Lari berganti-ganti

Ahad lepas, aku dan bebudak yang suka lari ni join Ekiden Run di Putrajaya. Team kitaorang, Para-Para Sakura (sila tanya Athirah kenapa bagi nama ni) terdiri daripada aku (1st runner), Athirah (2nd runner), Halipah (3rd runner), Deida (4th runner) dan Nurul (5th runner). Masa di garisan permulaan, aku rasa kelakar sebab dikelilingi budak-budak sekolah. Walaupun diorang bukan budak sekolah. Kategori Women Open, peserta yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi badan kecik-kecik je masing-masing. Sebab tak nak rasa malu kena tinggal dek “budak-budak sekolah” ni, aku pecut sedaya upaya 2km pertama. Masuk km ke-3, aku dah slow sikit. Frust sebab tak de pun meja beri air kat tepi jalan. Dahaga giler. Last minum air, di rumah, seteguk. Sampai di “Changing Zone” 25 minit kemudian, pass sash pada Thirah. Legaaaaa.

Aku cepat-cepat ambil makanan, naik bas balik ke starting point. Fad dan Adeq menunggu di sana selaku fotografer dan pom-pom girls. Thanks korang ๐Ÿ˜‰

“Para-para Sakura” after the race. Sorang lagi tak tau mana perginye

Us in action :). We teman Nurul as the last runner (middle) sambil memberi semangat sambil ingin masuk gambar

The medal. I like!

Nurul, selaku pelari terakhir berjaya membawa Team Para-Para Sakura ke tempat ke-15. Tahniah :). Sedikit asal-usul Ekiden Run:

History

The term originated in Japan, although the concept of a long distance relay race is not unique to any country. The first ekiden race was sponsored by the Yomiuri Shimbun in 1917, and was run over three days between the old Japanese capital of Kyoto and the modern capital of Tokyo, a distance of 508ย km, to celebrate the anniversary of the moving of the capital to Tokyo.

As written in Japanese, Ekiden combines the characters for “station” (้ง…) and “transmit” (ไผ). This name was coined by the poet Toki Zemmaro (1885โ€“1980), who was head of the Yomiuri Shimbun’s Social Affairs Department at the time. The original concept of the race hearkens back to Japan’s old Tลkaidล communication and transportation system in which stations were posted at intervals along the road. In the race, each runner on a team runs the distance from one “station” to the next, and then hands off a cloth sash, or tasuki, to the next runner.

The lengths of ekiden can vary greatly, as can the number of runners on a team. For example, in the national junior high ekiden championship, 5 girls cover 12 kilometers and 6 boys cover 18 kilometers. The national high school championship involves 5 girls in a 21 kilometer race and 7 boys in 42.195 kilometer race. In the national inter-prefecture championships, 9 women run 42.195 kilometers and 7 men run 48 kilometers. For the collegiate Hakone ekiden, a 2 day event, 10 male athletes run 219 kilometers.

nak baca lagi??? baca sini ๐Ÿ™‚

Advertisements

Tambah 1

Last year, 20/5 aku dan GGK dalam perjalanan ke Mesilau demi melaksanakan impian yang satu, menakluk puncak Kinabalu. Aku masih ingat sedang makan roti canai di kedai mamak sebelah hotel, Fad datang wish happy birthday. Malu I ok :). Terkejut pun iye. Mana lah diorang ni tahu birth date aku kan. Lupa pulak, Facebook :P. Aku dengan GGK time tu umpama blind date. Tak pernah kenal apa, tetiba jumpa di KK untuk hiking bersama. Itu jodoh yang Allah tetapkan ;). Tapi pada hari yang sama, kami dapat berita dari Miza tentang pemergian ayahanda tencinta ๐Ÿ˜ฆ .

Tahun ni, 20/5 hari Jumaat, alhamdulillah aku masih bernafas, menyedut udara kotaraya yang sentiasa sibuk sambil menjalani rutin harian yang sama seperti dulu-dulu. Terima kasih Allah kerana beri aku peluang untuk memperbaiki segala silap salah, beri aku peluang berbakti dan menggembirakan mereka yang tersayang dan beri aku peluang untuk berusaha mencapai cita-cita.

