Tetamu Allah

Selamat jalan

Semoga dipermudahkan urusan makcik dan pakcik di sana. Suasana sedikit emosi tadi. Tambah-tambah lagi bila makcik pakai baju arwah Diana yang 4 tahun lalu.

Harapnya kita sempat terima “kad jemputan” ini sebelum tutup mata kan. InsyaAllah.

Kita jumpa bulan 11 nanti okey!

Advertisements

Baiklah

Aku semakin faham dan redha bahawa
Tak semua yang kita rancang, berjalan lancar
Tak semua yang kita nak, kita dapat
Tak semua yang kita tak nak, kita tak dapat
Walau hati pernah memberontak

Terima kasih kepadaMu kerana cepat sedarkan aku

Day 3 – A beautiful scenery

Previous :

Day 1 – Jalan-Jalan Tengok Kangaroo

Day 2 – Brisbane City Tour

Awal pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Sebab nak pergi lagi sekali ke Mt Coot-tha. Tak puas hati semalam tak jumpa kan. Dekat je tempat ni dari rumah, tu yang boleh pergi banyak kali. Rupanya dari Botanical Garden, kena terus naik atas, baru sampai di lookout point. Tapi jalan agak sunyi, rasanya kalau semalam kami pergi jugak, maybe patah balik. Kiri kanan pokok je, takde lampu jalan pulak tu. Sepanjang kat sini, kalau tersesat sikit ke kawasan sunyi-sunyi, mesti teringat siri-siri Criminal Mind ๐Ÿ˜€ . Awal pagi, orang pun tak ramai sangat. Ramai yang jogging dan cycling lah kat situ.

Nama asal Mt Coot-tha ialah One Tree Hill. Remember siri One Tree Hill? Ade kaitan ke?. Ntah. Asalnya dulu-dulu orang-orang asli di sini selalu naik gunung ni untuk collect madu lebah (ku-ta). Lama-kelamaan nama nya pun ditukar kepada Mt Coot-tha. Cool kan? Tempat ni macam Lookout Point yang di Ampang tu lah. Yang boleh nampak KL tu. So kat Mt Coot-tha ni boleh nampak bandar Brisbane. Cun!. Kalau sunset lagi cantik rasanya. Kitaorang tak lama pun kat sini. Masuk kedai cenderahati kejap. Usha-usha harga nanti nak compare dengan kedai-kedai di Gold Coast pulak kan.

Destinasi seterusnya, Byron Bay. Nak pergi tengok rumah api. Rata-rata komen pelancong, wajib pergi sana. Sangat berbaloi. Rugi tak pergi. Maka, pergilah jugak kami ke sana walaupun jarak dari Brisbane ke Byron Bay tu hampir 100km. Byron Bay ni ke arah selatan, menuju keย  Sydney. Perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast, agak bosan sebab banyak bangunan dan hutan sikit-sikit. Melepasi Gold Coast, permandangan semakin cantik. Gunung-ganang di kiri kanan. Terus aku teringatkan GGK ๐Ÿ™‚ .

Next trip nak datang sini lahDi katakan orang Sarawak pernah datang ke sini, berperang

Nak aje lajak ke Sydney kan

Dari Gold Coast ke Byron Bay, ini lah view sepanjang jalan

“Itik melintas” di pekan Byron Bay

Nampak exit ke Byron Bay, dah happy :). Risau sesat je. Kami lalu jalan kecil dalam pekan. Kiri kanan ada rumah, kedai. Kebetulan hari tu juga ada pasar. Tapi kami tak sempat nak singgah. Kejar masa. Jalan agak sesak. Driver dah risau-risau takut ada roadblock bla..bla. Rileks bro, kalau ada roadblock pun, kita tak de buat salah ape kan :). Lama-kelamaan baru dapat tahu, jalan sesak sebab rupa-rupanya Byron Bay ni memang tempat popular beraktiviti hujung minggu. Diorang datang for surfing, clubbing, shopping, rilek2 . Kitaorang follow je signboard “lighthouse”. Jalan semakin kecil dan mendaki. Mencabar jugak. Finally nampak lighthouse dari jauh. Yeayyyyyyy! Speechless sekejap bila tengok permandangan sekeliling. Sangat cantik! Subhanallah.

Byron Bay letaknya paling timur di tanah besar Australia. Jika datang pada musim-musim tertentu, dapat tengok kehadiran dolphin, penyu dan ikan paus di sekitar lighthouse ni. Cuaca panas dan berangin, best jalan-jalan. Ada beberapa port yang disediakan untuk berehat dan bergambar. Ada orang joging juga. Berbaloi joging kat sini sebab tanah kat sini ada yang rata, mendaki, turun bukit, boleh rasa semuanya. Disamping angin bertiup, fuhhhh , kalau ada rezeki lain kali nak datang sini lagi awal-awal pagi, jogging seround dua ๐Ÿ™‚ . Kalau tak nak joging, just walking hingga ke hujung tanah. Tapi kami tak sempat nak ke sana sebab masa. Belek-belek balik itinerary dalam tour pamphlet, selalunya untuk aktiviti di sini perlu 1 hari. Dari pagi hingga sunset. Tapi tak apa lah, ini pun sudah memadai. Puas hati :). Masuk kedai cenderahati, beli miniature lighthouse dan sambung journey ke Gold Coast. Bye-bye Byron Bay ๐Ÿ™‚

