KL Towerthon (lagi)

Sebelum aku up entry pasal cuti-cuti tengok kangaroo, aku post ini dulu. Entry pasal WWR @ Kuala Kubu Bharu dan MK Land Treasure Hunt pun masih berhutang😀.

Ini kali kedua aku masuk event ni. Langsung tak de preparation. Pagi hari event, aku pergila panjat-panjat tangga di Tasik Permaisuri dalam 10 round. Aku tau tak banyak membantu tapi aku cuma nak rasa macam mana ketar lutut dan jantung berdegup sampai nak terkeluar tu. Pegalaman tahun lepas agak memeritkan. Tapi tahun ni aku rasa macam rilek saja. Sebabnya tahun ini diorang dah tukar sikit.

Menara KL di waktu malam

Tahun ni event dibuat malam. Aku agak excited nak join lagi sebab niat dihati nak tengok view dari KL Tower waktu malam pulak. Orang kata cantik. Tahun lepas dah dapat tengok view siang hari. Puas hati. Tapi tahun ni kecewa sebab kami tak dapat naik pun ke Observation Deck. Frust ok. Peserta dilepaskan beberapa group.  Aku dan kawan-kawan yang bernombor E5001 – E5300 di lepaskan sekali. Dan nombor berikutnya, dilepaskan 15 minit kemudian.  Jadi, berlari lalu memanjat tangga bersama-sama 300 orang adalah sangat lebih rilek dari 1000++ orang. Adegan himpit-menghimpit tak de. Adegan dirempuh oleh peserta-peserta lelaki yang dah tak peduli ko pempuan ke lelaki pun tak de. Semuanya berjalan lancar. Tahun lepas, di level yang rendah-rendah ni, nak tengok anak tangga pun tak boleh. Terlalu padat.

Tiada adegan dramatik lah malam tu. Aku sampai di finishing line dengan masa rasmi 46 minit. Aku langsung tak berlari. Lenggang saja. Last year 57 minit dengan kedudukan 274++ (untuk kategory) dan 457 (untuk mix) dan 1862 (untuk keseluruhan). Tahun ni 46 minit dengan kedudukan 302 (kategori) dan 506 (mix).

Water station

Aku rasa diorang tak bagi kitaorang naik ke Observation Deck based on pengalaman lalu. Tahun lepas, dua tiang scanner sebelum pintu lift patah dirempuh peserta-peserta yang berasak-asak nak turun. Dan juga pengunjung memang tak de harapan nak lepak-lepak tengok view KL sebab keseluruhan deck tu dipenuhi oleh peserta. Aku agak je lah ye🙂 . Tapi tahun ni punya medal tak secantik tahun lalu. Tahun ni punya macam medal sukan sekolah je. Dalam goodies bag pun tak de mende. Cut cost agaknya kan. Satu lagi perkara tak yang best pasal event malam tu, lepas terima medal di TH001, kami diarahkan ke satu kawasan sebelum jumpa lift. Kena kurung beb kat situ. Dahla orang makin ramai, pengaliran udara tak de. Ada la rasa aircond kat kaki sket tu pun kat satu bahagian je. Ada la dalam sejam lebih. Lift ada 3 tapi yang gunanya 1 je. Tak faham. Boleh tolong explain kenapa?????

Mereka yang terkurung

Mereka yang bosan terkurung, bergambar

Mereka yang bosan terkurung, main sms

Mereka yang bosan, edar kad jemputan kahwin

2011 medals

2010 medal

Apa-apa pun aku enjoy tahun ni sebab ramai geng yang masuk. Sekurang-kurangya tak de lah aku bergambar sorang-sorang syok sendiri🙂

Us

2 thoughts on “KL Towerthon (lagi)

  1. deidaa 11 May, 2011 / 6:49 am

    Kira aci lah sbb:
    1. korang dikurung bersama kesemua geng
    2. ko dah smpai deck thn lps hahah.

    Comey la view malam specially tang2 lampu2 tu.
    Pastu takde la lemas kena “cerfew”…

    ahahahah bakorrrrr huzz😛

  2. Dd 15 May, 2011 / 2:40 pm

    rupanya banyak benda boleh dibuat bila terkurung ni kan. sampai sempat ada kad jemputan kawen😛

    yup… medal tahun ni mengecewakan. eceh macam terlibat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s