mungkin nanti-nanti kalau dia nampak nama Nurul and the gang, sure dia surrender nak jadi guide. Makin tinggi kami daki, hari pun makin cerah. Barulah nampak view yang cantik-cantik. Awan cantik. Tapi tak boleh lawan awan Kinabalu lah.

Akhirnya kami jumpa tangga pertama lebih kurang jam 9.50 pagi. Tangga 90 darjah, tangan mesti kuat, kaki mesti kukuh berpijak. Seterusnya kami kena naik lagi 14 tangga, so total 15 tangga semuanya untuk sampai ke pinnacles. Yang 14 tangga ni lagi azab. Yat kata macam nak pergi bunuh diri je. Yat, tak terkejut ke husband mu tengok gambar cuti-cuti malaysia wifenye? hehe.. lagi 100m nak sampai , selisih dengan mat salleh tadi. Diorang siap tidur lagi kat atas tu..huhuu bestnye boleh lepak lama :(. Diorang say well done la macam-macam lagi. Terkejut kot tengok kitaorang sampai. Bukan separuh, semua 8 orang πŸ™‚ .

ini tangga pertama

lagi 100m nak sampai

Aku tak tau nak cakap apa bila sampai kat atas tu. Syukur sangat, sampai dengan selamat. Tak sangka sampai jugak kat situ. Selama ni tengok pinnacles dalam gambar je. Dan aku baru tau yang kitaorang tak kan sampai ke pinnacles tu. Cuma usha dari jauh je. Aku ingat bolehla pegang-pegang, peluk-peluk ke. Lepak kat atas kejap je, awan dah mendung. Pukul 12 dah nak kena turun. Makan kelam kabut, ambil gambar cepat-cepat, kami pun turun.

Turun sangat susah! Especially part yang 90 darjah sebab mesti kena mengundur then tak dapat tengok kaki nak mendarat kat mana. Memang slow habis. Agaknya tension tengok kitaorang slow, guide Bugly pintas aku dan Thirah. Dia yang direct Thirah macam mana nak turun dan suruh Thirah inform aku macam mana nak turun πŸ™‚ . Okla, daripada tak bantu apa-apa kan. Sampai di mini pinnacles, perut lapar giler. Dah lah kat atas tadi lawan dengan Adeq nasi impit siapa habis dulu (kes nak bagi beg ringan), kan dah menyesal tak de bende nak makan πŸ˜› .

Lepak-lepak kejap, then terus turun. Sampai ke 500m, hujan la pulak. Sebelum hujan tu, angin kuat sangat dalam hutan. Takut ranting pokok jatuh atas kepala. Β  Dengan pakai baju hujan, susah giler la nak turun. Pukul 5.30ptg kami sampai ke Camp 5 dengan selamat dan lebam-lebam di kaki. Kena sikit je kat batu-batu tu, terus lebam eh. Kaki Fad dan Thirah, dah macam mangsa dera.

Untuk menunaikan hajat di hati nak mandi sungai (sebab kat Clearwater cave tak sempat mandi), kami terus terjun ke sungai depan camp. Tak peduli hujan. Dalam hati kata tak pe, hujan kat sini bersih, tak de pencemaran udara. Insyaallah tak demam πŸ™‚

sambung nanti yeeee….

Mulu (2) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum

Gua Angin dan Gua Air Jernih (Wind Cave & Clearwater Cave)

Aktiviti hari ke-2 di Mulu, jalan-jalan tengok gua lagi. Banyak betul gua kat sini. Jam 9.15 pagi bertolak dari HQ. Naik bot jugaklah. Sebelum sampai di gua, kami singgah dulu di perkampungan kaum Penan di tepi Sungai Melinau untuk tengok hasil kraftangan diorang. Tapi sekejap sangat, tak sempat nak buat analisis harga πŸ™‚ .

