Irau, memukau

Dah lama plan nak hiking Gunung Irau. Tapi ade je halangan. Last-last kitaorang pergi jugak last week dengan 7 orang peserta. Farah, Nurul, Thirah, Nir, Bai, Amy dan aku.

Program kitaorang, bertolak dari KL ke Cameron Highland pada Sabtu (15/10/2011), hiking pada Ahad (16/10/2011) dan terus balik KL. Awalnya aku rasa tak syok jugak macam ni, sebab confirm letih gila turun dari gunung, dan terus drive balik KL. Tapi sebab nak jimat annual leave dan juga jimatkan kos, terpaksa lah.

Gambar ladang teh wajib ada

Sabtu petang hujan turun sangat lebat. Risau jugak esoknya macam mana. Lepas hujan dan reda sikit, kami jalan-jalan di sekitar ladang teh, Tanah Rata dan tempat wajib, pasar malam. Malam tu sebelum balik apartment, jumpa guide, Janggut dan Bargoon untuk briefing so esok bolehla gerak awal. Malam tu, siap-siap bahan untuk nasi goreng dan sandwich sardin. Esok paginya Miss Organizer bangun goreng nasi. Thank you babe!

Dari apartment ke tempat meet up

Ahad, 16/10/2011, jam 6.30 pagi semua dah ready. Janji jumpa guide bersama 4WD jam 7 pagi. Berdebar sikit sebab dah lama tak hiking. Last hiking trip ialah Mulu dan Jelawang awal tahun ni. Kami bertolak ke kaki gunung jam 7.30 lebih kurang. Syok naik 4WD awal-awal pagi. Lepak kat belakang, open air pulak tu. Sebijik macam pekerja ladang teh😛 . Kami mula hiking lebih kurang jam 8.00 pagi dari platform kayu bertangga yang jarak lebih kurang 100m masuk ke dalam hutan. Kot?

Enjoy riding the 4WD🙂

Platform mula

Gunung Brinchang dari jauh

Trek selepas platform

Sejuk. Best. Aku suka kalau hiking tempat sejuk-sejuk macam ni. Tapi menurut guide, bahaya juga kalau kita tak sedar bila kita berpeluh. Tengok-tengok dah dehydrate. So kena pandai-pandai alert perubahan tubuh badan masing-masing. Kalau bibir dah mula kering, cepat-cepat minum air, pesan guide. Permulaan trek dah kena panjat akar pokok dan lalu di kawasan berselut. Kata guide, itulah yang bakal kami tempuh untuk sampai ke Anak Irau seterusnya ke Puncak Gunung Irau. Yang bawa kamera hari tu hanya aku, Nir, Nurul dan Thirah. Tapi Nir tewas awal-awal lagi, bateri habis😀. Banyak tempat kami stop. Terpaksalah guide follow je. Memang non-stop kami tekan shutter🙂. Semua-semua tu adalah benda hidup yang mana akan sentiasa berubah kedudukan dan keadaannya. Kalau jam 10 tadi kita nampak dia kuncup, jam 3 petang nanti mungkin dah kembang. Jadi kalau tak ambik gambar sekarang, rugi. Ini baru 3 kamera. Kalau Fad dan Julie ikut, dah jadi 5 kamera. Plus Adeq, Miza dan Kay dengan iphone masing-masing. Bayangkan berapa lama perjalanan kami?😀 . Serius, hutan Gunung Irau sangat cantik. Dari awal dah cantik. Bukan kata mula-mula biasa-biasa, last-last baru cantik. Trek mirip trek ke pinnacles, Mulu. Cuma kat Mulu tak de selut. Bab selut, aku rasa ketujuh-tujuh kami dah merasa kaki melekat dalam selut. Paling teruk, Farah rasanya. Sampai ke lutut🙂 .

Farah baru lepas “celup” kaki kat sini

Batu sempadan negeri Perak dan Pahang. PEK=Perak dan PAH=Pahang


Bergambar dapat mengubat lelah🙂

Sikit je lagi🙂

Janggut mendahului kami, meninggalkan Bargoon untuk jaga jurugambar-jurugambar tak profesional ni di belakang. Best pulak ada orang layan ambik gambar. Aku pasti tak semua guide akan tahan kalau orang yang dia guide tu sikit-sikit stop ambil gambar🙂. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan, kami sampai di Anak Irau atau dikenali juga sebagai Mini Irau. Tak luas mana pun kawasannya. Ada 2 kawasan lapang yang setiap satunya kalau dipasang khemah boleh muat dalam 5 khemah. Kami isi perut di sini. Lapar giler dan haus. Waktu mendaki tadi tak de pulak rasa ye. Mata dah kenyang tengok hutan cantik.

