NCCR 2011

Selesai NCCR 2011 di Sunway Pyramid Convention Centre (22-24 June), aku tak boleh rehat lagi rupanya.  Ingatkan boleh la siapkan kerja-kerja ofis yang tertangguh akibat tak masuk office 3 hari tu kat rumah. Janji tinggal janji, aku on pc, lalu terlelap di depan pc. Final Maharaja Lawak pun aku boleh terlelap. Bukan sikit lelapnya. Nabil dah habis nyanyi untuk persembahan pusingan ke-2, baru aku tersedar.

NCCR tahun ni best. Umpama gathering dengan kawan-kawan lama. Cuma feedback dari beberapa delegates, topik-topik agak membosankan. Ntah, aku tak masuk satu pun sebab kena jaga booth. Cuma sempat masuk upacara perasmian. Apa yang aku dapat faham dari ucapan Menteri Kesihatan, Malaysia sedang mengusahakan sesuatu agar Malaysia dikenali dalam peta “research” dunia. Dan aku pun berharap agar apa yang dimulakan oleh “big boss” satu ketika dahulu, tak kan berhenti walaupun beliau dah pencen.

perasmian

DG melawat booth pameran

3 hari setia di sini

Jika dicongak, hampir 8 tahun aku kerja dalam bidang ni. Dalam 8 tahun ni, kejap aku kontrak dengan KKM, kejap masuk private dengan vendor, kejap sana kejap sini. Aku nak explain kat ma abah pun susah🙂. Aku tengok ramai yang keluar masuk, yang pencen, yang dari bujang dah kahwin, dari baru kahwin dah ada anak. Aku macam ni jugak. Macam susah sangat nak pergi tempat lain. Sebab hati memang berat di sini🙂 . Jika tahun-tahun sebelum ni, aku jadi delegates, tapi tahun ni aku jadi exhibitor. Penat. Makan pun tergesa-gesa sebab nak gilir-gilir jaga booth. Tapi yang best tea time, boleh makan sesuka hati sebabnya booth aku betul-betul di depan tempat diorang hidang. Delegates lain semua kena masuk hall dengar talk, aku boleh lepak minum-minum, makan-makan🙂 sambil jaga booth. Yang paling tak boleh lupa, aku jumpa Dr Adelina, dari salah sebuah pharmaceutical company. Mulanya sembang-sembang pasal kerja. Last-last jadi topik fotografi. Aku tak tau pulak Dr Adelina minat fotografi. Jom! Jamu mata kat online gallery beliau.

makan

poster competition

salah satu poster yang menarik perhatian aku

NCCR 2011 tamat sesudah lunch lebih kurang jam 1 petang. Kemas-kemas barang, balik rumah, tidur sambil tunggu kedatangan cik Iris Addriana Dania🙂

4 thoughts on “NCCR 2011

  1. tufulah@gmail.com 28 June, 2011 / 1:13 am

    ooo… tu la nama kampeni Huzz ye?

    • whooz 28 June, 2011 / 2:24 am

      ha’ah yg clindata tu.

  2. deidaa 28 June, 2011 / 2:57 am

    Kita under 1roof nanti cik ziana.
    Agak2 aku blh terlibat tak dgn mende2 camnih?
    Aku bosan sehhhhh melepuk je kat ofis.. aku suke keje2 luar camgini.

    • whooz 29 June, 2011 / 1:57 pm

      tak tahulah akan terlibat ke tak. selalunya kementerian ni akan jadi org tengah antara vendor dan doktor2 yang nak buat sesuatu study.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s