Korea

Kejadian ni dah lama. Sehari sebelum Ekiden Run 2011. Nani ajak pergi makan di kedai makanan Korea dekat area Galaksi Ampang nun, aku pun ok aje lah. Tak pernah pun makan style Korea nih. Seoul Garden tu selalu lah 🙂 . Kedai yang kitaorang pergi makan tu namanya Sweet Tree. Soooo sweeeeet :P. Rupanya kat kawasan situ memang penuh dengan kedai-kedai bercirikan Korea ni. Yang buatkan kedai ni femes ialah decorationnye. Cantik. Sangat kreatif. Pemiliknya sepasang suami isteri. Suaminye Korean dan isterinya Malay. Ramah kedua-duanya.

Drawing di dinding di tingkat atas

Dinding di cat dengan kesan daun, cantik

Ada ikan di dinding

A few collections dipamerkan di sini

Ruang makan tingkat atas

hihihi gambar sinki kat toilet pun ada

Yang bestnye ada disediakan tripod kat sini. Memang yang datang akan bergambar kat sini. So tak ya malu-malu nak keluarkan kamera 🙂

Tiba masa untuk order, aku blank. Satu apa pun aku tak tau. Aku tau kimchi je lah. Nasib baik Nani dah pernah datang, so dialah yang guide kitaorang nak order apa. Disebabkan kitaorang sampai agak lewat, banyak menu yang chef recommended habis. So aku order apa bende bimbimbap ntah (macam mana ntah nak ngeja nya), kakak order lamb chop, Nani punya sup ape ntah, Ijun pulak apa benda ntah campur-campur kimchi, rice cake dan macam-macam bahan lain yg aku dah tak ingat namanya :D.

Sorbet ni sedap jugak tapi sejuk sangat

Lamb chop yang agak keras

Ijun punya food. Sedap jugak tapi cepat muak

Ini aku punye, bimbap ape bende ntah. Dalam bahase melayunye nasi goreng telur mata. Nampak simple kan? Nasi dia sedap! Dalam nasi tu ada kimchi

The winner! Dalam banyak-banyak food, ini paling best. Bahase melayunye lempeng. Dah lupa dalam bahasea korea nama apa. Rasa sebijik macam lempeng tapi mewah dengan lauk dan sayur. Sedap! Recommended

Anak baru sorang

…rumah dah sepah-sepah. Sekarang aku faham keluhan segelintir ibu bapa (ibulah selalunya pun) pasal kemas-kemas rumah pastu anak sepah-sepahkan balik. 2 hari Iris kat rumah aku, dah jadi tunggang langgang. Ini kali pertama dia datang sejak dia pandai berjalan. Dulu-dulu merangkak, ok je lah. Aku pulak tak sempat nak simpan barang-barang yang dia boleh capai sebab sibuk dengan NCCR. Semua benda dia nak capai. Kita kata “haihhh..”, dia pergi tempat lain, capai benda lain. Saat dia celik mata dari tidur, sampailah dia tidur balik, non-stop dia berjalan. Tak penat eh. Kejap ke dapur, kejap ke tangga, kejap bawah meja. Habis acuan biskut raya aku dia main. Ingat LEGO agaknya. Tupperware-tupperware di almari dapur, habis dipunggahnya. Patutlah dia makan banyak. Habis tenaga digunakannya 😀 .

Sabtu pagi lepas kelas renang, bawa dia jalan-jalan kat KLCC kejap. Lagipun nak pergi GLC Open Day. Kalau Iris tak ikut, syoknye singgah-singgah kat semua booth. Iris pulak kalau tak jumpa makanan, moodnye kureng. Aku perasan dalam banyak-banyak gambar, gambar-gambar kat tempat makan dia ceria sikit. Lain-lain masam je muka. Jumpa maskot Upin dan Ipin di GLC Open Day. Menjerit Iris sebab takut. Padahal kalau nak tidur mesti ada bantal Upin Ipin. Dah jumpa live, takut pulak. Ishhh. Malam pulak keluar makan di Seoul Garden. Lagilah happy si kecik tuh. Orang lain duduk atas kerusi, dia duduk atas papan tinggi tepi meja. Makan sorang-sorang. Heavenlah agaknya tu. Dia akan kacau orang kalau ayam dalam pinggan dia dah habis (menurun dari Ezza pulak).

langsung tak nak tengok kamera sebab takutkan Upin Ipin

muka tak puas hati mama tak bagi pergi dekat kolam. ingat kolam renang ke cik?

nak pergi jugak!

pergi jugak tuuuu!

dah penat berjalan, rehat dulu

berebut ayam dengan Achik di Seoul Garden 🙂

Ahad pagi lepas kelas renang, pergi Zoo Negara pulak. Fuhh 2 hari berturut-turut lepas berenang sambung aktiviti lain. Malam memang pengsan. Tak lama pun di zoo. Pukul 1 dah keluar sebab Iris sekeluarga nak pergi tempat lain. Last aku pergi zoo, 4 tahun lepas kot. Join bebudak fotografi pergi shoot kat sana. Tak de beza sangat pun. Cuma yg beza ada show singa laut lah. Lain-lain sama je. Tapi tak puas sebenarnya, nak kena pergi lagi lah. Tak puas shoot. GGK, let’s go to zoo!