Bersama GGK, i feel like 20! Thank you babes :D. Oh ye, mata kanan asyik berkedip seharian kelmarin. Tolong utuskan perkhabaran gembira buat saya ๐Ÿ˜‰

Day 2 – Brisbane City Tour

Previous – Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

30/05/2011

Jam 8.30 pagi kami dah berada di pejabat Alpha di Moorooka untuk return kereta. Janji dengan Saiful (yang tolong carikan rumah dan kereta) untuk ambil kereta Jamal di pejabat Alpha. Sedikit salah faham berlaku. Sepatutnya kami semua tak perlu ke Alpha. Cukupla seorang sahaja. Sebab kereta Jamal tu tak de baby sit, macam mana nak bawa budak kecik tu. Kawan aku ni dah sewa baby sit dari orang lain, dan orang tu akan datang pasang sendiri di rumah. Jadinya, aku, kawan aku dan anaknya terpaksalah menunggu di Aplha lebih kurang sejam menunggu husband kawan aku datang dengan kereta yang lengkap dengan baby sit tu. Rules di sini, baby sit tu perlu dipasang oleh pihak yang memberi sewa. Sebab kalau penyewa yang pasang sendiri dan apa-apa terjadi (kemalangan), yang memberi sewa tu akan kena denda. Jadinya, pagi tu kami dah membazir lebih kurang 2 jam. Plan pun dah terganggu sikit. Untuk meredakan tension, kitaorang pun pergi shopping dan cuci-cuci mata ๐Ÿ™‚ .

Di South Bank Riverside Park ada Lifestyle Market pada setiap weekend. Pusing-pusing cari parking, tak de. Hampir nak park di tempat illegal, tiba-tiba nampak 2 orang polis pakai seluar pendek mengayuh basikal dengan laju. Rupa-rupanya diorang nak kejar orang yang park kereta di tempat yang illegal kat depan kitaorang. Cekap sungguh. Denda parking di tempat illegal aku tak sure berapa tapi kalau parking tapi tak bayar kat mesin tepi-tepi jalan tu, 1 kereta 50 AUD. Huhhuh nangis weh. Tak nak cari pasal, kami park di dalam bangunan. Parking per entry 5AUD. Mahal!

Macam-macam benda lah yang dijual disini. Booth tilik nasib pun ada. Tengokkan rupa yang menilik nasib tu, memang macam dalam tv tu lah. Kat sini aku beli sourvenir di booth yang jual barangan kulit. Kulit buaya, kulit kangaroo. Errr scrotum kangaroo pun boleh buat sourvenir. Buat lighter. Pelik-pelik.

Habis pusing pasar, kitaorang gerak ke park di tepi sungai. Kawasan kat situ sangat bersih. Nak bergolek-golek atas rumput tak de hal. Ada tahi burung ke apa, tu aku tak sure lah ๐Ÿ˜€ .ย  Hari tu memang park tu penuh dengan orang. Macam-macam aktiviti. Berjemur dengan 2 piece :), berkelah, tidur, masak-masak, lepak-lepak baca buku, main kejar-kejar dengan anak. Best. Di South Bank tu jugak ada jeti untuk Brisbane Cruise. Kitaorang tak naiklah, mahal tiketnye.

pool tepi sungai

Perut dah lapar, kitaorang tukar plan. Pergi beli barang-barang mentah, balik rumah, masak, rehat-rehat kejap, solat dan keluar balik. Itu bestnye tak ambil tour pakej, sukahati nak pergi mana ikut masa sendiri ๐Ÿ™‚ . I like! . Tambah-tambah travel dengan budak kecil yang mana moodnye tak boleh dijangka. Petangnya kami ke Mt Coot-tha Lookout dengan harapan untuk tengok sunset. Tapi sebab tersalah masuk, jadi bersunset di tempat lain ๐Ÿ™‚ . Dah siap bawa bekal roti telur bergula ni konon nak makan-makan sambil tengok sunset ๐Ÿ˜€ . Di Mt-Coot-tha tu ada a few attaractions lain. Kami dah termasuk ke Botanical Garden yang mana pukul 5 petang dah tutup. Tak perasan pulak signboard ke lookout point tu kena terus lagi. Dengan frustnye, kitaorang ke Kangaroo Point untuk enjoy Brisbane night view :).

