Karpet awan di Jelawang

Lebam dari Mulu tak hilang-hilang lagi, dapat lagi lebam di Jelawang🙂

Tujuan utama kami nak sangat ke Jelawang ni sebab nak tengok karpet awan. Tapi kecewa, sebab 2 hari kat sana, karpet tak muncul-muncul. Plan untuk naik ke puncak Gunung Stong dan Ayam pun tak jadi. Harap-harap dapat pergi lain kali.

31/01/2011
Seperti yang dirisaukan, tren ke Dabong di batalkan sebab banjir di Gemas. Tapi ada bas disediakan untuk penumpang yang masih nak teruskan perjalanan. Siapa tak nak, boleh refund tiket. Naik bas ke Stesen KTM Mentakab dan dari Mentakab ke Dabong. Jumlah peserta kali ni 16 orang. Ada 2 pasangan suami isteri dan lain-lainnya bergerak solo.

Us, ni kurang sorang ni, ntah mana perginye

Kami sampai di Stesen KTM Mentakab lebih kurang jam 10 malam. Orang ramai. Tak cukup kerusi nak lepak. Terpaksa lepak tepi rel keretapi😀 . Posing-posing, minum-minum, gosip-gosip. Jam 2 pagi lebih gitu baru tren sampai. Legaaaaa.

di Setesen KTM Mentakab

Us in action🙂

wajib lepak kat cafe ni. walau tak ekslusif mana, tapi layannnnn

Aku dan Kay ambil kerusi, dan 4 lagi ambil katil. Nasib baik kerusi bukan macam yang aku pernah naik dulu. Kalau tak, bengkok. Sampai di stesen Kuala Lipis, aku dan Kay merayap ke katil diorang. Ada katil kosong! Kami pun melepak lah kat situ sampai hari cerah. Tren rosak, tren u-turn, repair enjin blaa..blaa..jam 10 pagi kami sampai di stesen Dabong. Legaaaaa. Kami disambut Uncle Adam, guide kami sepanjang 3 hari di Jelawang. Uncle sangat serius laaa..takut nak jawab main-main😛 . Actually bukan serius. Dia bersungguh-sungguh nak kami faham apa tujuan kami pergi ke sana. Untuk suka-suka kah, untuk belajar kah, untuk dapatkan kesedaran pasal alam sekitar kah.

Uncle Adam in action

shopping di Dabong

kedai makan + tempat lepak + tempat shopping

1/2/2011

Aktiviti pagi tu kami buat cave tour (lagi??? selepas Mulu). Sebab gua batu kapur kan, so tak banyak beza dengan gua-gua di Mulu. Uncle ni banyak sungguh bercerita. Kay ada salin nota, aku snap-snap gambar je. Ada yang Uncle cerita, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ampun Uncle!!!! kepala otak dah penat, perut dah lapar😀 . Kami masuk ke 2 gua, Gua Batu Pagar dan Gua Keris. Gua-gua ni tak besar mana pun. So tak de lah penat sangat berjalan. Hampir 2 jam kat situ, kami balik ke tempat berkumpul untuk re-pack barang, solat dan makan.

