Mulu (2) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum

Gua Angin dan Gua Air Jernih (Wind Cave & Clearwater Cave)

Aktiviti hari ke-2 di Mulu, jalan-jalan tengok gua lagi. Banyak betul gua kat sini. Jam 9.15 pagi bertolak dari HQ. Naik bot jugaklah. Sebelum sampai di gua, kami singgah dulu di perkampungan kaum Penan di tepi Sungai Melinau untuk tengok hasil kraftangan diorang. Tapi sekejap sangat, tak sempat nak buat analisis harga🙂 .

Tempat jual barang kraftangan

“guna hidung pun boleh

Jam 10 pagi bertolak ke gua. Dalam 10 minit kemudian sampai. Gua Angin lagi cantik dari Gua Lagang sebelum ni. Biasala kan mesti simpan yg best untuk last-last. Sebab apa nama Gua Angin? Sebab kat dalam tu macam ada aircond dan juga bentuk-bentuk batu kat dalam gua tu terhasil dari tindakbalas angin (ye ke korang??). Tak ingatlah apa guide Eugyne bagitau. Dalam gua ni, kita dapat tengok macam-macam bentuk batu. Terpulang kepada imaginasi masing-masing. Ada macam iguana, helang, pink panther. Kitaorang kat sini lebih kurang sejam.

Kemudian proceed ke Gua Air Jernih pulak. Gua-gua ni sebelah-menyebelah je. Sebelum naik ke Gua Air Jernih, kitaorang lepak dulu kat satu kawasan lapang. Di depanya ada sungai yang airnya sangat jernih. Itulah asal usul nama gua ni (kalau tak silap). Mat saleh senang lah main cabut je baju dan terjun. Kitaorang ni susah jugaklah nak bersalin bagai. Airnya sangat sejuk!

kami hanya sempat celup-celup kaki sahaja

Untuk ke Gua Air Jernih, kena naik tangga tinggi! Lelah jugaklah nak sampai kat pintu gua. Dalam Gua Air Jernih ni, kami jumpa batu-batu yang terbentuk akibat pancaran cahaya matahari. Ada macam pinnacles kecil-kecil. Dalam gua ni juga punca air sejuk yang kat luar tadi. Dalam ni lagiiiii sejuk! Bersebelahan dengan gua ni, ada Lady Cave (Gua Perempuan?). Di dalamnya ada batu yang berbentuk seperti wanita muda, kalau tengok dari angle lain macam wanita tua dan angle lain lagi macam Pinnochio (dari pempuan last-last jadi Pinnochio pulak). Ada juga batu berbentuk orang bercium🙂 .

Guide Eugyne di pintu Gua Air Jernih

Dari dalam Gua Air Jernih


Pintu masuk Lady Cave

Hampir ke pukul 1 petang,  kami dah ready untuk naik bot lagi untuk ke Kuala Litut. Dari Kuala Litut kena jalan kaki sejauh 8km untuk sampai di Camp 5, tempat menginap sebelum naik ke pinnacles.

Angkut barang di Kuala Litut

Kuala Litut – 8km yang sengsara

Jalan dari Kuala Litut ke Camp 5 sangat senang. Jalan yang mendatar saja. 2 kali kena cross sungai naik jambatan gantung, lain-lain boleh berlari je. Boleh berlari tanpa beg🙂 . Ada satu part je yang berbukit sikit. Kitaorang upah 2 porter untuk bawa barang makanan. Di Camp 5 nanti kena masak sendiri. Syukur sangat ada porter. Yang buat aku sengsara, beg aku. Aku tak taulah apa benda aku sumbat, berat giler. 1km aku jalan, rasa macam nak patah bahu. Mungkin Fad nampak aku macam dah tak daya, dia offer tukar bawa beg. Dia bawa beg aku, aku bawa beg dia. Ya Allah, aku rasa satu rahmat! Thanks a lot Fad! Aku bukan setakat terhutang budi, terhutang nyawa pun ye dengan ko Fad😉 . Mana tau kalau aku terus bawa beg aku tu sampai Camp 5, ntah-ntah bahu aku patah, tulang belakang cedera, aku naik bukit lalu tergolek dan cedera (hahahha melampau tak??). Kitaorang dah berpecah kepada 2 group. Nurul, Julie, Adek, Thirah dan guide Bugly dah ke depan. Aku, Kay, Fad dan Yat, maintain slow kat belakang. Pukul 5.10 petang kitaorang sampai di Camp 5. Malamnya , kami kena masak sendiri. Dapur yang disediakan hampir lengkap. Toilet pun bersih. Tempat tidur pula, sangat open. Disediakan tilam nipis sorang satu dan masing-masing tidur dalam sleeping bag yang kami bawa.

kredit: Nurul

kredit: Nurul

kredit: Nurul

kredit: Nurul

0 km!

Camp 5

Kat sini kena masak sendiri

Dapur yang selesa

Makan malam pertama (kredit: Nurul)

sambung nanti yeeee…

16 thoughts on “Mulu (2) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

  1. julie 23 January, 2011 / 9:25 am

    masa mkn mlm pertama tu…aku kt dlm toilet ditemani oleh………

    • whooz 23 January, 2011 / 11:57 am

      ye la ko bersama dot dot dot….

      • Nurul 23 January, 2011 / 1:48 pm

        hahaha…sape dot dot dot tue….tulah org semua masuk dapur ko masuk toilet sorang2

        Clearwater….Sempat gak aku berendam walaupun hanye sekejap🙂

  2. kurt 23 January, 2011 / 11:47 am

    wahhhh.. feeling nature betul tgk gamba2 nih.. dan ini semua adalah di mesia? unbelievable.. sgt cantik..

    • whooz 23 January, 2011 / 11:58 am

      betul kurt, macam tak percaya ini di malaysia. kita ada banyak tempat menarik, pergilah melancong🙂

      • kay 24 January, 2011 / 1:35 am

        tercapai jugak impian nak amik gambar mcm iklan cuti2 malaysia

  3. mun-e 23 January, 2011 / 1:53 pm

    suka lah dapur rumah itu! wah mmg kena masak sendiri ek? mmg takde kedai makan ke ape2 ke kat situ? hoho

    abes la aku kalo g sorg2😛

    • whooz 24 January, 2011 / 2:37 am

      kena masak sendiri unless ko upah guide utk masak. ada satu group of 3 chinese ni upah guide diorang masak, tapi kena bayar mahal lah. tapi makanan menarik aaahh..x de sardin2 mcm kitaorang😀

  4. ned 24 January, 2011 / 5:35 am

    er.. gambar no -4 tue seram..
    mcm antu tgh panjat jambatan (^^ ‘)..
    antu rambut karat (^-^).

  5. deidaa 24 January, 2011 / 6:41 am

    Aku ingatkan ko cakap GUA ANGIN (aku hangen) hihi.

    Radas2 masak tu mmg ada kat situ eh?
    Brapa mlm korang masak?

    • whooz 24 January, 2011 / 2:16 pm

      semua alatan disediakan. 2 mlm stay sana masak. breakfast dan dinner

  6. nhalilah 24 January, 2011 / 7:21 am

    wahhh.. best gile.. aduyaii.. bedak2 cepat sket besar.. boleh mak bwk xpdc camni…. mcm national geografi..

    • whooz 24 January, 2011 / 2:17 pm

      budak2 suka la tengok kelawar hehehhe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s