Brisbane River view dari tempat rendah

Brisbane River view dari tempat tinggi

Di Kangaroo Point, tak ramai yang lepak. Tapi ramai yang jogging. Yang muda berjogging, yang tua berjalan. I like! Kangaroo Point ni pun di tepi sungai. Bersih sungainya, tak de bau busuk. Lepak-lepak kat situ, makan-makan, tengok-tengok lampu bangunan-bangunan tinggi di Brisbane, senyum-senyum kat orang sedang jogging. Actually Kangaroo Point ni ada 2 bahagian. Satu di tepi sungai (tempat yang kitaorang lepak) dan satu lagi kawasan tinggi dari sungai yang berdekatan dengan Story Bridge. Tanya satu couple warga emas ni macam mana nak ke Story Bridge. Teringin nak tengok Story Bridge ni sebab kat situ ada aktiviti panjat jambatan (asal panjat je aku excited lebih) dan boleh tengok view Brisbane pada ketinggian berapa ntah. Tapi untuk buat aktiviti tu kena book online dan ambil masa 2 jam. So, kitaorang tak buatlah, pergi nak tengok je macam mana rupanya.

Dah lepak kat Kangaroo Point, dah tengok dan lalu atas Story Bridge, search di GPS apa tourist attaractions yang berhampiran, kitaorang ke Chinatown pula. Aku sangka kan suasana macam Chinatown di Singapura yang mana berderet kedai-kedai sourvenir murah-murah. Yang aku nampak kat situ banyak kedai makan. Kedai sourvenir yang buka pun 1 je. Satu hal yang tak best kat sini, bussiness hour diorang sampai pukul 5.30 petang je. Time tu dah masuk maghrib. Pusing-pusing dah tak tau nak pergi mana, kitaorang balik rumah. Masak-masak, makan-makan, discuss untuk aktiviti esoknya, dan tidur ๐Ÿ™‚

di Chinatown Mall

Next: Day 3 – A beautiful scenery

Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

28/04/2011 – 29/04/2011

Flight ke Gold Coast jam 9.25 malam. Not bad lah Air Asia X ni. Aku dapat pulak seat berdua dan aku duduk sorang, bahagianya rasa. Tapi flight balik ke KL aku dapat seat bertiga dan full pulak tu. Tak bahagia langsung. Tiba di Coolangatta Airport jam 7.25 pagi. Waktu di Malaysia jam 5 ++ pagi. Aku sms untuk report ketibaan, ma je yang reply cepat. Proses nak lepas kastam sangat lama. Check borang declaration, bla..bla.. soal itu ini. Kemudian kena pergi kat kaunter untuk check barang-barang yang tak dibenarkan masuk Australia. Kitaorang memang dah tahu ada barang yang tak boleh lepas. So tak de lah bawa banyak sangat. Rugi je kena rampas nanti. Dari beg aku diorang rampas Instant Campbell Mushroom Soup. Alasannya ada bahan “susu”. Sebarang susu dari Malaysia tak dibenarkan masuk kecuali susu baby. Nasib baik aku bawa sekotak je. Kawan aku pulak lagi kesian. Susu anaknye tak lepas. Susu baby tak boleh unpack then letak dalam container. Mesti dalam pek yang dari kedai tu. Macam-macam la. Kesian diorang, hampir setengah pek tu. Nestum pun dirampasnya sebab letak dalam container. Selain dari susu, tak sure lah barang apa yang tak boleh bawa masuk Australia. Ada satu famili kat kauter sebelah tu, banyak betul barang kena rampas. Gelang kayu yang aku pakai pun diorang soal. Aku suka giler gelang yang Thirah belikan dari Mekah tu, nasib baik tak dirampasnya.