jalan masuk ke gua

kena mendaki sikit

Gua Batu Pagar

‘katak’ penyambut tetamu di Gua Batu Pagar

macam sisik ikan

‘keris’ di Gua Keris

Jam 3 kami bergerak ke entrance Gunung Stong dengan menaiki 2 van. Siap urusan pendaftaran, ada yang pergi toilet (sambal power makcik punya pasal), snap-snap gambar sikit, kami pun berbaris masuk Hutan Jelawang. Beg taklah berat sangat. Tapi treknya yang menaik saja, boleh buat sesak nafas jugak. Dahla baru lepas lunch kan. Sepatutnya kami akan melintasi air terjun Jelawang, yang tertinggi di Asia Tenggara tu tapi sebab malam sebelum tu hujan, air sangat besar. Mustahil kami dapat cross air terjun tu. Sejam berjalan, kami berhenti rehat di pondok. Fuhhh boleh tahan jugak treknya. Actually trek tak susah mana pun. Tapi sebab hujan, trek jadi licin-selicinnya. Rehat ala kadar, kami teruskan lagi. Kami tinggalkan Uncle Adam, Tok Ketua dan beberapa yang lain di pondok. Jalan beberapa meter saja, kami kena lalu bukit yang di panggil Bukit Tonggek oleh Tok Ketua. Dalam aku berhati-hati tak mau jatuh, kat sini juga aku tewas😀 .  Konon nak rescue Fad yang tergolek, aku ambil beg dia, last-last aku pun meluncur tertiarap. Aku redha je lah😀 .   Lagipun aku terover konfiden dengan kasut getah berspike tu, tak bleh harap juga kalau spike-spike tu pun penuh selut.

rehat after 1hr hiking

Bukit Tonggek

di entrance Baha’s Camp

Setelah bersusah payah naik bukit tu, kami sampai juga di Baha Camp, tempat kami bermalam. Sampai-sampai je terus kena buat kerja. Alaaa Tok Ketua ni tak bagi can langsung nak relax-relax. Kami 6 orang pasang 2 khemah. Yang lelaki-lelaki lain setup tempat masak, pasang lampu, bla..bla..Disebabkan makan malam tak ready-ready lagi (nasi yang Tok Ketua masak, tak masak-masak), kami pergi bersiram dulu. Kepala pun dah pening. Tak mandi sehari. Sejuk giler airnye! Tapi best! Siap mandi, makan, kami tidur. Esoknya nak bangun awal, nak tengok karpet awan🙂 .

camp site

2/2/2011

Pagi esoknya, kami dah berbaris di kawasan lapang dekat dengan sungai untuk tengok karpet awan. Sangat kecewa sebab awan tak muncul pun.

Siap breakfast, kami bergerak untuk buat aktiviti waterfall tracking. Trek agak bahaya sebab kena lalu batu-batu licin. Destinasi kami nak ke Air Terjun 2 puncak. Air yang datang dari puncak Gunung Stong dan Gunung Ayam. Subhanallah, air terjun tu sangat cantik. Sempat jugaklah bermandi-manda dan makan-makan. Kemudian kami turun ke Air Terjun Telaga Tujuh pulak. Kat Air Terjun Telaga Tujuh ni, ada langsir air terjun. Sangat best masuk di sebalik ‘langsir’ ni. Sejuk!

Nurul, Kay dan aku di sebalik ‘langsir’

“telaga tujuh” di Air Terjun Telaga Tujuh

Dalam setengah jam kat situ, kami bergerak balik. Tapi singgah kejap di satu batu ni. Uncle paksa kami buat sliding kat situ. “Jangan panggil “geng gunung” kalau tak buat sliding” kata Uncle. Fuh, nak luruh jantung aku buat benda alah tu. Alangkan main roller coaster pun aku dah kecut, ni nak suruh slide dari ketinggian berapa meter ntah tu dan jatuh ke dalam sungai. Tapi sebab tengok geng gunung lain slide, aku pun buat jugaklah. Naik ke atas guna tali satu hal, nak slide pun satu hal. Fad, Adeq dan Julie buat dulu. Kecut perut aku tengok diorang. Then Nurul, Kay dan aku last sekali. Siot betul lah budak-budak ni suruh aku buat lagi sekali sebab tak sempat nak record😛 . Uncle ajar cara-cara nak duduk dengan stabil. Aku hampir meluncur awal, kalau tak dah selamat aku tarik kaki Uncle sekali😀 . Mula-mula tu ok la, tak laju sangat. Sampai half, tetiba batu sangat licin. Time ni aku dah pejam mata. Jantung betul-betul jadi kecik. Splash!!!!!! 10 markah untuk percikan air yang cantik..hahhahahah. Itu la kali pertama aku buat sliding setinggi itu dalam hidup. Tak buat dah kot. Tapi macam best pulak😛 . Terima kasihla wahai Uncle sebab paksa kitaorang. At least aku dah cuba kan🙂 .

