Anak baru sorang

…rumah dah sepah-sepah. Sekarang aku faham keluhan segelintir ibu bapa (ibulah selalunya pun) pasal kemas-kemas rumah pastu anak sepah-sepahkan balik. 2 hari Iris kat rumah aku, dah jadi tunggang langgang. Ini kali pertama dia datang sejak dia pandai berjalan. Dulu-dulu merangkak, ok je lah. Aku pulak tak sempat nak simpan barang-barang yang dia boleh capai sebab sibuk dengan NCCR. Semua benda dia nak capai. Kita kata “haihhh..”, dia pergi tempat lain, capai benda lain. Saat dia celik mata dari tidur, sampailah dia tidur balik, non-stop dia berjalan. Tak penat eh. Kejap ke dapur, kejap ke tangga, kejap bawah meja. Habis acuan biskut raya aku dia main. Ingat LEGO agaknya. Tupperware-tupperware di almari dapur, habis dipunggahnya. Patutlah dia makan banyak. Habis tenaga digunakannya😀 .

Sabtu pagi lepas kelas renang, bawa dia jalan-jalan kat KLCC kejap. Lagipun nak pergi GLC Open Day. Kalau Iris tak ikut, syoknye singgah-singgah kat semua booth. Iris pulak kalau tak jumpa makanan, moodnye kureng. Aku perasan dalam banyak-banyak gambar, gambar-gambar kat tempat makan dia ceria sikit. Lain-lain masam je muka. Jumpa maskot Upin dan Ipin di GLC Open Day. Menjerit Iris sebab takut. Padahal kalau nak tidur mesti ada bantal Upin Ipin. Dah jumpa live, takut pulak. Ishhh. Malam pulak keluar makan di Seoul Garden. Lagilah happy si kecik tuh. Orang lain duduk atas kerusi, dia duduk atas papan tinggi tepi meja. Makan sorang-sorang. Heavenlah agaknya tu. Dia akan kacau orang kalau ayam dalam pinggan dia dah habis (menurun dari Ezza pulak).

langsung tak nak tengok kamera sebab takutkan Upin Ipin

muka tak puas hati mama tak bagi pergi dekat kolam. ingat kolam renang ke cik?

nak pergi jugak!

pergi jugak tuuuu!

dah penat berjalan, rehat dulu

berebut ayam dengan Achik di Seoul Garden🙂

Ahad pagi lepas kelas renang, pergi Zoo Negara pulak. Fuhh 2 hari berturut-turut lepas berenang sambung aktiviti lain. Malam memang pengsan. Tak lama pun di zoo. Pukul 1 dah keluar sebab Iris sekeluarga nak pergi tempat lain. Last aku pergi zoo, 4 tahun lepas kot. Join bebudak fotografi pergi shoot kat sana. Tak de beza sangat pun. Cuma yg beza ada show singa laut lah. Lain-lain sama je. Tapi tak puas sebenarnya, nak kena pergi lagi lah. Tak puas shoot. GGK, let’s go to zoo!

di Zoo Negara jam 11 pagi

show burung nuri main gelung

dedua comel😀

singa laut main gelung

burung ni terbang ke tangan budak ni dan ambil duit rm10 yang budak tu pegang sebagai donation

Us

burung paling tua di sini. kepaknya patah

merenung

menunggu

bestfriend

senyum

mesyuarat

Iris balik Rompin petang Ahad tu. Huhhuhhuu tak bestnye. Dia ada, riuh kejap Teratak Indah, Taman Bukit Belimbing ni🙂. Bila agaknya Iris boleh sebut “ciklong” ye???

4 thoughts on “Anak baru sorang

  1. Nurul 29 June, 2011 / 11:31 pm

    Lama nyer dah tak pergi Zoo Negara… last aku pergi masa aku sekolah tadika😦

    • whooz 30 June, 2011 / 12:20 am

      hahahha..
      jom weh pergi menembak kat Zoo

      • kay 30 June, 2011 / 12:46 am

        alaaa…. korg best la nak p, bulih main tembak2…

  2. whooz 30 June, 2011 / 12:52 am

    eceh..ape lagi kay, tembak kay skali lah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s