Puzzle

Aku sangat suka buat puzzle. Aku sanggup tak tidur semata-mata nak siapkan puzzle. Sebab kalau stop then sambung balik, rasa macam tak syok. Tapi itu dululah, waktu menganggur tak de kerja apa. Minta duit kat ma nak beli puzzle. Murah je time tu, berapa rm je. Bila dah siap, aku balut dengan plastik, kononnya nak gantung di dinding, last-last dok je tersimpan dalam almari di kampung.Sebab banyak sangat. Sah-sah abah tak kasi lekat. Kang jadi studio pulak rumah tu :). Bagi aku puzzle boleh jadi salah satu aktiviti bersama famili. Aku akan join kalau ada budak-budak ajak main susun-susun puzzle ni. Tapi kesianla nanti aku je yang pulun siapkan puzzle tu. Tak bagi can kat diorang dah πŸ˜€

Datang KL, aku jumpa pula puzzle 3D. Cantiknye, tapi mahal lah. Ada yang beratus-ratus harganya. Kalau pergi MidValley, mesti masuk satu kedai puzzle ni. Usha-usha je, nak beli tak cukup duit. Di Time Square ada juga satu kedai ni yang jual barang-barang kraftangan. Puzzle pun ada. Pun mahal harganya. Mampu usha je kat cermin. Ada London Bridge, Taj Mahal dan macam-macam building lagi. Tapi di Time Square juga ada satu kedai ni yang aku tak sangka jual puzzle. Kedai tu jual barang-barang perhiasan diri macam cekak rambut, riben, belt macam tu. Aku pusing-pusing jumpa 3D puzzle Eiffle Tower. Murah pulak tu. Less then rm10. Sampai sekarang Eiffle Tower tu masih berdiri kukuh di sudut tangga rumah ni.

Semalam, aku boring tak boleh tidur, kemas-kemas kotak-kotak dalam bilik. Terjumpa ini,

Tak ingat dah bila tahun aku beli ni. Murah je rm6.90

The pieces

Kutub Utara

Kutub Selatan

Satu lagi

Siap!

Sedikit sejarah puzzle πŸ™‚

The origin of the jigsaw puzzle is generally attributed to a European cartographer named John Spilsbury, who cut a wooden map of the British Empire into pieces in the 1760s so the aristocracy’s children could learn the geography of the lands Britain ruled. These early wooden puzzles, called “Dissected Maps,” began the history of the jigsaw puzzle, and their popularity among the upper class in both Europe and the U.S. grew steadily throughout the 1800s….

baca lagi di sini HISTORY OF THE JIGSAW PUZZLE. dan banyak lagi website-website yang ada mengisahkan asal usul puzzle ni πŸ™‚

So, friends, ada sesiapa yang minat puzzle? Jom share kat mana korang beli puzzle yang murah-murah πŸ™‚ dan puzzle apa yang korang dah buat. Online pun ade tau, tapi tak feel lah sebab tak boleh pegang-pegang. Salah satunye kat siniΒ http://www.jigzone.com

Oh ye, macam nak melawat je kilang buat puzzle ni. Kat mana ye?

Advertisements

Irau, memukau

Dah lama plan nak hiking Gunung Irau. Tapi ade je halangan. Last-last kitaorang pergi jugak last week dengan 7 orang peserta. Farah, Nurul, Thirah, Nir, Bai, Amy dan aku.

Program kitaorang, bertolak dari KL ke Cameron Highland pada Sabtu (15/10/2011), hiking pada Ahad (16/10/2011) dan terus balik KL. Awalnya aku rasa tak syok jugak macam ni, sebab confirm letih gila turun dari gunung, dan terus drive balik KL. Tapi sebab nak jimat annual leave dan juga jimatkan kos, terpaksa lah.

