Nostalgia

Esok hari terakhir di Jalan Kampar ni. Sedih tak? Yes, tapi tak lah sedih sampai berjujuran air mata. Cuma tempat ni dan sekitar sangat nostalgia. Di sini tempat mula-mula aku kerja, 7 years ago. Tempat mula-mula aku rasa duit gaji. Tempat mula-mula rasa kesibukan bekerja. Kenal kawan-kawan sepejabat yang sering bertukar ganti. Aku je yang masih di sini. Lepas ni aku akan join warga Subang mengharungi jem pulak ye. Ishh ngeri, super dupper jem eh.Jom imbas 7 tahun aku di kawasan sini🙂

Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)

Tempat mula-mula aku lapor diri. Kerja dalam hospital, bunyi ambulans dah biasa sangat ne no ne no tu. Selalu sangat selisih dengan atendan-atendan tolak stretcher orang sakit. Insaf bila tengok macam-macam keadaan diorang tu. Kat sini juga aku jumpa a few old friends. Majoritinya student perubatan. Jeles jugak lah di hati sebab cita-cita nak jadi doktor tapi …. (standard citer melayu la kan lepas word TAPI tu, pause nye punyalah panjang untuk orang lain masuk dialog). Tapi tak pe, tak jadi doktor pun, aku kerja dengan doktor.  Yang best kerja kat sini, geng budak hitam pun kerja sini jugak kecuali Ira di Kedah. Kerja dengan geng, best giler lah walaupun aku sorang je tercampak ke unit lain. Tapi lunch tetap sama-sama.

MMA House

Selepas 3 tahun kalau tak silap, ofis berpindah ke MMA House. Seberang jalan je dengan HKL. Mula kerja di sini, tension bertambah. Dengan kelas part time lagi, komitmen terhadap kerja pun bertambah. Dulu aku apply sambung belajar sebab kerja kat ofis macam rilek je. Tapi elok je dapat sambung belajar, aku dah dapat tetap dan kerja semakin banyak. Aku rasa kat sini aku banyak menangis. Hehehehhe… Setahun ke 2 tahun tak silap, ofis pindah lagi. Masih di MMA House, tapi berpindah level. Geng budak hitam dah kurang seorang sebab dapat kerja di LHDN. Tinggal bertiga je lah.

Plaza Permata

Tahun lepas, ofis berpindah ke Plaza Permata, Jalan Kampar pulak. Sangat tension kat sini sebab yang tinggal bos dan aku sahaja. Tapi aku cuba fikir positif je lah. Aku kat sini agak tenggelam jugak. Ntahlah, dalam masa yang sama, banyak pulak hal-hal lain yang muncul. Pasal famili, kawan-kawan, macam-macam lah.

Dana 1, Lembah Subang

Mulai minggu depan, ofis berpindah ke sana. Dah pergi survey-survey kawasan sekitar dah time angkut barang haritu. Banyak jugakla ofis di kawasan situ. Dekat juga dengan airport Subang. Sesiapa yang naik Firefly, I boleh jadi teksinye😀 . Kedai makan sekitar tu nampak mahal-mahal la. Tapi ada satu kedai mamak, not bad lah mee goreng dia dan murah. Dan ada WiFi Laju gilerrrrr (dia tulis macam tu kat signboard depan kedai dia).

Ok, aku harap sesuatu yang baik menanti di sana. Doakan ye😉

jom shopping kasut dan beg baru untuk kerja di ofis baru ni!

8 thoughts on “Nostalgia

  1. kay 9 March, 2011 / 5:43 am

    kna tukar wardrobe jugak ke?

    • whooz 9 March, 2011 / 5:51 am

      hahahaha…beg dah reput, kasut dah nipis. i memang suka pakai barang habis-habisan😀

  2. jijah montel 9 March, 2011 / 3:14 pm

    ingatkan.. kampar, perak.. tak tau pulak kat kl ada jalan kampar.. nggeeee…

    • whooz 9 March, 2011 / 3:21 pm

      ahahhah..macam2 jalan ada la..jalan kampar ni dekat dgn jalan ipoh jugak😛

  3. Dd 10 March, 2011 / 2:20 am

    tak sabarnya nak naik firefly pi kl. bye airasia. saya skrg ada teksi

    • whooz 10 March, 2011 / 7:20 am

      potential customer. gud2

  4. ezza 10 March, 2011 / 7:22 am

    selamat tinggal jalan kampar. semperna hari last, apakata lepak lepas keje makan nasi lemak 70sen kat kg baru? kehkehkeh

    • whooz 11 March, 2011 / 4:06 am

      alaaa lewat baca ..dah bungkus pc awai2😛 .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s