Nasi lemak yang bukan nasi lemak

Pagi ni aku teringin nak makan nasi lemak. On the way balik ke rumah lepas hantar kakak di LRT Bukit Jalil, aku singgah di salah satu gerai tepi jalan area Serdang Perdana tu. Ada beberapa gerai kat situ, aku pilih yang betul-betul menghadap highway dan tasik The Mines sebab nampak view sunrise sangat cantik. Harus ambil gambar la kan.

Akak jual: Nasi lemak dik?

Adik beli: Ha’a 1, sambal sotong dan telur mata eh

Siap bayar rm4.50, snap gambar sekeping dua, balik la cepat-cepat, perut meminta-minta diisi. Ambil pinggan, buat lapik pembungkus nasi lemak. Bersila depan tv yang astronya baru kena potong pagi ni. $%^#@% 😀 . Tapi x pe, tengok nasi lemak dalam pinggan, nyum2 nampak sedap tapi sedikit pelik, tak de bau langsung nasi lemaknya. Suapan pertama, aku rasa frust sangat! Dah la tak leh tengok tv, makan nasi lemak yang bukan nasi lemak. Sambal apa pun tak rasa, aku rasa cili je pahit-pahit. Kacang tanah lemau. Ape ni kakkk? Tadi offer nasi lemak kat saya, ni bukan nasi lemak. Ini nasi putih lauk sambal tak de rasa. Kalau dapat kat Gordon Ramsay ni, taulah kemana nasibnya nasi lemak tuh dan taulah apa yang akak tu dapat, teeeeeettttt!😀. Frust punya pasal, aku tak habiskan pun nasi tu, pergi bancuh susu coklat, naik “office”, sambung kerja dengan rasa tak puas hati berbakul-bakul. Rasa seperti kena tipu.

Aku ni bukan cerewet sangat pun. Tapi kalau bab-bab makan aku sangat pentingkan kepuashatian (ada ka word nih) bila makan. Sebab benda ni aku bayar dan masuk perut. Kau mana tahu, kalau-kalau nasi lemak itulah jadi bekalan tenaga untuk kerja haritu. Mana tau tak sempat lunch ke kan. Mana tau dengan nasi lemak itulah nak save duit belanja untuk hari tu sebenarnya. Please lah yang meniaga ni, tolong bersikap adil sikit dan ada timbang rasa ok. Tapi mungkin juga selera aku je yang tak kena dengan nasi lemak tu, tapi aku confirm kalau kawan-kawan aku (yang kaki-kaki makan ni) rasa pun, akan berpendapat sama dengan aku🙂 .

Aku rasa makin lama aku makin cerewet bab makan. Adakah ini tanda-tanda penuaan?????

Sunrise di tasik The Mines

8 thoughts on “Nasi lemak yang bukan nasi lemak

  1. mun-e 5 October, 2011 / 7:21 am

    huzz, pagi tadi pon aku sangat2 teringin nasi lemak tepi simpang jalan rumah aku. sebab yg jualnya nenek. harus la sedap kannnn. nampak pon sedap. sekali makan, kuciwa sikit sbb nasi die masin sikit. hoho.

    tak tak, itu bukan tanda2 penuaan =P

    • whooz 5 October, 2011 / 7:27 am

      haaa aku suka jugak beli kat org2 tua sebab air tangan org tua ni kan selalunya sedap. macam mak2 kita..hmm nasib la arini kita makan nasi lemak dengan kecewa😀

      bukan eh..ok2..hehehhe

  2. mun-e 5 October, 2011 / 7:37 am

    kan..haha.. tp mee goreng die nampak sedap. esok try mee goreng plak lah. haha.

    huzz, ko duk mane skang? bukan subang ?

    • whooz 5 October, 2011 / 7:47 am

      masih di balakong🙂

      ha try mee goreng pulak ye esok

  3. kay 5 October, 2011 / 7:39 am

    dh lama tak makan nasi lemak beli kat kedai… last makan pun yg mak masak, bulan posa arituh kot

    • whooz 5 October, 2011 / 7:49 am

      kat area rumah ni ada 2 gerai jual nasi lemak feveret. satu tu kena uturn kat highway kat rumah, satu lagi area serdang perdana jugak, tapi lepas raya baru ni makcik tu dah tak berniaga dah

      masak sendiri jugakla yang puas hati kan

  4. Ezza Erisa Ramli 5 October, 2011 / 8:59 am

    aku kalau nasi lemak, takde lauk ayam sambal… memang tak selera nak makan. rasa cam bukan nasi ayam sebenarnye je. eh nasi ayam lak.. nasi lemak nasi lemak.. hehehehe

    • whooz 5 October, 2011 / 1:17 pm

      paham2 :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s