Mulu – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

Agak-agak parents bagi tak kalau aku nak minta izin kerja di Mulu Park eh?😀 . Trip kali ni macam lawatan sambil belajar sebab dalam setiap aktiviti yang kitaorang ikut dapat belajar sesuatu yang baru. Ilmu hutan, gua, serangga dan pokok-pokok. Kehidupan park guide kat sini umpama everyday is holiday. Siangnya berkerja di park malam belajar, buat research. Ok cukup, tinggalkan angan-angan itu.

Air Asia – delay lagi

Flight delay satu jam lebih. Kalau 3 jam, harus dapat tiket refund lagi😀 . Lewat petang baru sampai Miri. Nurul datang ambil terus ke Restoren Muara. Makan nasi lelapan ayam @ ayam penyet. Sangat sedap! Tapi sambal langsung tak pedas. Licin aku kerjakan. Stay 1 malam di Park Hotel di tengah-tengah bandar Miri. Bandar Miri maju. Banyak bangunan. Esok pagi-pagi kami dah ke airport. MASwings ke Mulu jam 9 pagi.

Rasa macam nak tapau bawa balik KL

Teh Si Peng, lain dari yang lain. Sedap!

Mulu – kami dalam hutan

Mulu Park betul-betul dalam hutan. Penempatan di dalam hutan. Sekeliling penuh dengan pokok. Ada sungai, paya, gua. Ada beberapa jenis tempat tinggal kat sini. Bungalow, chalet dan long house. Kata Nurul long house dah tak digunakan. Kalau tak boleh merasa stay di rumah panjang.

Office

Contoh chalet

Contoh banglo

Cafe

Research centre pun ada

Siap check in, masuk chalet kemas barang sket-sket untuk aktiviti petang. Aktiviti petang tu Fast Lane di Lagang cave bersama guide Bugly. Untuk ke Lagang Cave, kena naik bot. Dari HQ Park ambil masa 15 minit. Sepanjang perjalanan kami lalu perkampungan kaum Penan. Bugly ada cerita pasal gua tapi pemalu sangatlah dia tu. Suara kadang-kadang dengar tak dengar. Bercakap tak de eye contact. Disuruh bergambar pun tak nak tengok kamera. Nervous kot kan semua pempuan😀 . Bila masuk gua, barulah ter”recall” balik apa yang belajar dalam subjek Geografi dulu. Tapi dulu tak minat pun Geog😛 . Trek Fast Lane habis lebih kurang 1 jam setengah kemudian. Naik bot balik ke HQ dan terus ke cafe.Menu tak banyak mana pun kat cafe ni. Macam tak de choice je. Sebagai lunch merangkap dinner, aku order nasi lemak + kari ayam = rm12. Not bad, tapi sambal tak pedas langsung dan ciput je😦 .

Syok naik bot. Tak puas rasa. Tapi kalau kena naik bot 7-8 jam tu macam mana rasanye eh?

Di sepanjang Sungai Melinau ni ada perkampungan kaum Penan

Jalan menuju Gua Lagang

Ada air menitik dari batu ni macam shower head kat bilik air tu


Night Walk – kami kena tinggal dek Suntor

Petang hari pertama di Mulu Park, hujan sket-sket. Kami jangka aktiviti malam sure cancel. Aktiviti Night Walk (rm10) dijadualkan mula pada jam 7 malam. Kami terlewat sikit saje. Tak sampai 5 minit, dah kena tinggal oleh guide. Nak tak nak, kami jalan je sendiri-sendiri kejar diorang. Nasib baik guide Harrison tolong bagi direction ke mana nak di tuju. Tapi keadaan sangat gelap + lantai yang licin + hujan, was-was jugak nak teruskan ke tak. Tak lamakemudian, nampak cahaya head lamp samar-samar dari jauh. Dapat jugak kejar diorang. Alaa ada 1 couple je pun yg ikut. Itu pun tak boleh tunggu kitaorang. Guide Suntor tak layan kitaorang pun. Tak peeeee! Dia layan couple mat salleh tu je. Tak peeee! Enjoy jugak malam tu walau Suntor tak layan kitaorang. Pempuan mat salleh tu pulak yg ramah. Kalau disuruh aku jalan sorang-sorang, tak lah kot. Sebab macam banyak bahaya je. Ular ke apa ke kan. Lebar trek nye muat 2 orang je. Sah-sah la kiri kanan dekat dengan hutan. Suntor demo ketuk-ketuk banir pokok untuk beri isyarat dalam hutan. Ada dua isyarat actually. Satu untuk minta bantuan dan satu lagi kalau silap bunyi, pemangsa akan datang “tolong”😀 . Suntor jugak demo menyalakan api menggunakan getah pokok apa ntah. Orang dulu-dulu lah yang guna. Untuk kebaikan dan juga untuk menyiksa. Aktiviti malam tu tamat lebih kurang  jam 9 malam. Balik ke chalet, kemas-kemas barang untuk check out esok. Esok akan ke Kuala Litut seterusnya ke Camp 5.

Jalan-jalan dalam hutan tengah hujan

ketuk-ketuk banir pokok

Nyalakan api guna getah pokok

On the way balik, jumpa tempat buat bot. Terima kasih buat bot elok-elok

sambung nanti yeee

10 thoughts on “Mulu – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

  1. kay 21 January, 2011 / 10:09 am

    sambung jgn tak sambung…

    ringkas jek kali ni

  2. julie 21 January, 2011 / 12:23 pm

    owhh..gua lagang, aku lupa nama gua apa. kena buat note mcm kay jugak la nmpknya

  3. ned 23 January, 2011 / 2:04 am

    macam seronok laa plaks..
    nie kira pakej ke camne erk?

    • whooz 23 January, 2011 / 8:41 am

      ha’a pakej. ada banyak xtvt kat sini. pilih je mana yg berkenan. aku recommend sangat2 pergi sini🙂. Lagipun tak ramai orang kita pergi sini. kalau ada pun, student2 univ.

  4. Hamzah 12 February, 2011 / 2:20 pm

    Saya nk pi Miri 20/2/11, Ok kah Park Hotel? Nampak sedap bangat nasi lalapan..sempoi. Jawab cepat boleh dak

    • whooz 14 February, 2011 / 9:40 pm

      park hotel biasa je aje. macam hotel lama-lama je. bolehla buat tempat berteduh🙂

      yup, nasi lelapan tu wajib makan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s