:)

Sudah apply cuti raya, cuti 3 hari, start kerja on 6/9. Best giler dapat cuti lama. Balik kampung 27/8, so sesiapa yang melalui jalan yang sama nanti, jumpa kat jalan ye! Tahun ni akan memandu pulang seorang diri. Boleh ke hah??? Harap-harap ok la kan. Aku risaukan part ngantuk je. Ma nak offer Eddy suruh datang KL dan temankan aku balik. Aku cakap tak yah la.

Persiapan untuk raya tahun ini, rasanya yang paling tak bersungguh-sungguh. Sebabnya fulus tarak😀. Semuanya habis kat kereta. Ni belum pi servis lagi. Fuh! Pening memikirkan. Lagipun kewangan tahun ini yang paling teruk aku alami. Sabar-sabar🙂 .  Baju kurung ada la selai yang ma tengah jahit. Raya yang ke berapa-berapa tu belasah je lah baju kurung ofis kan. Tudung pakai yang mana ada je lah. Kasut pun. Sebut part kasut, aku paling kurang shopping kasut sebabnya susah sangat nak berkenan dan selesa di kaki. Buat masa ni aku hanya ada sepasang kasut yang aku belasah pergi ofis, pergi jalan-jalan, 2 pasang selipar getah, 2 pasang kasut sukan dan 2 pasang kasut adidas kampung. Aku sangat cerewet pasal kasut. Tapi bila dah dapat tu, bukannya cantik mana. Cuma mood aku time tu suka kasut tu dan beli. Dan aku tak suka beli banyak pasang sebab rasa macam kasut-kasut tu akan diabaikan kecuali jika setiap kasut tu ada function tersendiri. Aku akan belasah selunyai yang mungkin, then beli baru🙂 .

Ada plan dalam kepala otak nak buat beberapa kuih raya. Tak nak beli langsung. Yang beli hanya batang buruk, yang aku tak reti nak buat🙂 . Kak Ngah pun dah order beberapa jenis. Cukup la kan.

Esok cuti🙂 . Kelakarlah, kitaorang satu ofis tak sedar esok cuti sebab selama ni kerja di KL, tak cuti kan. So esok boleh buat kuih (kalau rajin). Yang pastinya juadah berbuka esok aku nak masak. Kakak dah order menu untuk esok🙂 . Setiap hari jadi pelanggan tetap gerai makcik Kelantan tu. Sebabnya cara masakan dia mirip masakan ma dan harga boleh tahan murah compared to gerai2 lain. Weekend lepas, puas hati sangat sebab semua ahli keluarga berkampung di KL. Dapatla request macam-macam dari ma. Ayam percik, Keli percik,  Asam Pedas Keladi, Asam Tumis Ikan Kerisi, Butir Nangka..best-best! Abah seperti biasa ditugaskan membakar ayam dan ikan keli. Kalau GGK nak tau, ini lah sifu saya dalam bab bakar-membakar. Boleh beri gelaran En Burn jugak kepada beliau🙂 . Ma sibuk-sibuk masak lauk untuk berbuka, aku sibuk-sibuk buat tart nenas gebu cik miza. Kirim kat ma 3 bekas, kawan dia nak. Makcik, kalau sedap, order lagi tau🙂

Okeh, sambung kerja jom. Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum cuti raya ni.

Kenapa Final Destination ni asyik keluar bulan puasa je? Tapi kali ni ujung puasa, so sempatla kalau pergi tengok lepas raya kan🙂

8 thoughts on “:)

  1. gerbera 16 August, 2011 / 1:41 pm

    Tahun ni yang raya sakan pun kereta aku. Tayar baru, brake pad baru, and soon absober baru. Tuan dia gak yg sakit ::(

    • whooz 16 August, 2011 / 9:57 pm

      sakit, sakit

  2. kay 17 August, 2011 / 5:26 am

    ada gak beli sepasang baju baru ikut saiz skrg… baju kurung tempah ikut saiz tahun lepas… tak sempat nk balik kuantan ukur saiz baru…

    • whooz 18 August, 2011 / 5:09 am

      pewwitttt saiz baru🙂

  3. deidaa 17 August, 2011 / 5:57 am

    banyak nye kasut mu.
    aku kasut kija (high heel) ada 1 je.. aku akan pakai sampai lunyai baru beli baru.

    mu kena gigihkan lg jual kek ke, buat beskot tiap2 kali raya ke.. utk kaber expenses lelain mcm keta mu huhu.

    • whooz 18 August, 2011 / 5:10 am

      aku x de high heelnye, flat je, so boleh share utk jalan2😀

      ye lah tengah fikir2 lah ni nak tambah duit

  4. mun-e 23 August, 2011 / 7:59 am

    huzz..slamat pulang ke kampung..hati2 di jalan raya🙂

    • whooz 23 August, 2011 / 5:31 pm

      sama lah murni. selamat hari raya. hati-hati balik raya di rumah mertua ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s