Mulu (3) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum (1)

entry sebelum (2)

Camp 5 ke Pinnacles –

Seawal jam 6.30 pagi kami dah siap untuk bergerak. Kalau start lewat, takut sampai lewat. Kalau sampai lewat takut tak dapat naik ke pinnacles. Malam sebelum guide Bugly dah bagi briefing sikit-sikit. Kitaorang bawa bekal nasi impit dan serunding daging dan makanan-makanan tambahan masing-masing. Air sorang bawa 2 botol 1.5L. Aku bawa extra 100+ setin. Breakfast dengan roti. Tak boleh nak makan sangat sebab risau😛.

sebelum mula pendakian

Maka berjalanlah kami 8 orang plus guide dalam kegelapan jam 6.30 pagi. Gelap time tu, kena pakai headlamp. Nasib baik hujan lebat semalam tak sampai ke pagi. Kalau tak harus cancel. Dalam 300m, aku dah penat. Trek memang dah start mendaki. Mendaki akar-akar pokok dan batu-batu yang licin berlumut. Tambah licin sebab hujan semalam. Sampai di km berapa ntah, dengar suara-suara mat salleh kat belakang. Kitaorang bagi je diorang potong. 900m dari starting point kami sampai di mini pinnacles selepas 1 jam kemudian. Tempat rehat dan boleh simpan air 1 botol kat situ. Bawa 1 je naik ke pinnacles. Tak de lah berat nak naik. Tapi kalau mampu, bawa je 2-2 botol ke atas sebab dahaga gila. Sebab group yang naik pun tak ramai, so selamatlah air kitaorang kat situ🙂 . Dah puas rehat di mini pinnacles, kitaorang sambung jalan. Sebab kalau pukul 11 tak sampai lagi di 1st tangga, tak boleh naik dah ke pinnacles. Takut tak sempat turun, hari gelap.

pokok bentuk zirafah

mini pinnacles

Trek 900m ke atas ni sangat teruk. Kalau tak kuat semangat, ada yang patah balik ni. Tapi nak patah balik pun seksa. Fikir 2 kali jugak. So baik teruskan aje😉 . Aku dah tak larat nak keluarkan kamera. Nurul je bertenaga lagi. Banyak gambar dia ambil. Kami jadi model ajelah😀 . Thanks Nurul! Banyak kali kami berhenti untuk rehat dan berposing. Guide pun tension agaknya. Asyik tengok jam je hehhehe. Mungkin nanti-nanti kalau dia nampak nama Nurul and the gang, sure dia surrender nak jadi guide. Makin tinggi kami daki, hari pun makin cerah. Barulah nampak view yang cantik-cantik. Awan cantik. Tapi tak boleh lawan awan Kinabalu lah.

Akhirnya kami jumpa tangga pertama lebih kurang jam 9.50 pagi. Tangga 90 darjah, tangan mesti kuat, kaki mesti kukuh berpijak. Seterusnya kami kena naik lagi 14 tangga, so total 15 tangga semuanya untuk sampai ke pinnacles. Yang 14 tangga ni lagi azab. Yat kata macam nak pergi bunuh diri je. Yat, tak terkejut ke husband mu tengok gambar cuti-cuti malaysia wifenye? hehe.. lagi 100m nak sampai , selisih dengan mat salleh tadi. Diorang siap tidur lagi kat atas tu..huhuu bestnye boleh lepak lama😦. Diorang say well done la macam-macam lagi. Terkejut kot tengok kitaorang sampai. Bukan separuh, semua 8 orang🙂 .

ini tangga pertama

lagi 100m nak sampai

Aku tak tau nak cakap apa bila sampai kat atas tu. Syukur sangat, sampai dengan selamat. Tak sangka sampai jugak kat situ. Selama ni tengok pinnacles dalam gambar je. Dan aku baru tau yang kitaorang tak kan sampai ke pinnacles tu. Cuma usha dari jauh je. Aku ingat bolehla pegang-pegang, peluk-peluk ke. Lepak kat atas kejap je, awan dah mendung. Pukul 12 dah nak kena turun. Makan kelam kabut, ambil gambar cepat-cepat, kami pun turun.

Turun sangat susah! Especially part yang 90 darjah sebab mesti kena mengundur then tak dapat tengok kaki nak mendarat kat mana. Memang slow habis. Agaknya tension tengok kitaorang slow, guide Bugly pintas aku dan Thirah. Dia yang direct Thirah macam mana nak turun dan suruh Thirah inform aku macam mana nak turun🙂 . Okla, daripada tak bantu apa-apa kan. Sampai di mini pinnacles, perut lapar giler. Dah lah kat atas tadi lawan dengan Adeq nasi impit siapa habis dulu (kes nak bagi beg ringan), kan dah menyesal tak de bende nak makan😛 .

Lepak-lepak kejap, then terus turun. Sampai ke 500m, hujan la pulak. Sebelum hujan tu, angin kuat sangat dalam hutan. Takut ranting pokok jatuh atas kepala.   Dengan pakai baju hujan, susah giler la nak turun. Pukul 5.30ptg kami sampai ke Camp 5 dengan selamat dan lebam-lebam di kaki. Kena sikit je kat batu-batu tu, terus lebam eh. Kaki Fad dan Thirah, dah macam mangsa dera.

Untuk menunaikan hajat di hati nak mandi sungai (sebab kat Clearwater cave tak sempat mandi), kami terus terjun ke sungai depan camp. Tak peduli hujan. Dalam hati kata tak pe, hujan kat sini bersih, tak de pencemaran udara. Insyaallah tak demam🙂

sambung nanti yeeee….

8 thoughts on “Mulu (3) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

  1. gerbera 25 January, 2011 / 2:54 pm

    Sengsara jugak tengok trek ni. Kalau Mulu dah lepas, insya allah Pass-Yellow-Irau boleh. Cuma kena bawak 15kg muatan lebihan je.

    • kay 26 January, 2011 / 1:04 am

      nak bawak 15kg lebih sendiri tuh mcm kena pikir 3-4 kali tuh

      • whooz 26 January, 2011 / 4:19 am

        huhuu 8kg pun x mampu..macam mana ni???

  2. mun-e 25 January, 2011 / 3:30 pm

    bestnya!!!!!!!!!!

    • Amie 26 January, 2011 / 2:21 am

      Huzz.. pas ni aku nak join laa… pergi la lagik…

      • whooz 26 January, 2011 / 4:18 am

        insyaallah ada rezeki dan kelapangan nak pergi lagi. i roger ok😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s