Gambar ladang teh wajib ada

Sabtu petang hujan turun sangat lebat. Risau jugak esoknya macam mana. Lepas hujan dan reda sikit, kami jalan-jalan di sekitar ladang teh, Tanah Rata dan tempat wajib, pasar malam. Malam tu sebelum balik apartment, jumpa guide, Janggut dan Bargoon untuk briefing so esok bolehla gerak awal. Malam tu, siap-siap bahan untuk nasi goreng dan sandwich sardin. Esok paginya Miss Organizer bangun goreng nasi. Thank you babe!

Dari apartment ke tempat meet up

Ahad, 16/10/2011, jam 6.30 pagi semua dah ready. Janji jumpa guide bersama 4WD jam 7 pagi. Berdebar sikit sebab dah lama tak hiking. Last hiking trip ialah Mulu dan Jelawang awal tahun ni. Kami bertolak ke kaki gunung jam 7.30 lebih kurang. Syok naik 4WD awal-awal pagi. Lepak kat belakang, open air pulak tu. Sebijik macam pekerja ladang teh πŸ˜› . Kami mula hiking lebih kurang jam 8.00 pagi dari platform kayu bertangga yang jarak lebih kurang 100m masuk ke dalam hutan. Kot?

Enjoy riding the 4WD πŸ™‚

Platform mula

Gunung Brinchang dari jauh

Trek selepas platform

Sejuk. Best. Aku suka kalau hiking tempat sejuk-sejuk macam ni. Tapi menurut guide, bahaya juga kalau kita tak sedar bila kita berpeluh. Tengok-tengok dah dehydrate. So kena pandai-pandai alert perubahan tubuh badan masing-masing. Kalau bibir dah mula kering, cepat-cepat minum air, pesan guide. Permulaan trek dah kena panjat akar pokok dan lalu di kawasan berselut. Kata guide, itulah yang bakal kami tempuh untuk sampai ke Anak Irau seterusnya ke Puncak Gunung Irau. Yang bawa kamera hari tu hanya aku, Nir, Nurul dan Thirah. Tapi Nir tewas awal-awal lagi, bateri habis :D. Banyak tempat kami stop. Terpaksalah guide follow je. Memang non-stop kami tekan shutter :). Semua-semua tu adalah benda hidup yang mana akan sentiasa berubah kedudukan dan keadaannya. Kalau jam 10 tadi kita nampak dia kuncup, jam 3 petang nanti mungkin dah kembang. Jadi kalau tak ambik gambar sekarang, rugi. Ini baru 3 kamera. Kalau Fad dan Julie ikut, dah jadi 5 kamera. Plus Adeq, Miza dan Kay dengan iphone masing-masing. Bayangkan berapa lama perjalanan kami? πŸ˜€ . Serius, hutan Gunung Irau sangat cantik. Dari awal dah cantik. Bukan kata mula-mula biasa-biasa, last-last baru cantik. Trek mirip trek ke pinnacles, Mulu. Cuma kat Mulu tak de selut. Bab selut, aku rasa ketujuh-tujuh kami dah merasa kaki melekat dalam selut. Paling teruk, Farah rasanya. Sampai ke lutut πŸ™‚ .

Farah baru lepas “celup” kaki kat sini

Batu sempadan negeri Perak dan Pahang. PEK=Perak dan PAH=Pahang


Bergambar dapat mengubat lelah πŸ™‚

Sikit je lagi πŸ™‚

Janggut mendahului kami, meninggalkan Bargoon untuk jaga jurugambar-jurugambar tak profesional ni di belakang. Best pulak ada orang layan ambik gambar. Aku pasti tak semua guide akan tahan kalau orang yang dia guide tu sikit-sikit stop ambil gambar :). Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan, kami sampai di Anak Irau atau dikenali juga sebagai Mini Irau. Tak luas mana pun kawasannya. Ada 2 kawasan lapang yang setiap satunya kalau dipasang khemah boleh muat dalam 5 khemah. Kami isi perut di sini. Lapar giler dan haus. Waktu mendaki tadi tak de pulak rasa ye. Mata dah kenyang tengok hutan cantik.

