KL Heritage Explorace

Last minit register untuk join. Dan tak menyesal aku join πŸ˜‰ . Satu race yang SANGAT BEST!

Aku satu team dengan Kay. Nurul dan x-officematenye satu team. So kali ni kita musuh ya! Tapi musuh-musuh pun, team Nurul sangat membantu. Terima kasih!

registration

Disebabkan tema explorace ni berkaitan dengan tempat-tempat warisan di sekitar KL ni, jadi aku letak klu-klu sepanjang race sebab ada info menarik dalam klu-klu tersebut yang mana tak sempat nak baca betul-betul time race hari tu :P.

Race mula jam 10 pagi. Sebelum tu ada taklimat sikit dan juga senamrobik yang WOW! πŸ˜€

taklimat

Klu 1:

Q1-Q4: Soalan matematik – aku agak blurr pada mulanya. Nasib baik Kay pantas

Q5: What is the height of KL Tower?

Q6: How many levels of Tower Head available at KL Tower?

Q7: At what level Restoran berputar KL Tower?

Q8: What is the oldest tree and how old is the tree which available at KL Tower?

Q9: In what year KL Tower was officially launched?

Q10: How many state houses are available at KL Tower 1 Malaysia Cultural Village ?

Q11: What is the wedding package between KL tower in association with Felda D’saji?

Q12: Where is Dewan Perdana Felda is located?

Jawapan boleh dapat di sekitar KL Tower tu je. Dan kalau nak jimat masa, boleh tanya terus kat receptionist kat kaunter tu. Mereka sangat membantu. Terima kasih! Aku sempat jugaklah sms kat kakak minta dia google kan πŸ˜‰ .Aku asyik kehilangan Kay saja. Walaupun selalu keluar sama, tapi macam masih tak biasa dengan kelibat dia. Mungkin juga sebab Kay pakai baju saiz S haritu πŸ™‚ . Panik aku tau! πŸ˜€

Klu 2

Ianya merupakan satu-satunya hutan hujan tropika yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Juga dikenali secara rasmi sebagai Taman Eko Rimba KL dan berfungsi sebagai hutan rekreasi unutk kawasan sekelilingnya. Pada suatu masa dahulu, orang-orang Mandailing Kuala Lumpur telah menanam pokok nenas sebagai pagar mengelilingi kawasan ini sebagai pertahanan dari serangan orang Bugis dari Selangor. Dari sinilah tempat ini mendapat nama.

Task: Kena jawab 5 jenis pokok yang boleh dijumpai di Eko Rimba

Kat sini senang je nak menjawab. Cuma nama pokok-pokok tu panjang-panjang. Lenguh nak menulis. Settle kat sini kami kena pergi ke padang Bukit Nanas Forest Reserve. Dari jauh tengok ramai orang terbongkok-bongkok buat sesuatu di tanah. Harta karun! Ya mencari harta karun tertanam. Setiap pasukan di beri kompas dan bearing. Ikut bearing tu untuk cari harta karun. Semua orang tak tau baca bearing. Terpaksalah abang-abang askar tolong πŸ˜€ .Yang jadi kelam kabutnya, hanya 6 kompas di sediakan. Maksudnya dalam satu-satu masa hanya 6 team boleh berada dalam padang. Hello, ada 200 team yang beratur tau! (walaupun tak semua team sampai serentak). Sangat tak betul. Paling kelakar bila semua team dalam padang mula menggali. Dah jadi rupa batas sayur dah. Tapi silap organizer jugak, tak bagitau tak payah korek dalam-dalam. Benda yang nak di cari tu diselit kat rumput je. Tapi bebudak ni siap mencangkul! Marah betul pakcik yang jaga padang tu. Penat lelah dia berbulan-bulan atau bertahun-tahun musnah dalam masa beberapa minit saja :D. Team aku tak dapat cari harta karun tu. Buang masa betul!

penggali harta karun

tunjuk ajar baca kompas

mereka yang tension beratur

Klu 3

Bangunan ini terletak di antara Jalan raja Chulan dan Jalan Gereja. Bangunan tahun 1928 ini direka bentuk berdasarkan gaya seni bina Greek. Asalnya dibina untuk menempatkan ibusawat telepon manual jenis Central Battery. Salah satu ciri klasik dan unik bangunan ini adalah 8 tiang lonic di antara 2 menara menghadap Jalan Gereja.