di Zoo Negara jam 11 pagi

show burung nuri main gelung

dedua comel 😀

singa laut main gelung

burung ni terbang ke tangan budak ni dan ambil duit rm10 yang budak tu pegang sebagai donation

Us

burung paling tua di sini. kepaknya patah

merenung

menunggu

bestfriend

senyum

mesyuarat

Iris balik Rompin petang Ahad tu. Huhhuhhuu tak bestnye. Dia ada, riuh kejap Teratak Indah, Taman Bukit Belimbing ni :). Bila agaknya Iris boleh sebut “ciklong” ye???

NCCR 2011

Selesai NCCR 2011 di Sunway Pyramid Convention Centre (22-24 June), aku tak boleh rehat lagi rupanya.  Ingatkan boleh la siapkan kerja-kerja ofis yang tertangguh akibat tak masuk office 3 hari tu kat rumah. Janji tinggal janji, aku on pc, lalu terlelap di depan pc. Final Maharaja Lawak pun aku boleh terlelap. Bukan sikit lelapnya. Nabil dah habis nyanyi untuk persembahan pusingan ke-2, baru aku tersedar.

NCCR tahun ni best. Umpama gathering dengan kawan-kawan lama. Cuma feedback dari beberapa delegates, topik-topik agak membosankan. Ntah, aku tak masuk satu pun sebab kena jaga booth. Cuma sempat masuk upacara perasmian. Apa yang aku dapat faham dari ucapan Menteri Kesihatan, Malaysia sedang mengusahakan sesuatu agar Malaysia dikenali dalam peta “research” dunia. Dan aku pun berharap agar apa yang dimulakan oleh “big boss” satu ketika dahulu, tak kan berhenti walaupun beliau dah pencen.

perasmian

DG melawat booth pameran

3 hari setia di sini

Jika dicongak, hampir 8 tahun aku kerja dalam bidang ni. Dalam 8 tahun ni, kejap aku kontrak dengan KKM, kejap masuk private dengan vendor, kejap sana kejap sini. Aku nak explain kat ma abah pun susah :). Aku tengok ramai yang keluar masuk, yang pencen, yang dari bujang dah kahwin, dari baru kahwin dah ada anak. Aku macam ni jugak. Macam susah sangat nak pergi tempat lain. Sebab hati memang berat di sini 🙂 . Jika tahun-tahun sebelum ni, aku jadi delegates, tapi tahun ni aku jadi exhibitor. Penat. Makan pun tergesa-gesa sebab nak gilir-gilir jaga booth. Tapi yang best tea time, boleh makan sesuka hati sebabnya booth aku betul-betul di depan tempat diorang hidang. Delegates lain semua kena masuk hall dengar talk, aku boleh lepak minum-minum, makan-makan 🙂 sambil jaga booth. Yang paling tak boleh lupa, aku jumpa Dr Adelina, dari salah sebuah pharmaceutical company. Mulanya sembang-sembang pasal kerja. Last-last jadi topik fotografi. Aku tak tau pulak Dr Adelina minat fotografi. Jom! Jamu mata kat online gallery beliau.

makan

poster competition

salah satu poster yang menarik perhatian aku

NCCR 2011 tamat sesudah lunch lebih kurang jam 1 petang. Kemas-kemas barang, balik rumah, tidur sambil tunggu kedatangan cik Iris Addriana Dania 🙂

Swimming jom!

Akhirnya, join jugak kelas berenang. Niat dah lama. Lama giler. Ada nak dekat 2 tahun kot dok plan2 dengan Amy. Hampeh! Nasib baik bebudak GGK tahu kat mana belajar berenang. Yang bestnye, cikgunye pempuan, lokasi pun private pool. Student-student semua pempuan. Ini la yang dicari selama 2 tahun :p . Semalam kelas pertama. Diajar cara bernafas dalam air. Kemudian diajar gerak-gerak kaki dalam air supaya badan boleh bergerak ke depan. Best! Aku pelik betul, asal aku bergerak je, halfway melencong ke kiri. Macam ada besi berani tarik ke tepi. Bebudak ni gelakkan aku 😀 . Aishhhh pelik. Tanya cikgu, katanya kekuatan kaki kanan dan kiri aku tak sama. Itu pasal bergerak senget-senget. Ada time tu tengah syok dok gerak-gerak kaki, tetiba rasa macam badan berpusing. Aku rasa macam penguin berenang pun ada 😀 .

Esok cikgu kata akan ajar yang susah sikit. Tak sabar!

Jom, sesapa nak join kelas renang bersama Kak Sharifah di Lorong Damai 8.