Terima kasih hujan semalam πŸ™‚

Salah satu spesis orked hutan

Penyamaran untuk menyelamatkan diri tak berjaya. Aku hampir tertenyeh makhluk yang satu ini. Ku sangkakan daun πŸ™‚

Berpenyakit agaknya daun ni

Comel!

Tak pasti bunga apa ni. Orked jugak kot. Dalam hutan ni memang banyak sungguh spesis orked hutan

Warna periuk kera ni sangat cun!

Lepak dalam tak sampai sejam, jam 12.30 kami gerak ke puncak. Tak boleh lambat, kalau tak, tak boleh lepak lama di puncak. Puncak sebenarnya bukit bersebelahan dengan Anak Irau tu je. So treknye turun naiklah.

Di Mini Irau, siap-siap nak ke puncak

View perjalanan ke puncak semakin cantik. Rasa macam di alam mimpi. Rasa macam nak pasang hammock, baring kat situ. Rasa macam nak stay kat situ. Tak tau nak cakap macam mana. Speechless πŸ™‚ . Tambah-tambah lagi selepas hujan lebat semalam, warna hijau lumut dan warna coklat batang pokok jadi semakin cantik. Mungkin tengok kami leka sangat dengan hutan cantik tu, Bargoon suruh jalan cepat sikit :P. Takut lewat sampai ke puncak. Kami pun ikut je lah tapi masih tekan shutter bila lalu di kawasan cantik. Tak boleh tahan!

Macam makhluk giant yang berbulu πŸ˜€

Bonzai

Jam 1 lebih kami sampai di puncak. Bargoon cepat-cepat pasang dapur, masak bihun PAMA. Yeay! Macam bawa ayah masuk hutan rasanya. Puncak pun tak luas mana. Dari situ boleh nampak permandangan gunung/bukit bersebelahan. Boleh nampak jalan raya juga. Lepak di situ lebih kurang 1 jam. Siap berfoto-berfoto, kami kemas barang dan turun lebih kurang jam 3.00 petang. Kata guide, kali ni turun memang nak shoot terus ke bawah. Cuaca macam nak hujan. Susah mendaki dalam hujan.

Dari puncak Irau

Berkelah di puncak

Laju jugak kami jalan. Kurang 1 jam, dah sampai di Anak Irau. View berbeza time turun ni. Baru nampak apa yang kita membelakangkan time naik tadi. Aku keluarkan juga kamera sekejap-sekejap πŸ˜€ . Walau pada mulanya niat nak simpan je kamera tu :P. Dari Anak Irau, Bargoon pulak mendahului kami. Sebab kalau dia kat depan, kitaorang akan kejar dia, dan tak delah kitaorang lenggang-lenggang lagi :). Plus dia bawa beg berat so step dia tak sama dengan step kitaorang. Janggut dah jauh kedepan. Pertengahan jalan, hujan turun. Sejuk giler! Rasa macam kena simbah dengan air batu. Angin pun kuat. Jari tangan dah kecut. Cermin mata dah berwap-wap. Kali ni selut ke apa ke, main pijak je. Dah tak control-control macam mula tadi. Dengan poncho, susah nak berjalan dalam hutan tu. Slow lah sikit jadinya.

Hujan + kabus = misteri

Setelah bersusah payah, lebih kurang jam 6.30 kami sampai di platform mula. Yeay! Janggut kata pecah rekod. Rekod kumpulan sampai paling lambat πŸ˜€ . Okla kan, at least pegang rekod jugak. Hujan makin lebat. Kami masih berponcho, berteduh bawah fly yang guide pasang sambil tunggu 4WD datang.

