Cookbook

Balik cuti raya lepas, sembang-sembang dengan Eddy about cooking. Ya, aku boleh bercakap pasal cooking dengan beliau, walaupun beliau hanya tipikal anak lelaki bongsu manja yang suka tidur lewat dan bangun lewat dan terus ke dapur cari makanan. Dia suruh aku log kan semua resepi-resepi masakan yang pernah aku masak. Untuk next generation katanya. Actually aku ada 1 tapi dalam buku tu segala benda catitan ada. Hutang perbelanjaan rumah pun ada😛 (ketika Amy masih menyewa sekali dulu). Lain-lainnya aku print dan berselerak letaknya.

Dan, ini idea aku:

Aku akan catat semua resepi yang pernah aku masak termasuk tips2 nye (of course tips ni bukan dari aku tapi pastinya tips yang pernah aku cuba). Kalau resepi tu aku dapat dari somebody, aku akan letak kredit untuk namanya. Kalau kebetulan aku ada photo beliau, aku akan siap tampal kat page tu🙂 . Glamour you! Semestinya gambar-gambar makanan yang menarik ala-ala majalah masakan akan turut berada dalam buku ini, hihihihiih! Dan juga gambar bahan-bahan mentah. Kadang tu pergi pasar tak kenal mana satu tulang rusuk, mana satu tulang belakang😀 (pengalaman sendiri). Aku tahu rupanya kalau dalam bentuk rangka tengkorak, tapi bila dipotong-potong, tak kenal. Jintan manis/putih pun sampai sekarang aku confuse. Selalu berharap kat label plastik je. Bila dah balik rumah, unpack, tau lah jawabnye😀.

Menarik tak idea ni????? Hahahahhah!

Sebagai langkah pertama, aku nak kumpul dulu resepi-resepi masakan ma. Walau hanya resepi menu kerabu pucuk ubi kayu atau sambal jantan yang power tahap berdesing telinga tu. Ma is a good cook (rasanya semua orang akan cakap ibu masing-masing adalah tukang masak terhebat kan🙂 ). Rugi aku tak simpan.

Pom pang pom pang kat blog, ntah jadi atau tidak. Tapi tak pe, aku up kat blog, so that aku sentiasa ingat. Aku ni cepat lupa. Dan jugak kalau ada kawan-kawan yang baca blog ni nak recommend / contibute any recipe untuk aku try, dialu-alukan sangat🙂 .

kak ina, i need recipe sambal nenek jugak untuk cookbook ini ye😉. Dah lupa lah.

Thank you in advance

9 thoughts on “Cookbook

  1. julie 13 September, 2011 / 8:09 am

    menarik la idea ni….mak aku pon byk resepi…huhu…rugi tak simpan kan….utk next generation…bagus la idea nih…kredit to adik ko…

    • whooz 13 September, 2011 / 8:49 am

      simpan julie. satu hari nanti kita boleh tukar-tukar resepi mak kita🙂

  2. Nurul 13 September, 2011 / 1:09 pm

    Aku pun dh ade buku resipi sendiri tapi macam ko juga lah segala bagai mcm benda ade aku catit🙂

    • whooz 14 September, 2011 / 5:54 am

      ha tu lah, aku belek2, macam-macam ada

  3. deidaa 14 September, 2011 / 5:46 am

    Scrapbook of cookbook😀
    Buat weh.. ko kan kreatip.. tampal sana sini.. sure kiut punya!

    Eddy tu adik ko yg gi raya umah aku tu ke?
    Aku dah masukkan gambo raya kita kat blog tp aku wat schedule mmg dpn.. tggu je lah hihih.

    • whooz 14 September, 2011 / 5:53 am

      ha’a itulah eddy. main schedule2 pulak hehehh

  4. nedli 14 September, 2011 / 7:07 am

    menarik.. menarik.. good idea!

    • whooz 15 September, 2011 / 3:37 am

      kan..kan..kan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s