Mulu (4) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

entry sebelum (1)

entry sebelum (2)

entry sebelum (3)

Malam tu aku tidur dengan perasaan yang sangat happy sebab dah berjaya sampai ke pinaccles siang tadi. Aku rasa semua orang pun sama. Bak kata Julie, kitaorang tak lah fit sangat. Kalau pergi hiking dengan group otai, mau kena kutuk😀 . Tapi semangat masing-masing macam nak pergi berperang kan, berjaya jugaklah. Kami 8 orang ni masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Dan sebab kelemahan dan kelebihan itulah, kami saling melengkapi. Thanks korang!Muah!Muah!Muah!😀

rindukan tempat tidur ni🙂. Kredit: Julie

gambar kenangan sebelum tinggalkan Camp 5. Kredit: Julie

Dalam happy-happy pun, badan sakit woooo. Pusing sini tak kena, pusing sana tak kena. Last-last tidur menegak je. Keesokannya, pagi-pagi kena bangun, siapkan breakfast dan sedia untuk balik ke Kuala Litut. 8km jalan lagi! Dengan sengal-sengal seluruh badan, kami tinggalkan Camp 5 dengan senyum di hati dan kenangan di ingatan. Insyaallah, ada rezeki kembali lagi🙂 . Group pecah 2 lagi, aku, Kay, Fad, Yat dan Thirah di belakang. Beg ringan, jalan pun best🙂 . Dalam pukul 11 lebih kami sampai di Kuala Litut, bot dah sedia menanti. Sampai di HQ, check in lagi dan rehat-rehat kejap sebelum buat aktiviti petang tu.

Gua dan kelawar

Pukul 2.30 petang, kami berkumpul lagi di depan ofis HQ untuk aktiviti seterusnya. Kali ni melawat Gua Lang dan Gua Rusa. Dua-dua gua ni sangat cantik. Dari tempat berkumpul ke pintu gua ambil masa lebih kurang 1 jam jalan kaki.

dalam Gua Lang

macam lubang bola boling kan?

shower lagi

me with “giant jellyfish”

“Not the biggest but certainly one of the most beautiful caves in the park. Was discovered by a local Berawan man named Lang Belarek”…itulah asal usul nama Gua Lang

Selesai di Gua Lang, kami ke Gua Rusa (dengan harapan berjumpa rusa🙂 ). Kenapa dinamakan gua rusa??

Sebab dulukala, kat sini banyak rusa. Rusa-rusa ni datang ke gua ni untuk dapatkan garam yang mana boleh didapati dari guano (tahi kelawar). Di Gua Rusa ni ada lebih dari 12 spesis kelawar yang menghasilkan banyak guano. Bila dah banyak rusa datang sini, maka ramailah pemburu yang datang. Sebab tu dah tak de rusa🙂 .

Dari pintu masuk Gua Rusa

imej popular di sini, Abraham Lincoln

Garden of Eden

beberapa shower di depan pintu masuk gua

Selesai di Gua Rusa, kami ke kawasan lapang untuk tengok perarakan kelawar keluar mencari makan. Biasanya dalam pukul 6 petang, dah start keluar. Lama jugaklah kami tunggu, sempat berborak dengan 1 group Korean girls. Kecoh betul diorang nih. Dengan Thirah yang melayan. Sembang pasal dunia hiburan Korea. Mula-mula segan nak tegur, last-last jadi macam kawan lama bila bercakap pasal artis Korea😀 .

malaysian girls vs korean girls🙂

tempat tengok kelawar

kelawar dijangka keluar dari sini

Yes, tu dia!

bentuk bulat

Habis tengok kelawar, kami balik ke chalet untuk berkemas. Esok dah nak balik dah😦. Tapi ada satu lagi aktiviti sebelum balik esok, Canopy walk.

Canopy Walk bersama Sierra

Pagi hari terakhir di Mulu Park, kami jalan-jalan di canopy, tree-based canopy yang terpanjang di dunia. Tapi aku macam lagi suka kalau canopy ni tinggi. Guide Sierra ni banyak cakap. Macam-macam yang dia kongsi, seronok dengar dia bercerita. Rasa macam masuk kelas alam dan manusia. Siap buat test lagi. “Yang sedang ambil gambar tu pun kena jawab soalan saya”..hahahhah. Berpeluh ketiak jugaklah jalan-jalan pagi tu. Jam 11 pagi kami dah habis. Dalam perjalanan pulang ke ofis pun Sierra bercerita lagi. Dengan pengalaman dia yang hampir 19 tahun tu, petik jari je lah pasal ilmu dalam hutan ni.

5 hari di Mulu Park, sangat best. Plus boleh rapatkan lagi persahabatan dengan budak-budak gunung ni. Siapa sangka kan, 1st date di Kinabalu, terus kekal sampai sekarang. Sebab minat yang sama🙂 . Aku rasa kalau kita kenal lebih awal, mungkin kita dah ke Everest. Hahahahahahah😛.

OK, jumpa korang di Jelawang😉

2 thoughts on “Mulu (4) – Bersahabat dengan alam (Trip 11/01/2011 – 16/01/2011)

  1. kay 9 February, 2011 / 12:39 am

    skit sgt sambungnya.. patut laa…

    tp kan mmg best laa… alhamdulillah, kita semua ngam… dpt terima kekurangan dan kelebihan masing2… hidup saling lengkap melengkapi…

    thanx korang!

    • whooz 9 February, 2011 / 10:09 am

      yup!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s