Semalam yang hangat

HANGAT betul semalam. Bila 10 girls berkumpul, riuh! Anyway sangat enjoy semalam. Makan haiwan sampai tersandar. Sungguh karnivor!

senyum aje dia kan

outdoor BBQ steamboat concept

dan semalam juga kami berkira-kira untuk menukar Geng Gunung Ke??? (GGK) kepada Geng Gunung Ke Kenyang??? (GGK 2) .

Sepatah dua

Minggu yang penat. Tiba-tiba je ada task urgent. Kelas renang terpaksa skip. Kebetulan juga keadaan tak mengizinkan. Sambung lepas raya, harus lupa nih. Bukan je lupa, confirm jadi takut air. Nak “bermesra” dengan air tu kurang-kurang ambil masa 1/2 jam. Busy-busy pun, aku tak sabar nak tunggu esok dan Jumaat.

Esok Harimau Malaya jumpa Singa. Aku bukannya kaki bola. Tapi ada waktu semangat kesukanan tu melonjak-lonjak. Tengok sukan budak-budak tadika pun aku excited! Aku suka suasana bersorak-sorak macam tu :). Bos kata kalau nak pi tengok bola kat Bukit Jalil esok boleh je half day, asalkan kerja siap. Cute kan bos saya 🙂

Jumaat pula, ada dating! Yahoo! Lama tau tak berkumpul ramai-ramai. Insyaallah kita jumpa nanti ye babes sekelian 😉

Susah-susah dahulu :)

Mula-mula aku nak ucap good luck untuk Gojes dan Julie sebab hujung minggu ni diorang nak exam. Terkejut dapat email Gojes tadi hehehhe. Pastu masuk FB baca wall Julie. Dua-dua risau pasal exam. Insyaallah, kalau korang ready, semuanya lancar 🙂 .

Teringat masa study part time dulu. Kalau di beri pilihan, confirm aku tak nak dah buat macam tu. Maksud aku kerja sambil belajar. Sampai satu tahap rasa nak quit je. Nasib ada teman. Kalau sorang, tak grad gamaknya. Sabtu dan Ahad, otak hanya fikir pasal belajar. Tapi bila weekdays, otak fikir pasal kerja dan pasal belajar. Mana nak siapkan assignment, mana nak siapkan kerja kat ofis. Berat badan aku pernah turun hingga ke 46kg. Tak percaya aku :D. Nasib baik a few assignment aku boleh refer kat budak Network kat ofis tu. Lebih seksa, sebabnya aku sambung belajar tanpa pengetahuan bos 😀 . Nak sembunyi tu punya la susah. Masuk semester akhir baru aku bagitau dia. Kenangan :). Terima kasih kepada semua pihak yang banyak beri kerjasama sepanjang tempoh berhempas pulas, berperang satu masa dulu 🙂

Sekali lagi, GOOD LUCK Gojes dan Julie! Pass paper ni boleh apply kerja kat tempat lain kot kan 😉

Luahan: Letih

Kebelakangan ini aku cepat letih. Weekend lepak rumah saja pun, weekdays letih. Padahal dah lama tak de aktiviti panjat-panjat bukit ni. Joging pun dah lama skip. Compare dengan masa aktif giler dulu, tak de letih-letih macam ni. Semalam balik dari swimming class, aku makan mee goreng SEDAP perisa asli, durian 3 ulas, dan apam dot dot dot 3 biji. Naik atas, nak lepak-lepak jap tetiba rasa gelap sekejap dan telinga berdengung. Terus aku baring pukul 5.30 pagi tadi baru sedar.

Ke sebab aku dah lama tak exercise hah?

Ok, dah nak balik. Nak stayback pun letih ni

Life

Weekdays kerja. Malam-malam sambung buat kerja ofis di rumah.

Weekend pun buat kerja ofis di rumah (kalau x de xtvt panjat memanjat)

Itu life lah namanya kan? Siapa kata takde life? Who says?

Ok, enjoy lagu awek Justin Bieber ni (tak de kaitan pun dengan entry 😀 )

Who Says – Selena Gomez & The Scene