Day 3 – A beautiful scenery

Previous :

Day 1 – Jalan-Jalan Tengok Kangaroo

Day 2 – Brisbane City Tour

Awal pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Sebab nak pergi lagi sekali ke Mt Coot-tha. Tak puas hati semalam tak jumpa kan. Dekat je tempat ni dari rumah, tu yang boleh pergi banyak kali. Rupanya dari Botanical Garden, kena terus naik atas, baru sampai di lookout point. Tapi jalan agak sunyi, rasanya kalau semalam kami pergi jugak, maybe patah balik. Kiri kanan pokok je, takde lampu jalan pulak tu. Sepanjang kat sini, kalau tersesat sikit ke kawasan sunyi-sunyi, mesti teringat siri-siri Criminal Mind😀 . Awal pagi, orang pun tak ramai sangat. Ramai yang jogging dan cycling lah kat situ.

Nama asal Mt Coot-tha ialah One Tree Hill. Remember siri One Tree Hill? Ade kaitan ke?. Ntah. Asalnya dulu-dulu orang-orang asli di sini selalu naik gunung ni untuk collect madu lebah (ku-ta). Lama-kelamaan nama nya pun ditukar kepada Mt Coot-tha. Cool kan? Tempat ni macam Lookout Point yang di Ampang tu lah. Yang boleh nampak KL tu. So kat Mt Coot-tha ni boleh nampak bandar Brisbane. Cun!. Kalau sunset lagi cantik rasanya. Kitaorang tak lama pun kat sini. Masuk kedai cenderahati kejap. Usha-usha harga nanti nak compare dengan kedai-kedai di Gold Coast pulak kan.

Destinasi seterusnya, Byron Bay. Nak pergi tengok rumah api. Rata-rata komen pelancong, wajib pergi sana. Sangat berbaloi. Rugi tak pergi. Maka, pergilah jugak kami ke sana walaupun jarak dari Brisbane ke Byron Bay tu hampir 100km. Byron Bay ni ke arah selatan, menuju ke  Sydney. Perjalanan dari Brisbane ke Gold Coast, agak bosan sebab banyak bangunan dan hutan sikit-sikit. Melepasi Gold Coast, permandangan semakin cantik. Gunung-ganang di kiri kanan. Terus aku teringatkan GGK🙂 .

Next trip nak datang sini lahDi katakan orang Sarawak pernah datang ke sini, berperang

Nak aje lajak ke Sydney kan

Dari Gold Coast ke Byron Bay, ini lah view sepanjang jalan

“Itik melintas” di pekan Byron Bay

Nampak exit ke Byron Bay, dah happy🙂. Risau sesat je. Kami lalu jalan kecil dalam pekan. Kiri kanan ada rumah, kedai. Kebetulan hari tu juga ada pasar. Tapi kami tak sempat nak singgah. Kejar masa. Jalan agak sesak. Driver dah risau-risau takut ada roadblock bla..bla. Rileks bro, kalau ada roadblock pun, kita tak de buat salah ape kan🙂. Lama-kelamaan baru dapat tahu, jalan sesak sebab rupa-rupanya Byron Bay ni memang tempat popular beraktiviti hujung minggu. Diorang datang for surfing, clubbing, shopping, rilek2 . Kitaorang follow je signboard “lighthouse”. Jalan semakin kecil dan mendaki. Mencabar jugak. Finally nampak lighthouse dari jauh. Yeayyyyyyy! Speechless sekejap bila tengok permandangan sekeliling. Sangat cantik! Subhanallah.

Byron Bay letaknya paling timur di tanah besar Australia. Jika datang pada musim-musim tertentu, dapat tengok kehadiran dolphin, penyu dan ikan paus di sekitar lighthouse ni. Cuaca panas dan berangin, best jalan-jalan. Ada beberapa port yang disediakan untuk berehat dan bergambar. Ada orang joging juga. Berbaloi joging kat sini sebab tanah kat sini ada yang rata, mendaki, turun bukit, boleh rasa semuanya. Disamping angin bertiup, fuhhhh , kalau ada rezeki lain kali nak datang sini lagi awal-awal pagi, jogging seround dua🙂 . Kalau tak nak joging, just walking hingga ke hujung tanah. Tapi kami tak sempat nak ke sana sebab masa. Belek-belek balik itinerary dalam tour pamphlet, selalunya untuk aktiviti di sini perlu 1 hari. Dari pagi hingga sunset. Tapi tak apa lah, ini pun sudah memadai. Puas hati🙂. Masuk kedai cenderahati, beli miniature lighthouse dan sambung journey ke Gold Coast. Bye-bye Byron Bay🙂

Sebab masa tak cukup, tak sempat nak ke hujung sana😦

Close up hujung tanah

Untuk layan gambar syok sendiri🙂

Ok, last gambar lighthouse🙂

Ke Gold Coast, turn aku pulak drive. Yessss! Kalau jadi penumpang, ngantuk gilerrr weh. Highway jam sikitlah. Hari pun dah makin gelap. Destinasi kami, Harbour Town. Hajatnye nak cari souvenir dan barang-barang mentah untuk masak sikit. Tapi sampai-sampai je, kedai banyak dah tutup. Nasib baik ada 2 supermarket masih beroperasi. Jumpa kuah rendang segera diimport dari Malaysia. Syukur! Beli kentang, jadi menu malam tu rendang kentang🙂 . Beli beras jugak, agak mahal beras kat sini jika diconvert ke RM. Beli buah. fresh-fresh buahnya. Nak cari ikan bilis, memang tak jumpa. Diorang tak jual ikan bilis sekor-sekor macam kat tempat kita. Semuanya dalam bentuk minyak. Dalam minyak tu ada la sekor dua. Mungkin kedai ikan/daging ada jual ikan bilis sekor-sekor. Nak pergi beli daging/ikan, kedai halal dah tutup lah pulak. Pukul 5.30 dah tutup bisnes.

Sampai rumah dalam pukul 7 lebih. Dah gelap pun. Masak-masak, makan, discuss-discuss pasal esok punye trip, tengok-tengok gambar (ini part yang paling syok) dan tidur dengan nyenyak sekali. Penat.

Next: Day 4 – Seaworld!

One thought on “Day 3 – A beautiful scenery

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s