Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

28/04/2011 – 29/04/2011

Flight ke Gold Coast jam 9.25 malam. Not bad lah Air Asia X ni. Aku dapat pulak seat berdua dan aku duduk sorang, bahagianya rasa. Tapi flight balik ke KL aku dapat seat bertiga dan full pulak tu. Tak bahagia langsung. Tiba di Coolangatta Airport jam 7.25 pagi. Waktu di Malaysia jam 5 ++ pagi. Aku sms untuk report ketibaan, ma je yang reply cepat. Proses nak lepas kastam sangat lama. Check borang declaration, bla..bla.. soal itu ini. Kemudian kena pergi kat kaunter untuk check barang-barang yang tak dibenarkan masuk Australia. Kitaorang memang dah tahu ada barang yang tak boleh lepas. So tak de lah bawa banyak sangat. Rugi je kena rampas nanti. Dari beg aku diorang rampas Instant Campbell Mushroom Soup. Alasannya ada bahan “susu”. Sebarang susu dari Malaysia tak dibenarkan masuk kecuali susu baby. Nasib baik aku bawa sekotak je. Kawan aku pulak lagi kesian. Susu anaknye tak lepas. Susu baby tak boleh unpack then letak dalam container. Mesti dalam pek yang dari kedai tu. Macam-macam la. Kesian diorang, hampir setengah pek tu. Nestum pun dirampasnya sebab letak dalam container. Selain dari susu, tak sure lah barang apa yang tak boleh bawa masuk Australia. Ada satu famili kat kauter sebelah tu, banyak betul barang kena rampas. Gelang kayu yang aku pakai pun diorang soal. Aku suka giler gelang yang Thirah belikan dari Mekah tu, nasib baik tak dirampasnya.

Selesai semua, kitaorang keluar dari bangunan airport dan tunggu orang dari Aplha Car Rental datang pick up ke office untuk ambil kereta. Kitaorang sewa kereta dari Aplha untuk 1 hari then pulangkan kat office Alpha cawangan Brisbane di Moorooka. Sehari 76++ AUD (termasuk GPS + baby sit). Baby sit wajib untuk kanak-kanak hingga umur 8 tahun. Kalau tak kena denda 300AUD. Untuk hari-hari seterusnya kami sewa dari Jamal, kawan atas kawan punya kenalan. Sehari  30AUD. Destinasi pertama, Paradise Country.

Sebelum trip, banyak tempat-tempat yang kami survey untuk tengok haiwan-haiwan Australia. Australia Zoo, Currumbin dan Lone Pine Koala Santuary. Harga tiket pula berbeza-beza. Fikir-fikir punya fikir decided book online tiket untuk Paradise Country. Tiketnye murah (17.50 AUD), tour farm yang simple, boleh siap half day saja. Lagipun kami nak pi tengok kangaroo dan koala je pun. Kami sampai di Paradise Country lebih kurang jam 11. Morning tour dah pun berlalu, kitaorang buat tour sendiri-sendiri. Dapat brochure yang senaraikan aktiviti dan masa. So, just follow the schedule.

Di Paradise Country pelawat diperkenalkan dengan cara hidup pengembala. Once jejakkan kaki kat situ, memang dah boleh feel macam di dalam ladang ternakan. Dengan staff nye yang pakai kemeja coklat cair, but dan topi koboi. Dengan padang menghijau, segar rasa mata. So kitaorang pusing-pusing tengok koala dan kangaroo. Oh mereka sangat comel lah. Frust sikit sebab tak dapat tengok kangaroo berdiri atau melompat. Aku macam nak bergambar di tengah-tengah sekumpulan kangaroo tapi time kami sampai tu semua baru lepas makan, diorang sedang melepak berehat. Lucky, time snap-snap gambar kangaroo tu, ada sorang staff offer kat kitaorang nak bagi kangaroo makan tak. Pucuk dicita la kan🙂 . Kemudian pergi ke nursery, tengok baby-baby haiwan kat situ di beri makan. Next show, cukur bulu biri-biri. Oh biri-biri pun sangat comel. Especially yang kat dalam gambar dibawah ini. Macam patung kalau dia tak bergerak.

Baka Merino

Habis seekor di cukurnye, kami bergerak ke cafe. Was-was juga nak makan. Tak tahu halal ke tak. Pusing-pusing kat cafe tu, jumpa sijil halal yang akan expired June 2011 di gantung ditepi dinding dapur. Ok, bayar 15AUD untuk buffet tengah hari. Meal terakhir kami ialah pada malam penerbangan KL-Gold Coast. Jadi perut sangat lapar. Not bad untuk 15AUD ada macam-macam jenis salad, spagetti, nasi, sayur, kentang (oh kentang dia sangat sedap) dan boleh pilih main dishes ayam/ikan/beef. Aku ambil fillet ikan, sangat sedap! Rasa sangat fresh. Ayam pun sedap. Beef biasa-biasa saja.

Cafe

Next show ialah Billy tea. Show ni diorang tunjuk macam mana nak buat teh dan damper di camp fire. Dalam 15 minit macam tu, akhir demonstrasi kitaorang dijamu teh dan damper tadi. Damper tu mula-mula telan, tak de rasa apa pun. Tawar je, tapi lama-lama baru ada rasa. Sedap jugak. Aku google resepi damper ni, nak cubalah nanti🙂

Billy Tea Show

The damper

Show di Paradise Country diakhiri dengan persembahan boomerang dan seekor anjing pengawal ladang. Anjing tu lari-lari kejar biri-biri masuk kandang. Comel🙂 . Tamat show kami terus ke Brisbane untuk ambil kunci rumah dan settlekan apa-apalah.

Main kejar-kejar

Kami sewa rumah student Malaysia di Dutton Park. Diorang sekeluarga  balik Malaysia 2 bulan. Dinning hall yang luas, bilik pun luas. Kalau nak bawa famili, tak de masalah. Ada dapur, peti ais, oven dan juga mesin basuh. Tv je tak de. Ada actually tapi diorang simpan. Malam tu kitaorang dinner nasi dan sardin sahaja. Alhamdulillah🙂 . Discuss sikit pasal aktiviti esok, study info-info yang ada dan terus tidur. Suhu time tu berbelas jugak lah. Sejuk.

Homestay

Next : Day 2 – Brisbane City Tour

5 thoughts on “Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

  1. julie 18 May, 2011 / 12:33 am

    susah gak nk msuk australia ek…mcm2 dia check

  2. kay 18 May, 2011 / 1:06 am

    aku pun suka gelang yg thirah bg… festaim tgk Huzz senyum bila bergmbo

  3. Nurul 18 May, 2011 / 4:54 am

    Leceh betul yea… kira nyer airport kite lagi OK lah.

    Damper tu nmpk sedap… nnt dh cuba buat aku nk gak🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s