Task: Kena jawab soalan:

Q1: In what year was the first telegraph submarine cable linking Malaysia and Indonesia built?

Q2: Who and what year was the telephone invented?

Q3: In what year was the first telephone excahge installed in Kuala Lumpur?

Q4: Who and what year was the radio invented?

Q5: In what year was the first Royal Malaysia Radio that linked Pulau Ketam to Port Klang made?

No idea kat mana Muzium Telekom ni terletak. Rasanya time study map dengan Kay malam sebelum tu (study ok!), muzium tu tak jauh dah dengan KL Tower. Kitaorang ikut satu team ni. Masuk Shell kejap untuk make sure kami tak ikut jalan salah. Jawapan untuk soalan-soalan boleh dapat di board-board dalam muzium tu je. Aku sempat juga sms Amy mintak google kan sebab terlalu banyak nota-nota di dinding, berpinar mata mencari πŸ˜€ . Settle kat sini, kena turun ke tingkat bawah untuk next task. Kena menyumpit pulak. Aku sumpit 5 kali percubaan, gagal! Cis laaa.

Klu 4

“The Big Ben of Malaysia” ini dibina antara tahun 1894-1897 dengan gaya Mogul India Utara. Ia dikenali sebagai bangunan Sekretariat dan dinamakan bersempena nama baginda Sultan Selangor yang memerintah ketika bangunan ini dibina. Ia kini menjadi Pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Task: Kena buat tarian singa kat sini.

Dari Muzium Telekom, berlari pulak ke Bangunan Sultan Abdul Samad. Banyak team dah beratur. Tertanya-tanya apa task kena buat ni. Aku pergi riki-riki kat depan. Kena menari! Bukan sebarang tarian, tarian Singa ok! Ahhhh sudah..aku dah bercampur baur nak buat ke tak nak ni. Gila nak menari tengah-tengah panas, tengah-tengah jalan depan Dataran Merdeka tu? Korang sanggup??? Tapi nasib baik pakai topeng singa dan topeng kepala botak, so tak de lah malu sangat πŸ˜€ . Hampir 30 minit beratur, sampai giliran kami. Aku jadi singa, Kay jadi lelaki kepala botak sambil pegang kipas mengacah-acah singa. Time riki-riki tadi, aku puas ingat balik step-step tarian singa yang baru je performed kat ofis aku :). Sambil-sambil tu tengok team-team lain menari. Sangat FUN! dapat 8/10 markah kat sini..hehhehe. Dan dapatla limau sebiji.

team lain sedang menari

“singa” sedang kupas limau. Kupas je tau bukan telan

Klu 5

Bangunan ibu pejabat lama Petronas ini direka oleh kumpulan arkitek tempatan pada 1984 dalam mencipta penerapan identiti Islam dalam seni bina bangunan moden. Pelan bangunan berdasarkan bentuk geometri Islam (Islamic pattern) yang merupakan corak kesenian Arab. Menara ini terletak berdekatan Federal House (Bangunan Persekutuan) yang merupakan bangunan tinggi (high-rise) pejabat kerajaan yang pertama di Malaysia.

Task: Selesaikan jigsaw puzzle dalam masa 2 minit

Maka berlarilah kami ke sana. Jauhnyeeeee! Selama ni nampak dari jauh je Dayabumi ni. Siap puzzle, kami ambil klu untuk next task.

Klu 6

Inilah padang dan di sinilah bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia pertama kali dinaikkan pada tengah malam 31 Ogos 1957. Bermula sebagai kawasan kebun sayur dan kemudian menjadi padang kawad polis. Ia kini menjadi tapak perarakan tahunan mengingati hari yang amat bersejarah bagi rakyat Malaysia.

Task: Boling buah kelapa dan Chingay

Berlari pulak ke sana. Penat gileee! Untuk boling, tak de masalah walaupun hanya 3 botol mineral aku jatuhkan. Chingay pulak, tak daya lah nak buat. Lagipun itu task untuk fast forward so boleh aje nak skip tapi kena buat task kat next checkpoint lah.

