Aku Kau

Waktu kecil-kecil dulu, ma abah marah kalau bahasakan diri “aku”. Tak kira dengan kawan-kawan atau adik-beradik. Kalau ada sesiapa yang tersebut “aku” mesti nak mengadu kat ma, “haaaa cakap aku, bagitau ma”. Sama macam “haaa sebut ba**, bagitau ma”. Jadinya, aku dulu bahasakan diri “saya” dengan kawan-kawan sekolah. Sampailah Form 3. Rasa macam jahatnye la kalau bahasakan diri sebagai “aku”. Form 4 dan Form 5 aku masuk sekolah asrama, tetiba dipanggil Along (bukan sebab aku suka kutip hutang ye) pulak. So, tak de lah “aku” lagi.

Aku mula guna perkataan “aku” semasa di universiti. Aku rasa macam ok je. Tak delah kasar mana kan. Mungkin time tu dah besar. Kalau budak-budak kecik yang sebut aku-kau, memang bunyi macam kurang ajar kan. Dan hinggalah sekarang aku ok je dengan bahasakan diri sebagai “aku”.

Aku akan bahasakan diri sebagai “saya” atau sebut nama aku bila berdepan dengan orang yang lebih tua (hormat tu🙂 ) dan juga dengan orang yang baru kenal. Tapi kalau orang yang baru kenal tu, aku dapat rasa ada kimia, aku akan mula dengan “aku” juga🙂 . Aku ada alasan tersendiri. Aku rasa lebih mesra atau rapat kalau bahasakan diri sebagai “aku”. Rasa macam teman yang boleh bertepuk tampar. Teman yang boleh buat lawak tanpa terasa hati.

Ada satu kisah. Dahulu kala, berkenalan dengan seorang yang berlainan jantina. Konon macam nak bagi rapat, aku bahasakan diri aku, “aku”. Perghhhh tiap kali sms, asyik kena “basuh” je. Katanya tak elok la, kasar la perempuan sebut aku, bla..bla..bla..tension ok!

Ok..Ok..kesudahan ceritanya, aku say bye!bye! je. Macamla aku buat dosa besar kan sebut “aku”.

Penutup entry, aku macam nak buat contest la. Hahahahahha..senang je.

Soalannye:

Berapa banyak perkataan “aku” terpampang dalam entry bertarikh 17 March, 2011 ini?

Hihihihih cepat2 jawab! Letak dalam komen ye. Letak jugak apa hobi korang. Pastu letaklah email sekali, senang nak hubungi pemenang😀 . Confirm lebih dari sorang jawab betul ni, so aku buat cabutan bertuah je lah ye. Ade tarikh tamat ke? Hmmm oklah, tarikh tamatnye 24/03/2011 (seminggu je). Sorang jawab sekali je ye. Hadiahnye nanti ku survey2 time cuti-cuti 28/4 – 4/5 ni ye😉. Bilangan pemenang tertakluk kepada budget aku semasa cuti-cuti nanti. Hahahahha boleh gitu??

Good luck!

16 thoughts on “Aku Kau

  1. Dd 17 March, 2011 / 2:14 pm

    dengan gigih pegi kira sampai pedih mata. ada 31 lah rasanya.

    tak menang pun takpe… janji hati puas dah kira.
    😛

  2. ezza 17 March, 2011 / 2:28 pm

    35 termasuk tajuk entry! kalu campur dengan kat dia display respond to post 36.

    terima kasih g. chrome. hahahaha

  3. whooz 17 March, 2011 / 3:44 pm

    haa tq2 kerena menyertai. aku pun tak kira berapa sebenarnya lagi..hhahha..

  4. deidaa 17 March, 2011 / 4:52 pm

    Kalau termasuk tajuk entry: 31
    Tak termasuk tajuk entry: 30
    Termasuk soalan: 32
    Seluruh entry: 34 (tp “ku”) tu tak termasuk lah hehe.

    Apesal tak buat panjang2 lg entry ni? :))

    Aku tak kira, menang or tak.. aku PTT DAPAT HADIAH psl 24/3 tu befday aku wahaha.

    Hobi: – melancong & melencong (nak bg adiah duit?)
    – jogging/running (nak bg sport shoes?)

    • whooz 20 March, 2011 / 11:09 am

      mana satu jawapan muktamad nih? sila bagi satu sahaja🙂

  5. julie 18 March, 2011 / 12:03 am

    kalo trmsuk tajuk entry ni 34 kot. ecehhh…aku nak msuk gak contest ni..hehe

  6. kay 18 March, 2011 / 12:27 am

    lorr… biasa aku yg first bg komen, ni dh ramai plok…

    kalu termasuk tajuk entri ada 34… tak termasuk tajuk 33…

    emel saya: tufulah@gmail.com

    hobi: membaca…

    ni dpt hadiah dr over the sea ke ni?

    • kay 18 March, 2011 / 12:30 am

      dh terlupa plak nak komen…

      aku pun dulu2 camtuh gak… tp sekolah rendah lg aku dh beraku kau dgn kawan-kawan… gengster alor akar la katakan!

      tp masuk sekolah menengah, kawan-kawan style ayu2… bahasakan nama, saya awak… sampai skrg aku terikut2… rasa ayu sentiasa!

      tp ngn bestpren aku kat sabah, mmg saya dan awak… manja la katakan! hehehehe

    • kay 18 March, 2011 / 2:02 am

      nak tukar hobi…. suka pakai baju besar… hahahahaha

    • kay 18 March, 2011 / 2:04 am

      nak tukar jawapan: dalam entry saja 33… termasuk tajuk entry dan tajuk comment jadi 35

  7. kay 18 March, 2011 / 2:06 am

    knp komen yg aku tukar jawapan dan tukar hobi tak kuar eh?

    jawapan: 35 termasuk tajuk entry dan komen post… 33 utk entry sahaja

    hobi aku nak tukar kpd suka pakai t-shirt besar…. nak dpt hadia over the sea la katakan

    • whooz 20 March, 2011 / 11:10 am

      tukar hobi boleh, tukar jawapan tak boleh🙂

  8. iedasafuan 18 March, 2011 / 2:34 am

    aku guna perkataan ‘aku’ dgn org yg aku rapat termasuk mak apak aku skali leh? biler aku cakap kat tipon gune werd ‘aku’ kat mak aku sumer org cakap aku kueng ajer…. ;p

    tp sebenarnya suku kaum banjar mmg gune perkataan ‘aku’ biler bhskan diri sendiri…bleh? ( atau kuarge aku jek??? ;p)

    jwpn: copypes dr atas … 35 ( aci x? ;p)
    hobi: tgh kumpul frige magnet ;D

  9. NaNa 23 March, 2011 / 7:52 am

    salam

    laaa rupanya yg kita nampak tu wat ni laa eh..best gilak…

  10. kay 6 April, 2011 / 1:59 am

    result contest nih tak kuar lg ke eh? heheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s