Selesai semua, kitaorang keluar dari bangunan airport dan tunggu orang dari Aplha Car Rental datang pick up ke office untuk ambil kereta. Kitaorang sewa kereta dari Aplha untuk 1 hari then pulangkan kat office Alpha cawangan Brisbane di Moorooka. Sehari 76++ AUD (termasuk GPS + baby sit). Baby sit wajib untuk kanak-kanak hingga umur 8 tahun. Kalau tak kena denda 300AUD. Untuk hari-hari seterusnya kami sewa dari Jamal, kawan atas kawan punya kenalan. Sehariย  30AUD. Destinasi pertama, Paradise Country.

Sebelum trip, banyak tempat-tempat yang kami survey untuk tengok haiwan-haiwan Australia. Australia Zoo, Currumbin dan Lone Pine Koala Santuary. Harga tiket pula berbeza-beza. Fikir-fikir punya fikir decided book online tiket untuk Paradise Country. Tiketnye murah (17.50 AUD), tour farm yang simple, boleh siap half day saja. Lagipun kami nak pi tengok kangaroo dan koala je pun. Kami sampai di Paradise Country lebih kurang jam 11. Morning tour dah pun berlalu, kitaorang buat tour sendiri-sendiri. Dapat brochure yang senaraikan aktiviti dan masa. So, just follow the schedule.

Di Paradise Country pelawat diperkenalkan dengan cara hidup pengembala. Once jejakkan kaki kat situ, memang dah boleh feel macam di dalam ladang ternakan. Dengan staff nye yang pakai kemeja coklat cair, but dan topi koboi. Dengan padang menghijau, segar rasa mata. So kitaorang pusing-pusing tengok koala dan kangaroo. Oh mereka sangat comel lah. Frust sikit sebab tak dapat tengok kangaroo berdiri atau melompat. Aku macam nak bergambar di tengah-tengah sekumpulan kangaroo tapi time kami sampai tu semua baru lepas makan, diorang sedang melepak berehat. Lucky, time snap-snap gambar kangaroo tu, ada sorang staff offer kat kitaorang nak bagi kangaroo makan tak. Pucuk dicita la kan ๐Ÿ™‚ . Kemudian pergi ke nursery, tengok baby-baby haiwan kat situ di beri makan. Next show, cukur bulu biri-biri. Oh biri-biri pun sangat comel. Especially yang kat dalam gambar dibawah ini. Macam patung kalau dia tak bergerak.

Baka Merino

Habis seekor di cukurnye, kami bergerak ke cafe. Was-was juga nak makan. Tak tahu halal ke tak. Pusing-pusing kat cafe tu, jumpa sijil halal yang akan expired June 2011 di gantung ditepi dinding dapur. Ok, bayar 15AUD untuk buffet tengah hari. Meal terakhir kami ialah pada malam penerbangan KL-Gold Coast. Jadi perut sangat lapar. Not bad untuk 15AUD ada macam-macam jenis salad, spagetti, nasi, sayur, kentang (oh kentang dia sangat sedap) dan boleh pilih main dishes ayam/ikan/beef. Aku ambil fillet ikan, sangat sedap! Rasa sangat fresh. Ayam pun sedap. Beef biasa-biasa saja.

Cafe

Next show ialah Billy tea. Show ni diorang tunjuk macam mana nak buat teh dan damper di camp fire. Dalam 15 minit macam tu, akhir demonstrasi kitaorang dijamu teh dan damper tadi. Damper tu mula-mula telan, tak de rasa apa pun. Tawar je, tapi lama-lama baru ada rasa. Sedap jugak. Aku google resepi damper ni, nak cubalah nanti ๐Ÿ™‚

Billy Tea Show

The damper

Show di Paradise Country diakhiri dengan persembahan boomerang dan seekor anjing pengawal ladang. Anjing tu lari-lari kejar biri-biri masuk kandang. Comel ๐Ÿ™‚ . Tamat show kami terus ke Brisbane untuk ambil kunci rumah dan settlekan apa-apalah.