Chingay dan boling buah kelapa di Dataran Merdeka

Klu 7

Seni bina bangunan tersergam indah ini mengambil kira ciri iklim tropika dengan setiap aras mempunyai serambi (corridor) keliling. Di sinilah Pelan Induk (Master Plan) KL dipamerkan. Tugasnya terlalu berat termasuk menentukan pentadbiran kebersihan, susun atur bangunan, lesen penjaja, susun atur tempat letak kenderaan dan semua yang melibatkan aktiviti di segitiga Kuala Lumpur. Di sanalah anda perlu lapor diri.

Task: Jawab soalan berikut:

Q1: Who’s launching the DBKL Building?

Q2: When it was launched?

Q3: Who’s the first Mayor?

Q4: What is the slogan for DBKL?

Q5: How many β€œKeris” in DBKL Logo?

Kat sini kejap aje kami dapat settle. Thanks team Nurul! hehheheh

Klu 8

Lokasi ini terletak bersebelahan Pondok Polis Jalan Masjid India. Terdapat banyak gerai menjual bunga bagi kaum India sembahyang. Cari kedai “Chandran Florist” menjual Bunga Malai.

Task: Kena buat Bunga Malai

Yes, aku tau tempat ni! Laju kami lari di celah-celah gerai-gerai tudung. Masa tinggal dah tak banyak. Orang ramai tengok kepelikan apala budak comot 2 orang buat tengah-tengah orang dok shopping ni πŸ˜€ . Kat sini kami kena buat Bunga Malai. Senang aje, tengok contoh, kami pun start buat dan siap! Kemudian, kena bawa bunga malai ni ke checkpoint seterusnya, di depan Wisma Yakin.

Klu 9

Dahulunya dikenali sebagai Batu Road dan jalan ini berkembang dari kawasan sawah padi dan ladang kelapa kepada jalan paling sibuk di Kuala Lumpur. Bangunan rumah kedai sebelum perang dan bangunan moden dengan seni reka menarik menghiasi jalan ini. Peniaga, peruncit, pemborong dan penjaja di sekitar kawasan ini menjual pelbagai jenis barangan. Terdapat sebuah kedai menjual pakaian kebangsaan iaitu Omar Ali yang terletak di WISMA YAKIN.

Task: Kena pakai baju melayu

Aku ingat nak suruh Kay pakai, tapi dia dah siap pilih baju untuk aku, hehehhehe. Baju melayu kaler ijau, siap bersampin, bersongkok bagai. Seingat aku itu kali ke-2 aku pakai baju melayu. 1st dulu time sekolah, menari Ulek Mayang. Aku jadi nelayan.

Klu 10

Lorong sepanjang Jalan Doraisamy ini terletak di Jalan Sultan Ismail berdekatan Sheraton Imperial Hotel. Lorong ini menempatkan rumah-rumah zaman sebelum perang berusia 80 tahun yang pernah ditinggalkan. Disepanjang lorong ini, anda akan menemui Heritage Mansion, kami berada di seberang jalan.

Task: ambil 50 biji kacang tanah guna chopstick dan masukkan dalam mangkuk lain.

Mula-mula baca klu aku tak dapat bayang kat mana. Tapi bila baca word “Heritage Mansion” tu, terus aku teringat. Itu adalah starting point untuk Larian New Year Bash, early last year. Sampai je kat sana, terus ke meja yang ada mangkuk kacang tu. Kay yang settlekan task ni. Kejap je, sekali sauk, beratur kacang tanah atas chopstick πŸ˜€ .

