:)

Sudah apply cuti raya, cuti 3 hari, start kerja on 6/9. Best giler dapat cuti lama. Balik kampung 27/8, so sesiapa yang melalui jalan yang sama nanti, jumpa kat jalan ye! Tahun ni akan memandu pulang seorang diri. Boleh ke hah??? Harap-harap ok la kan. Aku risaukan part ngantuk je. Ma nak offer Eddy suruh datang KL dan temankan aku balik. Aku cakap tak yah la.

Persiapan untuk raya tahun ini, rasanya yang paling tak bersungguh-sungguh. Sebabnya fulus tarak :D. Semuanya habis kat kereta. Ni belum pi servis lagi. Fuh! Pening memikirkan. Lagipun kewangan tahun ini yang paling teruk aku alami. Sabar-sabar 🙂 .  Baju kurung ada la selai yang ma tengah jahit. Raya yang ke berapa-berapa tu belasah je lah baju kurung ofis kan. Tudung pakai yang mana ada je lah. Kasut pun. Sebut part kasut, aku paling kurang shopping kasut sebabnya susah sangat nak berkenan dan selesa di kaki. Buat masa ni aku hanya ada sepasang kasut yang aku belasah pergi ofis, pergi jalan-jalan, 2 pasang selipar getah, 2 pasang kasut sukan dan 2 pasang kasut adidas kampung. Aku sangat cerewet pasal kasut. Tapi bila dah dapat tu, bukannya cantik mana. Cuma mood aku time tu suka kasut tu dan beli. Dan aku tak suka beli banyak pasang sebab rasa macam kasut-kasut tu akan diabaikan kecuali jika setiap kasut tu ada function tersendiri. Aku akan belasah selunyai yang mungkin, then beli baru 🙂 .

Ada plan dalam kepala otak nak buat beberapa kuih raya. Tak nak beli langsung. Yang beli hanya batang buruk, yang aku tak reti nak buat 🙂 . Kak Ngah pun dah order beberapa jenis. Cukup la kan.

Esok cuti 🙂 . Kelakarlah, kitaorang satu ofis tak sedar esok cuti sebab selama ni kerja di KL, tak cuti kan. So esok boleh buat kuih (kalau rajin). Yang pastinya juadah berbuka esok aku nak masak. Kakak dah order menu untuk esok 🙂 . Setiap hari jadi pelanggan tetap gerai makcik Kelantan tu. Sebabnya cara masakan dia mirip masakan ma dan harga boleh tahan murah compared to gerai2 lain. Weekend lepas, puas hati sangat sebab semua ahli keluarga berkampung di KL. Dapatla request macam-macam dari ma. Ayam percik, Keli percik,  Asam Pedas Keladi, Asam Tumis Ikan Kerisi, Butir Nangka..best-best! Abah seperti biasa ditugaskan membakar ayam dan ikan keli. Kalau GGK nak tau, ini lah sifu saya dalam bab bakar-membakar. Boleh beri gelaran En Burn jugak kepada beliau 🙂 . Ma sibuk-sibuk masak lauk untuk berbuka, aku sibuk-sibuk buat tart nenas gebu cik miza. Kirim kat ma 3 bekas, kawan dia nak. Makcik, kalau sedap, order lagi tau 🙂

Okeh, sambung kerja jom. Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum cuti raya ni.

Kenapa Final Destination ni asyik keluar bulan puasa je? Tapi kali ni ujung puasa, so sempatla kalau pergi tengok lepas raya kan 🙂

Kehilangan

Aku tahu sangat susah untuk terima hakikat kehilangan yang kita sayang tapi kita kena redha.Tak kira nyawa atau harta benda.

Semuanya telah ditentukan olehNya.

So, bersabar banyak-banyak ok 🙂

Luahan: Happy!

Morning!

Tak sia-sia stay up dari pukul 1++ tadi sampai pukul 4 ni. You are very right boss! I just need to put some extra effort :).  Bertemankan seteko kopi dan chit-chat with Cik N through FB, aku dah dapat resolve query yang sangat penting 🙂 . She also berjaga siapkan kerja.

Plan asalnya nak buat kerja lepas terawih tapi lepas Maghrib aku dah tertidur sambil tunggu Isya’. Sakit kepala sangat. Dari hari pertama puasa, tiap-tiap hari kepala belah kiri asyikla sakit-sakit. Terjaga tadi pun sebab kakak kejutkan bagitau puding caramelnye dah jadi 🙂 . Okla, pass untuk dibawa ke USJ petang nanti.

Sahur dengan kek green tea aje lah japgi. Tak de selera nak makan nasi. Thank you boss bagi kek itu :). Pagi ni nak pergi pasar kejap, cari santan dan sotong untuk buat ketupat sotong untuk dibawa ke USJ. Harap-harap menjadilaaaaaa. Harini akan buka puasa bersama GGK di rumah Gojes. Bestnyeee, just nak spend masa dengan orang-orang yang disayangi. Cewahhh! Ramai orang-orang yang aku sayang tak de depan mata. Tak boleh nak habiskan masa bersama-sama. Tak pe, kita guna aje pepatah “Biar jauh di mata, tapi dekat di hati” 😉 .

Ok, jom sahur!