Day 2 – Brisbane City Tour

Previous – Day 1 – Jalan-jalan tengok kangaroo

30/05/2011

Jam 8.30 pagi kami dah berada di pejabat Alpha di Moorooka untuk return kereta. Janji dengan Saiful (yang tolong carikan rumah dan kereta) untuk ambil kereta Jamal di pejabat Alpha. Sedikit salah faham berlaku. Sepatutnya kami semua tak perlu ke Alpha. Cukupla seorang sahaja. Sebab kereta Jamal tu tak de baby sit, macam mana nak bawa budak kecik tu. Kawan aku ni dah sewa baby sit dari orang lain, dan orang tu akan datang pasang sendiri di rumah. Jadinya, aku, kawan aku dan anaknya terpaksalah menunggu di Aplha lebih kurang sejam menunggu husband kawan aku datang dengan kereta yang lengkap dengan baby sit tu. Rules di sini, baby sit tu perlu dipasang oleh pihak yang memberi sewa. Sebab kalau penyewa yang pasang sendiri dan apa-apa terjadi (kemalangan), yang memberi sewa tu akan kena denda. Jadinya, pagi tu kami dah membazir lebih kurang 2 jam. Plan pun dah terganggu sikit. Untuk meredakan tension, kitaorang pun pergi shopping dan cuci-cuci mata🙂 .

Di South Bank Riverside Park ada Lifestyle Market pada setiap weekend. Pusing-pusing cari parking, tak de. Hampir nak park di tempat illegal, tiba-tiba nampak 2 orang polis pakai seluar pendek mengayuh basikal dengan laju. Rupa-rupanya diorang nak kejar orang yang park kereta di tempat yang illegal kat depan kitaorang. Cekap sungguh. Denda parking di tempat illegal aku tak sure berapa tapi kalau parking tapi tak bayar kat mesin tepi-tepi jalan tu, 1 kereta 50 AUD. Huhhuh nangis weh. Tak nak cari pasal, kami park di dalam bangunan. Parking per entry 5AUD. Mahal!

Macam-macam benda lah yang dijual disini. Booth tilik nasib pun ada. Tengokkan rupa yang menilik nasib tu, memang macam dalam tv tu lah. Kat sini aku beli sourvenir di booth yang jual barangan kulit. Kulit buaya, kulit kangaroo. Errr scrotum kangaroo pun boleh buat sourvenir. Buat lighter. Pelik-pelik.

Habis pusing pasar, kitaorang gerak ke park di tepi sungai. Kawasan kat situ sangat bersih. Nak bergolek-golek atas rumput tak de hal. Ada tahi burung ke apa, tu aku tak sure lah😀 .  Hari tu memang park tu penuh dengan orang. Macam-macam aktiviti. Berjemur dengan 2 piece🙂, berkelah, tidur, masak-masak, lepak-lepak baca buku, main kejar-kejar dengan anak. Best. Di South Bank tu jugak ada jeti untuk Brisbane Cruise. Kitaorang tak naiklah, mahal tiketnye.

pool tepi sungai

Perut dah lapar, kitaorang tukar plan. Pergi beli barang-barang mentah, balik rumah, masak, rehat-rehat kejap, solat dan keluar balik. Itu bestnye tak ambil tour pakej, sukahati nak pergi mana ikut masa sendiri🙂 . I like! . Tambah-tambah travel dengan budak kecil yang mana moodnye tak boleh dijangka. Petangnya kami ke Mt Coot-tha Lookout dengan harapan untuk tengok sunset. Tapi sebab tersalah masuk, jadi bersunset di tempat lain🙂 . Dah siap bawa bekal roti telur bergula ni konon nak makan-makan sambil tengok sunset😀 . Di Mt-Coot-tha tu ada a few attaractions lain. Kami dah termasuk ke Botanical Garden yang mana pukul 5 petang dah tutup. Tak perasan pulak signboard ke lookout point tu kena terus lagi. Dengan frustnye, kitaorang ke Kangaroo Point untuk enjoy Brisbane night view🙂.

Brisbane River view dari tempat rendah

Brisbane River view dari tempat tinggi

Di Kangaroo Point, tak ramai yang lepak. Tapi ramai yang jogging. Yang muda berjogging, yang tua berjalan. I like! Kangaroo Point ni pun di tepi sungai. Bersih sungainya, tak de bau busuk. Lepak-lepak kat situ, makan-makan, tengok-tengok lampu bangunan-bangunan tinggi di Brisbane, senyum-senyum kat orang sedang jogging. Actually Kangaroo Point ni ada 2 bahagian. Satu di tepi sungai (tempat yang kitaorang lepak) dan satu lagi kawasan tinggi dari sungai yang berdekatan dengan Story Bridge. Tanya satu couple warga emas ni macam mana nak ke Story Bridge. Teringin nak tengok Story Bridge ni sebab kat situ ada aktiviti panjat jambatan (asal panjat je aku excited lebih) dan boleh tengok view Brisbane pada ketinggian berapa ntah. Tapi untuk buat aktiviti tu kena book online dan ambil masa 2 jam. So, kitaorang tak buatlah, pergi nak tengok je macam mana rupanya.

Dah lepak kat Kangaroo Point, dah tengok dan lalu atas Story Bridge, search di GPS apa tourist attaractions yang berhampiran, kitaorang ke Chinatown pula. Aku sangka kan suasana macam Chinatown di Singapura yang mana berderet kedai-kedai sourvenir murah-murah. Yang aku nampak kat situ banyak kedai makan. Kedai sourvenir yang buka pun 1 je. Satu hal yang tak best kat sini, bussiness hour diorang sampai pukul 5.30 petang je. Time tu dah masuk maghrib. Pusing-pusing dah tak tau nak pergi mana, kitaorang balik rumah. Masak-masak, makan-makan, discuss untuk aktiviti esoknya, dan tidur🙂

di Chinatown Mall

Next: Day 3 – A beautiful scenery

4 thoughts on “Day 2 – Brisbane City Tour

  1. deidaa 18 May, 2011 / 1:05 pm

    Waa bagusnya aktiviti bisnes tutup 5.30pm.
    Ptt malaysia la yg kena buat camtu.. kurang sikit org berpeleseran!

  2. Ned 19 May, 2011 / 12:14 am

    cantik juga brisbane nie yer.. tp kalo pkl 5 semua kedai dah tutup.. mcm susah la nak membeli-belah time hari bekerja erk? hehehe.. org kiter kan dah biasa shopping time solat jumaat (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s