Klu 11 (tak jumpa pulak kertas klu yang ini)

Kena pergi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) untuk dapatkan soalan tugasan seterusnya. Task: Tarian Ngajat dan jawab soalan berkaitan MaTiC

Blur kejap memikirkan bangunan apa lah ni. Langsung tak familiar. Tetiba aku teringat cakap-cakap team lain yang tengah berbaris untuk cari harta karun di padang Bukit Nenas mula-mula tadi. Dia kata ada team lain tanya dia kat mana pusat pelancongan, MaTiC. Actually untuk race ni, kami di pecahkan kepada 2 route. Route A dan Route B. Route A akan pergi ke MaTiC dulu dan kami Route B settle di Bukit Nenas dulu. Dan dengan tiba-tiba aku teringat macam dok nampak-nampak je word “pelancongan” besar-besar, warna warni on the way ke KL Tower. Dan secara logiknye, checkpoint itu mesti dah dekat dengan KL Tower sebab itu checkpoint terakhir sebelum checkin di KL Tower. Yes! aku dah tau mana tempatnye. Masa hanya tinggal 30 minit. Jauh giler nak berlari dari Sheraton. Kay suruh aku lari dulu. Aku lari sikit je, kaki cramp. Baru faham macam mana rasa kaki cramp semasa beraktiviti, yang selalu Fad alami tu. Sakit!

Kay settlekan task tarian Ngajat lagu Noraniza Idris. Aku sempat rakam video dan ambil gambar sebab ada tempat nak duduk. Siap menari, kena pergi ke padang sebelah MaTiC untuk dapatkan soalan berkaitan MaTiC. Terjumpa team Nurul kat sini sedang sibuk mencari jawapan. Ada 5 soalan je yang kena jawab. Tapi penat punya pasal dan dah tak cukup masa, kami copy je jawapan dari team Nurul. Thank you!

Kay menari

Submit jawapan, berlari pulak ke KL Tower. Kena checkin by 3.00 pm. Time ni aku nampak Kay bagi isyarat suruh jalan dulu. Kalau sampai lambat, sia-sia je penat lelah berpanas di tengah-tengah KL. Sampai di pondok tiket parking, aku dengar suara pengumuman bagitau masa akhir submit pasport (markah-markah yang dikumpul sepanjang race) ialah jam 3.15 pm. Aku rasa nak melompat happy! Maka jalan lah kami slow-slow naik tangga dan beratur. Jumpa team Nurul sedang beratur.

Berlaku sedikit salah faham antara aku dan Kay dengan pakcik yang terima pasport kami. Nasib baik boleh settle. Untuk extra point, kena buat absailing. Mana-mana team yang tak buat, automatically tak dapat nombor. Task absailing tak dikira masa, jadi boleh la relaks sikit sambil beratur kat tepi menara KL tu. Aku orang terakhir, lain-lain dah give up menunggu πŸ˜€ . Aku dan Nurul enjoy seenjoynya buat absailing.

siap untuk berlepas

ayah angkat

Lebih kurang jam 4 pm, mula acara penyampaian hadiah. Huhuhu tak menang pun. Tak pe lah, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang sangat best kat sini ;).

Juara (baju hitam)

ada kategori artis dan media jugak. Tengok siapa yang join? (Riz, paling kiri). Lama betul tak tengok muka dia, biasala artis AF kan. Setiap kali selisih dengan dia dalamΒ  race, senyum aje dia. Ada janggut pulak tu. Ish..ish..rasa macan nak pengsan kejap aku πŸ˜€

Time tengok Explorace atau Amazing Race dalam tv, aku selalu cakap dalam hati, kalau aku ada peluang join race macam tu, sure aku bawa kamera ambik gambar setiap task atau checkpoint. Hampehhh je, nak keluarkan kamera pun aku dah tak larat sepanjang KL Heritage Explorace ni πŸ˜›

Advertisements

Aku Kau

Waktu kecil-kecil dulu, ma abah marah kalau bahasakan diri “aku”. Tak kira dengan kawan-kawan atau adik-beradik. Kalau ada sesiapa yang tersebut “aku” mesti nak mengadu kat ma, “haaaa cakap aku, bagitau ma”. Sama macam “haaa sebut ba**, bagitau ma”. Jadinya, aku dulu bahasakan diri “saya” dengan kawan-kawan sekolah. Sampailah Form 3. Rasa macam jahatnye la kalau bahasakan diri sebagai “aku”. Form 4 dan Form 5 aku masuk sekolah asrama, tetiba dipanggil Along (bukan sebab aku suka kutip hutang ye) pulak. So, tak de lah “aku” lagi.