Aku pun tak tau kenapa budak bertiga ni tak nak masuk berteduh

Lama jugak tunggu 4WD datang. Ada tanah runtuh di Tanah Rata. Dah tertidur-tidur kami di bawah fly tu. Penat. Lapar. Sejuk. Semua ada. Kami bertolak balik ke KL lebih kurang jam 9.30 malam selepas siap-siap mandi, solat di Masjid Berinchang. Macam tak confident je nak drive balik. Memang betul pun. 2-3 kali jugakla terbabas di selekoh-selekoh jalan ke Simpang Pulai tu. Bahaya. Stop kejap di pekan Simpang Pulai. Beli makanan di McD. Beli kopi. Tapi tak jalan jugak kopi pun. Mengantuk tahap tak boleh celik mata dah. Aku gilir-gilir drive dengan Bai. Jam 2.30 pagi aku sampai rumah. Esoknya pergi ofis dengan kepala pening-pening. Apa-apa pun trip kali ni merupakan salah satu trip paling best. Terima kasih di atas ciptaanMu yang sangat indah πŸ™‚

Group photo

Nak pergi lagi next time? Of course yes! Jika diizinkan Allah.

Misi terlaksana

Trip kali ni aku rasa seolah-olah repeat Mulu Pinnacles hiking. Cuma di Mulu kami mendaki batu, di Irau kami mendaki akar pokok. Ada batu sikit-sikit. Tapi sakit badan yang aku alami sekarang, sama macam lepas turun Pinnacles. Apa yang aku nak cakap, sangat PUAS dan BERBALOI hiking Gunung Irau. Yang aku pelik, sebelum pergi ramai kawan-kawan aku cakap kat Irau banyak pacat. Ada sorang tu cakap, pacat meloncat-loncat lagi atas kepala :D. Tapi kami tak jumpa sekoq pun. Guide pun tak pernah jumpa sepanjang diorang dok bawa masuk orang ke sana.

Next entry lah ye up gambar.

Buat keputusan

Aku akui aku lemah dalam membuat keputusan. Susah nak beri kata putus. Eh silap, senang beri kata putus tanpa berfikir panjang. Bos pun pernah cakap, decision making skill aku lemah. Itu dululah, waktu mula-mula masuk kerja. Bos tulis dalam appraisal form aku :). Kadang aku rasa itu ok, ini tak ok. Akhirnya sebaliknya yang berlaku. Aku tak boleh nak ramalkan apa akan terjadi. Ada masa aku suka bila situasi “apa nak jadi, jadi lah” muncul depan mata. Macam ada thrill la sikit kan. Tapi tak semua perkara aku buat macam tu. Ada sesetengah situasi aku pertimbangkan worst case scenario dulu sebelum buat keputusan.

Tapi baru-baru ni, aku sedar, banyak keputusan yang aku buat macam berpihak kepada aku. Walaupun aku tak berapa yakin pada mulanya. Cuma sebelum dan selepas buat keputusan tu, aku mohon banyak-banyak supaya ditunjukkan mana yang baik mana yang buruk. Dan aku tahu Dia sentiasa ada membantu aku buat keputusan atau pilihan.

Terima kasih πŸ™‚

Nasi lemak yang bukan nasi lemak

Pagi ni aku teringin nak makan nasi lemak. On the way balik ke rumah lepas hantar kakak di LRT Bukit Jalil, aku singgah di salah satu gerai tepi jalan area Serdang Perdana tu. Ada beberapa gerai kat situ, aku pilih yang betul-betul menghadap highway dan tasik The Mines sebab nampak view sunrise sangat cantik. Harus ambil gambar la kan.

Akak jual: Nasi lemak dik?