Selesai aktiviti sliding, kami balik ke khemah, bersihkan badan, dan masak (memasak je kejenye kat sini). Malam ni kami berBBQ! Macam biasa, BBQ memang terbaik punyalah. Sudah makan, chit chat kejap sambil layan gambar sliding siang tadi, kami masuk khemah. Tidur awal kononnya esok pagi nak bangun awal nak tengok karpet awan.

Esok paginya kecewa lagi sebab karpet awan tak muncul-muncul. Dari jauh saja nampak. Tak de rezeki kami kali ni. Lepak kejap, pastu pergi masak breakfast. Siap makan, pergi mandi buat kali terakhir kat sini. Siap mandi, makan tengah hari. Kali ni Tok Ketua yang masak semasa kami sedang bersukaria di air tadi. Makan cepat-cepat, kemas barang, lipat khemah, kami siap untuk balik. Tak bestnyeee😦 .

mereka ini penanti karpet awan

sendiri

ini adalah tempat kami membasuh periuk belanga

Jalan balik, kami lalu jalan yang sama datang aritu. Cuma kali ni cuaca elok, kami berpeluang cross air terjun yang tinggi tu. Cantik! dan agak bahaya jugak sebab batu-batu licin. Jam 4 petang kami dah sampai di entrance. Mandi-mandi, make-up apa semua, siap sedia tunggu van untuk pergi makan. Aku tak join diorang makan sebab dah janji dengan abah nak ambil di restoren tu. Aku sambung cuti-cuti CNY di kampung pulak. Jeles tau diorang posing-posing dengan thirt Gunung Stong kaler biru tu😛. Nanti kita reshoot tau!

air terjun tertinggi di asia tenggara

batu-batu kat sini agak licin. sebab tu kalau hujan, tak boleh cross sini

Keseluruhannya, bestlah trip kali ni. Walaupun perjalanan tak selancar yang dirancang, kami tetap happy! Tambah-tambah Tok Ketua yang organized, memang makan terjamin lah, cuma ada request untuk tukar menu next trip, boleh?

11 thoughts on “Karpet awan di Jelawang

  1. julie 22 February, 2011 / 12:12 am

    nk reshoot kt mana? bila la tu…

    • whooz 25 February, 2011 / 4:01 am

      hmm ntah la kan😀

  2. kay 22 February, 2011 / 12:31 am

    aku harap dpt sampai lg sekali nak tgk carpet awan… mlm nih jgn lupa tgk tv, datok raja gunung tuh dpt tak tgk karpet awan

    • whooz 25 February, 2011 / 4:01 am

      ye lah nak sgt tgk karpet tu

  3. PYS 22 February, 2011 / 7:30 am

    salam Wow bes nyer kita x sampai pun lagi sabah/sarawak

    ** sedang carix gang ker Gunung Rinjani jom bikin group !

    • whooz 25 February, 2011 / 4:04 am

      wow Rinjani, ada proposed kat group dulu tapi kami semua perempuan, macam tak brani pulak. Lombok tu😀

  4. Nurun nuha 26 March, 2011 / 2:21 pm

    salam.. nk taye.. aktiviti ni under university ke or manage sendiri?
    saje nk taye.. sbb mcm seronok je… law bleh nk join..

    • whooz 1 April, 2011 / 1:11 am

      arrang sendiri-sendiri je..hehehe..kalau nak join, tinggalkan contact number. bila2 ada xtvt boleh ajak. stay mana?

  5. hanif 7 July, 2011 / 6:04 am

    bro, ko ado no tepon uncle adam x? lau ade tolong emel kat aku
    ni emel aku, hanif_493@yahoo.com

  6. Sangeeta Mahalingam 2 August, 2012 / 2:24 am

    Hi,
    I read through your blog about G.Stong. Nice article🙂
    anyway i’m planning for a trip there.Do you still have uncle adam’s contact details? If you have, could you please share with me? I’ll be very useful for us.

    Thank you.

    Regards,
    Sangeeta Mahalingam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s