Aku mula guna perkataan “aku” semasa di universiti. Aku rasa macam ok je. Tak delah kasar mana kan. Mungkin time tu dah besar. Kalau budak-budak kecik yang sebut aku-kau, memang bunyi macam kurang ajar kan. Dan hinggalah sekarang aku ok je dengan bahasakan diri sebagai “aku”.

Aku akan bahasakan diri sebagai “saya” atau sebut nama aku bila berdepan dengan orang yang lebih tua (hormat tu πŸ™‚ ) dan juga dengan orang yang baru kenal. Tapi kalau orang yang baru kenal tu, aku dapat rasa ada kimia, aku akan mula dengan “aku” juga πŸ™‚ . Aku ada alasan tersendiri. Aku rasa lebih mesra atau rapat kalau bahasakan diri sebagai “aku”. Rasa macam teman yang boleh bertepuk tampar. Teman yang boleh buat lawak tanpa terasa hati.

Ada satu kisah. Dahulu kala, berkenalan dengan seorang yang berlainan jantina. Konon macam nak bagi rapat, aku bahasakan diri aku, “aku”. Perghhhh tiap kali sms, asyik kena “basuh” je. Katanya tak elok la, kasar la perempuan sebut aku, bla..bla..bla..tension ok!

Ok..Ok..kesudahan ceritanya, aku say bye!bye! je. Macamla aku buat dosa besar kan sebut “aku”.

Penutup entry, aku macam nak buat contest la. Hahahahahha..senang je.

Soalannye:

Berapa banyak perkataan “aku” terpampang dalam entry bertarikh 17 March, 2011 ini?

Hihihihih cepat2 jawab! Letak dalam komen ye. Letak jugak apa hobi korang. Pastu letaklah email sekali, senang nak hubungi pemenang πŸ˜€ . Confirm lebih dari sorang jawab betul ni, so aku buat cabutan bertuah je lah ye. Ade tarikh tamat ke? Hmmm oklah, tarikh tamatnye 24/03/2011 (seminggu je). Sorang jawab sekali je ye. Hadiahnye nanti ku survey2 time cuti-cuti 28/4 – 4/5 ni ye ;). Bilangan pemenang tertakluk kepada budget aku semasa cuti-cuti nanti. Hahahahha boleh gitu??

Good luck!

My dear friends,

Kau rasa tak berupaya,

Hidup sendirian tiada pembela,

Segalanya suram, bagai malam yang gelap,

Tiada bantuan, tiada tujuan.

 

Janganlah berputus asa,

Kerana Allah bersamamu,

 

InsyaAllah.. InsyaAllah..

InsyaAllah.. Ada Jalannya..

 

Andainya kesalmu berulang lagi,

Bagai tiada ruang untuk kembali,

Tika keliru atas kesilapan lalu,

Membelenggu hati dan fikiranmu.

 

Janganlah berputus asa,

Kerana Allah bersamamu.

 

Kembalilah,

Kepada yang esa,

Yakin padanya, panjatkanlah doa,

Ooo Ya Allah,

Pimpinlah daku dari tersasar,

Tunjukkan daku ke jalan yang benar,

Jalan yang benar.. Jalan yang benar..

Jalan yang benar..

 

InsyaAllah Malay version by Maher Zain

psttt: Jangan bako-bako ye :p

Bertaburan batu di Bukit Tabur

Entry kali ni kita layan gambar je lah kan. Bukit Tabur terlalu cantik. Broga dah jatuh no.2 di hati ku πŸ˜‰

starting trek

empangan Klang Gate

nampak Genting dari sini

boleh nampak bandayara KL juga

rumah Yusof Haslam

(view dari atas) tempat turun paling mencabar tapi ada trek option kalau tak mau lalu sini