Adik beli: Ha’a 1, sambal sotong dan telur mata eh

Siap bayar rm4.50, snap gambar sekeping dua, balik la cepat-cepat, perut meminta-minta diisi. Ambil pinggan, buat lapik pembungkus nasi lemak. Bersila depan tv yang astronya baru kena potong pagi ni. $%^#@%Β  πŸ˜€ . Tapi x pe, tengok nasi lemak dalam pinggan, nyum2 nampak sedap tapi sedikit pelik, tak de bau langsung nasi lemaknya. Suapan pertama, aku rasa frust sangat! Dah la tak leh tengok tv, makan nasi lemak yang bukan nasi lemak. Sambal apa pun tak rasa, aku rasa cili je pahit-pahit. Kacang tanah lemau. Ape ni kakkk? Tadi offer nasi lemak kat saya, ni bukan nasi lemak. Ini nasi putih lauk sambal tak de rasa. Kalau dapat kat Gordon Ramsay ni, taulah kemana nasibnya nasi lemak tuh dan taulah apa yang akak tu dapat, teeeeeettttt! :D. Frust punya pasal, aku tak habiskan pun nasi tu, pergi bancuh susu coklat, naik “office”, sambung kerja dengan rasa tak puas hati berbakul-bakul. Rasa seperti kena tipu.

Aku ni bukan cerewet sangat pun. Tapi kalau bab-bab makan aku sangat pentingkan kepuashatian (ada ka word nih) bila makan. Sebab benda ni aku bayar dan masuk perut. Kau mana tahu, kalau-kalau nasi lemak itulah jadi bekalan tenaga untuk kerja haritu. Mana tau tak sempat lunch ke kan. Mana tau dengan nasi lemak itulah nak save duit belanja untuk hari tu sebenarnya. Please lah yang meniaga ni, tolong bersikap adil sikit dan ada timbang rasa ok. Tapi mungkin juga selera aku je yang tak kena dengan nasi lemak tu, tapi aku confirm kalau kawan-kawan aku (yang kaki-kaki makan ni) rasa pun, akan berpendapat sama dengan aku πŸ™‚ .

Aku rasa makin lama aku makin cerewet bab makan. Adakah ini tanda-tanda penuaan?????

Sunrise di tasik The Mines

Merah itu seksi kan

Fresh Red Daisy di kenduri kawen kawan kakak di Rawang (tetiba aku confuse ini daisy ke chrysanthemum)

DAISY: Innocence, Loyal Love, I’ll Never Tell, Purity

Sedikit kisah tentang daisy (tak tau lah sejauh mana kebenarannya kan)

Daisy
The daisy’s name comes from the Anglo-Saxon “daes eage,” or “day’s eye,” which refers to the way the flower opens and closes with the sun. The daisy is knows as a symbol of childhood innocence and is said to originate from a Dryad who presided over forests, meadows, and pastures. Roman mythological legend tells us that the nymph Belides, as she danced with the other nymphs at the edge of the forest, caught the eye of Vertumnus, the god of the orchards. To escape his unwanted attention, she transformed herself into the flower bellis, which is the daisy’s botanical name.

Daisies are often confused with chrysanthemums. The daisy continue to be associated with simplicity and modesty, characteristics carried down from the Victorian era. Heartbroken Victorian young women who wished to be loved once again by their suitors began a custom using the daisy, that is still in use today. In Victorian times is was a young maiden would pluck a daisy’s petals one by one and sing, “He loves me, he loves me not,” for each petal pulled. The last petal so plucked predicted the future of such love.

Young girls might also pick a handful of daisies with eyes closed. The number of blossoms in hand told of the number of years remaining until marriage. Its simplicity has made the daisy a favorite of many poets. Its healing and predictive powers made it popular not only with farmers, but also with an infamous English king. Spring, medieval farmers would say, would not arrive until one could set a foot on twelve daisies. To dream of daisies in springtime or summer was a lucky omen, but dreams of them in fall or winter meant certain doom. Transplanting wild daisies to a cultivated garden was considered to be very unlucky. King Henry VIII ate dishes of daisies to relieve himself from his stomach-ulcer pain. For then, it was also believed that drinking crushed daisies steeped in wine, in small doses over a period of fifteen could cure insanity.

The message that daisies bring are of innocence, purity, and gentleness on behalf of both the giver and the receiver. The daisy’s message is, “You have as many virtues as this plant has petals,” or, “I will consider your request.” A white daisy symbolizes a common feeling of affection, and a red daisy tells of beauty unknown to the possessor.