Main kejar-kejar

Kami sewa rumah student Malaysia di Dutton Park. Diorang sekeluargaย  balik Malaysia 2 bulan. Dinning hall yang luas, bilik pun luas. Kalau nak bawa famili, tak de masalah. Ada dapur, peti ais, oven dan juga mesin basuh. Tv je tak de. Ada actually tapi diorang simpan. Malam tu kitaorang dinner nasi dan sardin sahaja. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚ . Discuss sikit pasal aktiviti esok, study info-info yang ada dan terus tidur. Suhu time tu berbelas jugak lah. Sejuk.

Homestay

Next : Day 2 – Brisbane City Tour

KL Towerthon (lagi)

Sebelum aku up entry pasal cuti-cuti tengok kangaroo, aku post ini dulu. Entry pasal WWR @ Kuala Kubu Bharu dan MK Land Treasure Hunt pun masih berhutang :D.

Ini kali kedua aku masuk event ni. Langsung tak de preparation. Pagi hari event, aku pergila panjat-panjat tangga di Tasik Permaisuri dalam 10 round. Aku tau tak banyak membantu tapi aku cuma nak rasa macam mana ketar lutut dan jantung berdegup sampai nak terkeluar tu. Pegalaman tahun lepas agak memeritkan. Tapi tahun ni aku rasa macam rilek saja. Sebabnya tahun ini diorang dah tukar sikit.

Menara KL di waktu malam

Tahun ni event dibuat malam. Aku agak excited nak join lagi sebab niat dihati nak tengok view dari KL Tower waktu malam pulak. Orang kata cantik. Tahun lepas dah dapat tengok view siang hari. Puas hati. Tapi tahun ni kecewa sebab kami tak dapat naik pun ke Observation Deck. Frust ok. Peserta dilepaskan beberapa group.ย  Aku dan kawan-kawan yang bernombor E5001 – E5300 di lepaskan sekali. Dan nombor berikutnya, dilepaskan 15 minit kemudian.ย  Jadi, berlari lalu memanjat tangga bersama-sama 300 orang adalah sangat lebih rilek dari 1000++ orang. Adegan himpit-menghimpit tak de. Adegan dirempuh oleh peserta-peserta lelaki yang dah tak peduli ko pempuan ke lelaki pun tak de. Semuanya berjalan lancar. Tahun lepas, di level yang rendah-rendah ni, nak tengok anak tangga pun tak boleh. Terlalu padat.

Tiada adegan dramatik lah malam tu. Aku sampai di finishing line dengan masa rasmi 46 minit. Aku langsung tak berlari. Lenggang saja. Last year 57 minit dengan kedudukan 274++ (untuk kategory) dan 457 (untuk mix) dan 1862 (untuk keseluruhan). Tahun ni 46 minit dengan kedudukan 302 (kategori) dan 506 (mix).

Water station

Aku rasa diorang tak bagi kitaorang naik ke Observation Deck based on pengalaman lalu. Tahun lepas, dua tiang scanner sebelum pintu lift patah dirempuh peserta-peserta yang berasak-asak nak turun. Dan juga pengunjung memang tak de harapan nak lepak-lepak tengok view KL sebab keseluruhan deck tu dipenuhi oleh peserta. Aku agak je lah ye ๐Ÿ™‚ . Tapi tahun ni punya medal tak secantik tahun lalu. Tahun ni punya macam medal sukan sekolah je. Dalam goodies bag pun tak de mende. Cut cost agaknya kan. Satu lagi perkara tak yang best pasal event malam tu, lepas terima medal di TH001, kami diarahkan ke satu kawasan sebelum jumpa lift. Kena kurung beb kat situ. Dahla orang makin ramai, pengaliran udara tak de. Ada la rasa aircond kat kaki sket tu pun kat satu bahagian je. Ada la dalam sejam lebih. Lift ada 3 tapi yang gunanya 1 je. Tak faham. Boleh tolong explain kenapa?????

Mereka yang terkurung

Mereka yang bosan terkurung, bergambar

Mereka yang bosan terkurung, main sms

Mereka yang bosan, edar kad jemputan kahwin

2011 medals

2010 medal

Apa-apa pun aku enjoy tahun ni sebab ramai geng yang masuk. Sekurang-kurangya tak de lah aku bergambar sorang-sorang syok sendiri ๐Ÿ™‚

Us