Sebab masa tak cukup, tak sempat nak ke hujung sana ๐Ÿ˜ฆ

Close up hujung tanah

Untuk layan gambar syok sendiri ๐Ÿ™‚

Ok, last gambar lighthouse ๐Ÿ™‚

Ke Gold Coast, turn aku pulak drive. Yessss! Kalau jadi penumpang, ngantuk gilerrr weh. Highway jam sikitlah. Hari pun dah makin gelap. Destinasi kami, Harbour Town. Hajatnye nak cari souvenir dan barang-barang mentah untuk masak sikit. Tapi sampai-sampai je, kedai banyak dah tutup. Nasib baik ada 2 supermarket masih beroperasi. Jumpa kuah rendang segera diimport dari Malaysia. Syukur! Beli kentang, jadi menu malam tu rendang kentang ๐Ÿ™‚ . Beli beras jugak, agak mahal beras kat sini jika diconvert ke RM. Beli buah. fresh-fresh buahnya. Nak cari ikan bilis, memang tak jumpa. Diorang tak jual ikan bilis sekor-sekor macam kat tempat kita. Semuanya dalam bentuk minyak. Dalam minyak tu ada la sekor dua. Mungkin kedai ikan/daging ada jual ikan bilis sekor-sekor. Nak pergi beli daging/ikan, kedai halal dah tutup lah pulak. Pukul 5.30 dah tutup bisnes.

Sampai rumah dalam pukul 7 lebih. Dah gelap pun. Masak-masak, makan, discuss-discuss pasal esok punye trip, tengok-tengok gambar (ini part yang paling syok) dan tidur dengan nyenyak sekali. Penat.

Next: Day 4 – Seaworld!

Cookbook

Balik cuti raya lepas, sembang-sembang dengan Eddy about cooking. Ya, aku boleh bercakap pasal cooking dengan beliau, walaupun beliau hanya tipikal anak lelaki bongsu manja yang suka tidur lewat dan bangun lewat dan terus ke dapur cari makanan. Dia suruh aku log kan semua resepi-resepi masakan yang pernah aku masak. Untuk next generation katanya. Actually aku ada 1 tapi dalam buku tu segala benda catitan ada. Hutang perbelanjaan rumah pun ada ๐Ÿ˜› (ketika Amy masih menyewa sekali dulu). Lain-lainnya aku print dan berselerak letaknya.

Dan, ini idea aku:

Aku akan catat semua resepi yang pernah aku masak termasuk tips2 nye (of course tips ni bukan dari aku tapi pastinya tips yang pernah aku cuba). Kalau resepi tu aku dapat dari somebody, aku akan letak kredit untuk namanya. Kalau kebetulan aku ada photo beliau, aku akan siap tampal kat page tu ๐Ÿ™‚ . Glamour you! Semestinya gambar-gambar makanan yang menarik ala-ala majalah masakan akan turut berada dalam buku ini, hihihihiih! Dan juga gambar bahan-bahan mentah. Kadang tu pergi pasar tak kenal mana satu tulang rusuk, mana satu tulang belakang ๐Ÿ˜€ (pengalaman sendiri). Aku tahu rupanya kalau dalam bentuk rangka tengkorak, tapi bila dipotong-potong, tak kenal. Jintan manis/putih pun sampai sekarang aku confuse. Selalu berharap kat label plastik je. Bila dah balik rumah, unpack, tau lah jawabnye :D.

Menarik tak idea ni????? Hahahahhah!

Sebagai langkah pertama, aku nak kumpul dulu resepi-resepi masakan ma. Walau hanya resepi menu kerabu pucuk ubi kayu atau sambal jantan yang power tahap berdesing telinga tu. Ma is a good cook (rasanya semua orang akan cakap ibu masing-masing adalah tukang masak terhebat kan ๐Ÿ™‚ ). Rugi aku tak simpan.

Pom pang pom pang kat blog, ntah jadi atau tidak. Tapi tak pe, aku up kat blog, so that aku sentiasa ingat. Aku ni cepat lupa. Dan jugak kalau ada kawan-kawan yang baca blog ni nak recommend / contibute any recipe untuk aku try, dialu-alukan sangat ๐Ÿ™‚ .

kak ina, i need recipe sambal nenek jugak untuk cookbook ini ye ;). Dah lupa lah.

Thank you in advance

Memetik bunga

Selesai sudah majlis pertunangan Fadli (adik arwah Diana). Makcik minta kami tolong bawa dulang hantaran. Tapi aku diberi tugas khas lain, merakam video, sukeeeee ๐Ÿ™‚ . Bertempat di rumah perempuan di Seksyen 19, Shah Alam,ย majlis berjalan lancar. Kejap je bercakap-cakap, adala dalam kurang 30 minit, ayah Diana terus kata “Setuju!” :). Bagus juga habis awal, perut dah lapar giler. Lauk perghhh mengancam! Paling aku suka masak lemak cili padi perut lembu. Sangat yummy!. Ini pengalaman pertama aku ikut rombongan pergi meminang. Bagus juga kutip pengalaman. Lagipun Eddy dah sound aku aritu, kalau dia dah jumpa calon yang sesuai dan cukup duit, dia nak on je,ย tak mau tunggu aku. Cisss! Silakanlah adik ku sayang. Akak ok jerrrrrr!

Dalam banyak-banyak hiasan hantaran, aku suka decorย 2 benda ni, sirih dan cincin.

Barang-barang hantaran ni semua di buat oleh abang Haris dan abang Amir. Keduanya ni partner dalam bisnes wedding planner. Senang kau Fadli :), semua abang kau settle kan. Siapa-siapa nak service diorang , aku boleh rekemen kan ๐Ÿ™‚

๐Ÿ˜‰Selamat bertunang Efi dan Fadli ๐Ÿ™‚

Ok, akhir entry jom layan lagu Pasha Ungguย dan Rossaย nih, Ku Pinang Kau Dengan Bismillah