Tempat jual barang kraftangan

“guna hidung pun boleh

Jam 10 pagi bertolak ke gua. Dalam 10 minit kemudian sampai. Gua Angin lagi cantik dari Gua Lagang sebelum ni. Biasala kan mesti simpan yg best untuk last-last. Sebab apa nama Gua Angin? Sebab kat dalam tu macam ada aircond dan juga bentuk-bentuk batu kat dalam gua tu terhasil dari tindakbalas angin (ye ke korang??). Tak ingatlah apa guide Eugyne bagitau. Dalam gua ni, kita dapat tengok macam-macam bentuk batu. Terpulang kepada imaginasi masing-masing. Ada macam iguana, helang, pink panther. Kitaorang kat sini lebih kurang sejam.

Kemudian proceed ke Gua Air Jernih pulak. Gua-gua ni sebelah-menyebelah je. Sebelum naik ke Gua Air Jernih, kitaorang lepak dulu kat satu kawasan lapang. Di depanya ada sungai yang airnya sangat jernih. Itulah asal usul nama gua ni (kalau tak silap). Mat saleh senang lah main cabut je baju dan terjun. Kitaorang ni susah jugaklah nak bersalin bagai. Airnya sangat sejuk!

kami hanya sempat celup-celup kaki sahaja

Untuk ke Gua Air Jernih, kena naik tangga tinggi! Lelah jugaklah nak sampai kat pintu gua. Dalam Gua Air Jernih ni, kami jumpa batu-batu yang terbentuk akibat pancaran cahaya matahari. Ada macam pinnacles kecil-kecil. Dalam gua ni juga punca air sejuk yang kat luar tadi. Dalam ni lagiiiii sejuk! Bersebelahan dengan gua ni, ada Lady Cave (Gua Perempuan?). Di dalamnya ada batu yang berbentuk seperti wanita muda, kalau tengok dari angle lain macam wanita tua dan angle lain lagi macam Pinnochio (dari pempuan last-last jadi Pinnochio pulak). Ada juga batu berbentuk orang bercium πŸ™‚ .

Guide Eugyne di pintu Gua Air Jernih

Dari dalam Gua Air Jernih


Pintu masuk Lady Cave

Hampir ke pukul 1 petang,Β  kami dah ready untuk naik bot lagi untuk ke Kuala Litut. Dari Kuala Litut kena jalan kaki sejauh 8km untuk sampai di Camp 5, tempat menginap sebelum naik ke pinnacles.

Angkut barang di Kuala Litut

Kuala Litut – 8km yang sengsara

Jalan dari Kuala Litut ke Camp 5 sangat senang. Jalan yang mendatar saja. 2 kali kena cross sungai naik jambatan gantung, lain-lain boleh berlari je. Boleh berlari tanpa beg πŸ™‚ . Ada satu part je yang berbukit sikit. Kitaorang upah 2 porter untuk bawa barang makanan. Di Camp 5 nanti kena masak sendiri. Syukur sangat ada porter. Yang buat aku sengsara, beg aku. Aku tak taulah apa benda aku sumbat, berat giler. 1km aku jalan, rasa macam nak patah bahu. Mungkin Fad nampak aku macam dah tak daya, dia offer tukar bawa beg. Dia bawa beg aku, aku bawa beg dia. Ya Allah, aku rasa satu rahmat! Thanks a lot Fad! Aku bukan setakat terhutang budi, terhutang nyawa pun ye dengan ko Fad πŸ˜‰ . Mana tau kalau aku terus bawa beg aku tu sampai Camp 5, ntah-ntah bahu aku patah, tulang belakang cedera, aku naik bukit lalu tergolek dan cedera (hahahha melampau tak??). Kitaorang dah berpecah kepada 2 group. Nurul, Julie, Adek, Thirah dan guide Bugly dah ke depan. Aku, Kay, Fad dan Yat, maintain slow kat belakang. Pukul 5.10 petang kitaorang sampai di Camp 5. Malamnya , kami kena masak sendiri. Dapur yang disediakan hampir lengkap. Toilet pun bersih. Tempat tidur pula, sangat open. Disediakan tilam nipis sorang satu dan masing-masing tidur dalam sleeping bag yang kami bawa.

kredit: Nurul

kredit: Nurul

kredit: Nurul

kredit: Nurul

0 km!

