Raya saya

Kembali kepada rutin harian.

Cuti raya kali ni, puas dapat stay di kampung lama sikit. Dah lama tak riuh rendah buat kuih raya, masak-memasak macam tu. Selalunya aku balik kampung sehari awal nak raya. Mana sempat nak buat apa-apa. Semua ma dan abah dah siapkan. Tapi kali ni, sama-sama “berperang” dengan Iris yang makin nakal. Pantang tengok orang masuk dapur, mesti mengikut. Tengah orang dok sibuk-sibuk masak, ajak pergi tengok bird kat belakang rumah. Ayam serama pun dia panggil bird. Kalau tengok saje tak pe, ni tangan tu pegang itu pegang tahi ayam, buka pintu reban, goyang-goyang sarang burung. Penat melayan yang sorang tu. Patutlah maknye makin kurus. Ada satu malam tu, aku sibuk siapkan tart gulung, ma sibuk membakar kek chiffon, kakak sibuk dengan kek lapis masam manisnye, Iris pulak melompat-lompat nak naik atas meja, Eddy dah tak dapat control Iris. Dah macam Hell’s Kitchen. Rindunye. Kalau aku rindu, mesti ma abah lagi rindu. Lepas raya tinggalah berdua. Senyap lah rumah tu. Tapi itu kan kitaran hidup. Aku esok-esok pun mungkin akan lalui situasi yang sama. Nasib baik kalau tinggal berdua, kalau sorang-sorang?

Dapat TnG kad percuma special edition bernilai rm10 pemberian dari CIMB, terima kasih!

Akak CIMB yang ceria memberi kad TnG percuma kepada pemandu-pemandu di Tol Gombak

Rindu kamu lah, hujung minggu ni kita jumpa ok!

Raya ni tak berjalan mana pun. Raya pertama, seperti tahun-tahun sebelumnya, memang tak keluar rumah. Abah anak yang sulung jadinya adik-adik mai beraya lah. Lepas solat sunat Aidilfitri, cepat-cepat balik sebab orang akan singgah lepas solat. Aku seperti biasa di belakang tabir saja. Kadang-kadang malas nak keluar ke depan, tapi nanti tak kenal sedara pulak. Tengok-tengok jiran sebelah rumah di KL ni sedara kita. Tak ke haru. Bagusnye tahun ni tak de orang tanya pasal kahwin. Diorang pun dah bosan agaknya. Hihihihi.. Daripada korang dok tanya-tanya, ada baiknya doakan saya cepat bertemu jodoh😉. Raya kedua, kitaorang tutup dapur. Ada open house di rumah makcik di Bunut Susu, ada kenduri di rumah Deida di Kg Pendek. Disebabkan jem teruk di Kelantan, tak berjalan sangat pun. Patutnya aku dah kebal dengan jem ni. Tapi bosanlaaaa, kat KL jem, kat kampung pun jem. Kat kampung korang jem tak????

Tetamu paling awal

Raya ke-3, ada open house di rumah makcik sorang lagi. Abah pulak buat sesi reunion dengan kawan lama dari Kemaman. So sweet🙂. Hampir 30 tahun tak pernah jumpa tu. Patutnya ambik gambar kan? Tapi aku malas pulak nak keluar. Lepas salam-salam, hantar air, aku masuk dapur, lepak tengok tv😀 . Ini lah cara anak muda beraya zaman sekarang..ish..ish tak boleh jadi contoh. Raya ke-4, beraya di sekitar rumah saja. Tak perlu naik kereta/motor. Ikut ma pergi rumah-rumah kat sekitar tu je. Raya ke-5, ke majlis pertunangan sepupu abah di Durian Hijau. Dan juga beraya di rumah sedara di sekitar-sekitar tu. Petang sikit pergi rumah sedara belah ma di Kuala Tiga. Raya ke-6, balik KL! Itu lah kisah raya saya🙂

Keluarga kecil kami🙂 . Tahun ni bergambar di luar rumah, dah bosan asyik-asyik kat kerusi yang sama. Tahun depan maybe kat pokok-pokok di laman.

4 thoughts on “Raya saya

  1. Ezza Erisa Ramli 7 September, 2011 / 8:26 am

    ayat lasst tokleh blah….
    kat pokok ya

    wa tunggguuuuu😛

    • whooz 7 September, 2011 / 2:24 pm

      hahahhha..tahun2 sebelum ni pokok x besar lagi. kalau bergambar pun, tak nampak pokok. kita tunggu tahun depan😀

  2. nhalilah 8 September, 2011 / 4:44 am

    selamat hari raya huzz…

    • whooz 8 September, 2011 / 3:43 pm

      selamat hari raya ilah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s