(view dari bawah)

hampir 90 darjah

kawasan Bukit Tabur ni mengingatkan aku kepada Gunung Bintang, Kulim. Sama

kami kena ke seberang sana

miza mendahului

group photo πŸ™‚

macam semut

taman origami. lihat dari jauh, ku sangka kan bunga

batu-batu kat sini semuanya hampir 90 darjah cerunnye

bagai dalam taman. nak buat taman macam ni kat belakang rumah lah

jalan balik, jalan kebun

pokok sotong kurita

Insyaallah aku akan datang lagi ke sini sebab tak puas nak lepak πŸ˜‰

Nostalgia

Esok hari terakhir di Jalan Kampar ni. Sedih tak? Yes, tapi tak lah sedih sampai berjujuran air mata. Cuma tempat ni dan sekitar sangat nostalgia. Di sini tempat mula-mula aku kerja, 7 years ago. Tempat mula-mula aku rasa duit gaji. Tempat mula-mula rasa kesibukan bekerja. Kenal kawan-kawan sepejabat yang sering bertukar ganti. Aku je yang masih di sini. Lepas ni aku akan join warga Subang mengharungi jem pulak ye. Ishh ngeri, super dupper jem eh.Jom imbas 7 tahun aku di kawasan sini πŸ™‚

Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)

Tempat mula-mula aku lapor diri. Kerja dalam hospital, bunyi ambulans dah biasa sangat ne no ne no tu. Selalu sangat selisih dengan atendan-atendan tolak stretcher orang sakit. Insaf bila tengok macam-macam keadaan diorang tu. Kat sini juga aku jumpa a few old friends. Majoritinya student perubatan. Jeles jugak lah di hati sebab cita-cita nak jadi doktor tapi …. (standard citer melayu la kan lepas word TAPI tu, pause nye punyalah panjang untuk orang lain masuk dialog). Tapi tak pe, tak jadi doktor pun, aku kerja dengan doktor.Β  Yang best kerja kat sini, geng budak hitam pun kerja sini jugak kecuali Ira di Kedah. Kerja dengan geng, best giler lah walaupun aku sorang je tercampak ke unit lain. Tapi lunch tetap sama-sama.

MMA House

Selepas 3 tahun kalau tak silap, ofis berpindah ke MMA House. Seberang jalan je dengan HKL. Mula kerja di sini, tension bertambah. Dengan kelas part time lagi, komitmen terhadap kerja pun bertambah. Dulu aku apply sambung belajar sebab kerja kat ofis macam rilek je. Tapi elok je dapat sambung belajar, aku dah dapat tetap dan kerja semakin banyak. Aku rasa kat sini aku banyak menangis. Hehehehhe… Setahun ke 2 tahun tak silap, ofis pindah lagi. Masih di MMA House, tapi berpindah level. Geng budak hitam dah kurang seorang sebab dapat kerja di LHDN. Tinggal bertiga je lah.

Plaza Permata

Tahun lepas, ofis berpindah ke Plaza Permata, Jalan Kampar pulak. Sangat tension kat sini sebab yang tinggal bos dan aku sahaja. Tapi aku cuba fikir positif je lah. Aku kat sini agak tenggelam jugak. Ntahlah, dalam masa yang sama, banyak pulak hal-hal lain yang muncul. Pasal famili, kawan-kawan, macam-macam lah.

Dana 1, Lembah Subang

Mulai minggu depan, ofis berpindah ke sana. Dah pergi survey-survey kawasan sekitar dah time angkut barang haritu. Banyak jugakla ofis di kawasan situ. Dekat juga dengan airport Subang. Sesiapa yang naik Firefly, I boleh jadi teksinye πŸ˜€ . Kedai makan sekitar tu nampak mahal-mahal la. Tapi ada satu kedai mamak, not bad lah mee goreng dia dan murah. Dan ada WiFi Laju gilerrrrr (dia tulis macam tu kat signboard depan kedai dia).

Ok, aku harap sesuatu yang baik menanti di sana. Doakan ye πŸ˜‰

jom shopping kasut dan beg baru untuk kerja di ofis baru ni!

Pelamin anganku

perghh tajuk tak ingat tak pandang kiri kanan πŸ˜›

Bukan nak cerita pasal pelamin kawen pun.

TAPI nak tunjuk ini

Di luar Grand Ballroom, Grand Season. Suka sangat dua kerusi giant ni. Anda suka? Sila klik LIKE πŸ˜‰