Camp 5

Kat sini kena masak sendiri

Dapur yang selesa

Makan malam pertama (kredit: Nurul)

sambung nanti yeeee…

Mulu – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

Agak-agak parents bagi tak kalau aku nak minta izin kerja di Mulu Park eh? πŸ˜€ . Trip kali ni macam lawatan sambil belajar sebab dalam setiap aktiviti yang kitaorang ikut dapat belajar sesuatu yang baru. Ilmu hutan, gua, serangga dan pokok-pokok. Kehidupan park guide kat sini umpama everyday is holiday. Siangnya berkerja di park malam belajar, buat research. Ok cukup, tinggalkan angan-angan itu.

Air Asia – delay lagi

Flight delay satu jam lebih. Kalau 3 jam, harus dapat tiket refund lagi πŸ˜€ . Lewat petang baru sampai Miri. Nurul datang ambil terus ke Restoren Muara. Makan nasi lelapan ayam @ ayam penyet. Sangat sedap! Tapi sambal langsung tak pedas. Licin aku kerjakan. Stay 1 malam di Park Hotel di tengah-tengah bandar Miri. Bandar Miri maju. Banyak bangunan. Esok pagi-pagi kami dah ke airport. MASwings ke Mulu jam 9 pagi.

Rasa macam nak tapau bawa balik KL

Teh Si Peng, lain dari yang lain. Sedap!

Mulu – kami dalam hutan

Mulu Park betul-betul dalam hutan. Penempatan di dalam hutan. Sekeliling penuh dengan pokok. Ada sungai, paya, gua. Ada beberapa jenis tempat tinggal kat sini. Bungalow, chalet dan long house. Kata Nurul long house dah tak digunakan. Kalau tak boleh merasa stay di rumah panjang.

Office

Contoh chalet

Contoh banglo

Cafe

Research centre pun ada

Siap check in, masuk chalet kemas barang sket-sket untuk aktiviti petang. Aktiviti petang tu Fast Lane di Lagang cave bersama guide Bugly. Untuk ke Lagang Cave, kena naik bot. Dari HQ Park ambil masa 15 minit. Sepanjang perjalanan kami lalu perkampungan kaum Penan. Bugly ada cerita pasal gua tapi pemalu sangatlah dia tu. Suara kadang-kadang dengar tak dengar. Bercakap tak de eye contact. Disuruh bergambar pun tak nak tengok kamera. Nervous kot kan semua pempuan πŸ˜€ . Bila masuk gua, barulah ter”recall” balik apa yang belajar dalam subjek Geografi dulu. Tapi dulu tak minat pun Geog πŸ˜› . Trek Fast Lane habis lebih kurang 1 jam setengah kemudian. Naik bot balik ke HQ dan terus ke cafe.Menu tak banyak mana pun kat cafe ni. Macam tak de choice je. Sebagai lunch merangkap dinner, aku order nasi lemak + kari ayam = rm12. Not bad, tapi sambal tak pedas langsung dan ciput je 😦 .

Syok naik bot. Tak puas rasa. Tapi kalau kena naik bot 7-8 jam tu macam mana rasanye eh?

Di sepanjang Sungai Melinau ni ada perkampungan kaum Penan

Jalan menuju Gua Lagang

Ada air menitik dari batu ni macam shower head kat bilik air tu


Night Walk – kami kena tinggal dek Suntor

Petang hari pertama di Mulu Park, hujan sket-sket. Kami jangka aktiviti malam sure cancel. Aktiviti Night Walk (rm10) dijadualkan mula pada jam 7 malam. Kami terlewat sikit saje. Tak sampai 5 minit, dah kena tinggal oleh guide. Nak tak nak, kami jalan je sendiri-sendiri kejar diorang. Nasib baik guide Harrison tolong bagi direction ke mana nak di tuju. Tapi keadaan sangat gelap + lantai yang licin + hujan, was-was jugak nak teruskan ke tak. Tak lamakemudian, nampak cahaya head lamp samar-samar dari jauh. Dapat jugak kejar diorang. Alaa ada 1 couple je pun yg ikut. Itu pun tak boleh tunggu kitaorang. Guide Suntor tak layan kitaorang pun. Tak peeeee! Dia layan couple mat salleh tu je. Tak peeee! Enjoy jugak malam tu walau Suntor tak layan kitaorang. Pempuan mat salleh tu pulak yg ramah. Kalau disuruh aku jalan sorang-sorang, tak lah kot. Sebab macam banyak bahaya je. Ular ke apa ke kan. Lebar trek nye muat 2 orang je. Sah-sah la kiri kanan dekat dengan hutan. Suntor demo ketuk-ketuk banir pokok untuk beri isyarat dalam hutan. Ada dua isyarat actually. Satu untuk minta bantuan dan satu lagi kalau silap bunyi, pemangsa akan datang “tolong” πŸ˜€ . Suntor jugak demo menyalakan api menggunakan getah pokok apa ntah. Orang dulu-dulu lah yang guna. Untuk kebaikan dan juga untuk menyiksa. Aktiviti malam tu tamat lebih kurangΒ  jam 9 malam. Balik ke chalet, kemas-kemas barang untuk check out esok. Esok akan ke Kuala Litut seterusnya ke Camp 5.

Jalan-jalan dalam hutan tengah hujan

ketuk-ketuk banir pokok

Nyalakan api guna getah pokok

On the way balik, jumpa tempat buat bot. Terima kasih buat bot elok-elok

sambung nanti yeee

Mission completed!

Alhamdulillah, kami pergi dan pulang dengan selamat walau pulang dengan kesan lebam/luka di badan (macam pergi berperang kekdahnye). Balik je bersusun kerja ofis untuk di settlekan. Khamis ni cuti kan??? Syoknye! Aku update details trip ke Mulu nanti-nanti la eh ;).

Anyway, aku nak pergi lagi sini sebab tak puas ambil gambar. Jom!

Coklat whooz terbang ke Mulu :)

Pada jam ini, 7.05 pagi 11/01/2011, group pertama mesti sedang excited di departure hall nih.Β  Aku, Thirah, Yat dan Adeq dalam group ke-2, flight petang jam 3.05. Masih ada masa untuk berkemas :). Sempat tu membungkus coklat untuk mengalas perut dalam hutan nanti.

nyum2!

ok, doakan keselamatan kitaorang gadis-gadis cun single-mingle..eh ada sorang yang dah kawen. Harap-harap kitaorang dapat sampai di sini,

dengan selamat πŸ™‚

Retro ;)

Perjalanan balik dari kenduri Juita petang tadi, jalan amatlah jam! MRR2 kan. Tiap masanya jam. Bosan dengar Hot aku tukar ke Sinar. Tup-tup ada lagu ni..hehehhe best kan??

Anyway, selamat pengantin baru ye cik Juit.

canteklah kamu Puan Juita..alaa en.Nazrul tutup mata pulak
hmm..cantek pulak frame yang ada kain keronyok2 tu

Dapat juga jumpa Ayun dan Fir. Rindu la zaman kegemilangan 5 Budak Itam satu masa dulu. Sayang Puan A tak de :(. Cepat sembuh ye Puan A.

temanya warna pink + grey yang mana aku memang sangat suka combination these 2 colors dan lagi satu combination colors yang aku suka dark brown + hijau pucuk pisang. ada sesapa nak buat eksperimen????