Terima kasih hujan semalam🙂

Salah satu spesis orked hutan

Penyamaran untuk menyelamatkan diri tak berjaya. Aku hampir tertenyeh makhluk yang satu ini. Ku sangkakan daun🙂

Berpenyakit agaknya daun ni

Comel!

Tak pasti bunga apa ni. Orked jugak kot. Dalam hutan ni memang banyak sungguh spesis orked hutan

Warna periuk kera ni sangat cun!

Lepak dalam tak sampai sejam, jam 12.30 kami gerak ke puncak. Tak boleh lambat, kalau tak, tak boleh lepak lama di puncak. Puncak sebenarnya bukit bersebelahan dengan Anak Irau tu je. So treknye turun naiklah.

Di Mini Irau, siap-siap nak ke puncak

View perjalanan ke puncak semakin cantik. Rasa macam di alam mimpi. Rasa macam nak pasang hammock, baring kat situ. Rasa macam nak stay kat situ. Tak tau nak cakap macam mana. Speechless🙂 . Tambah-tambah lagi selepas hujan lebat semalam, warna hijau lumut dan warna coklat batang pokok jadi semakin cantik. Mungkin tengok kami leka sangat dengan hutan cantik tu, Bargoon suruh jalan cepat sikit😛. Takut lewat sampai ke puncak. Kami pun ikut je lah tapi masih tekan shutter bila lalu di kawasan cantik. Tak boleh tahan!

Macam makhluk giant yang berbulu😀

Bonzai

Jam 1 lebih kami sampai di puncak. Bargoon cepat-cepat pasang dapur, masak bihun PAMA. Yeay! Macam bawa ayah masuk hutan rasanya. Puncak pun tak luas mana. Dari situ boleh nampak permandangan gunung/bukit bersebelahan. Boleh nampak jalan raya juga. Lepak di situ lebih kurang 1 jam. Siap berfoto-berfoto, kami kemas barang dan turun lebih kurang jam 3.00 petang. Kata guide, kali ni turun memang nak shoot terus ke bawah. Cuaca macam nak hujan. Susah mendaki dalam hujan.

Dari puncak Irau

Berkelah di puncak

Laju jugak kami jalan. Kurang 1 jam, dah sampai di Anak Irau. View berbeza time turun ni. Baru nampak apa yang kita membelakangkan time naik tadi. Aku keluarkan juga kamera sekejap-sekejap😀 . Walau pada mulanya niat nak simpan je kamera tu😛. Dari Anak Irau, Bargoon pulak mendahului kami. Sebab kalau dia kat depan, kitaorang akan kejar dia, dan tak delah kitaorang lenggang-lenggang lagi🙂. Plus dia bawa beg berat so step dia tak sama dengan step kitaorang. Janggut dah jauh kedepan. Pertengahan jalan, hujan turun. Sejuk giler! Rasa macam kena simbah dengan air batu. Angin pun kuat. Jari tangan dah kecut. Cermin mata dah berwap-wap. Kali ni selut ke apa ke, main pijak je. Dah tak control-control macam mula tadi. Dengan poncho, susah nak berjalan dalam hutan tu. Slow lah sikit jadinya.

Hujan + kabus = misteri

Setelah bersusah payah, lebih kurang jam 6.30 kami sampai di platform mula. Yeay! Janggut kata pecah rekod. Rekod kumpulan sampai paling lambat😀 . Okla kan, at least pegang rekod jugak. Hujan makin lebat. Kami masih berponcho, berteduh bawah fly yang guide pasang sambil tunggu 4WD datang.

Aku pun tak tau kenapa budak bertiga ni tak nak masuk berteduh

Lama jugak tunggu 4WD datang. Ada tanah runtuh di Tanah Rata. Dah tertidur-tidur kami di bawah fly tu. Penat. Lapar. Sejuk. Semua ada. Kami bertolak balik ke KL lebih kurang jam 9.30 malam selepas siap-siap mandi, solat di Masjid Berinchang. Macam tak confident je nak drive balik. Memang betul pun. 2-3 kali jugakla terbabas di selekoh-selekoh jalan ke Simpang Pulai tu. Bahaya. Stop kejap di pekan Simpang Pulai. Beli makanan di McD. Beli kopi. Tapi tak jalan jugak kopi pun. Mengantuk tahap tak boleh celik mata dah. Aku gilir-gilir drive dengan Bai. Jam 2.30 pagi aku sampai rumah. Esoknya pergi ofis dengan kepala pening-pening. Apa-apa pun trip kali ni merupakan salah satu trip paling best. Terima kasih di atas ciptaanMu yang sangat indah🙂

Group photo

Nak pergi lagi next time? Of course yes! Jika diizinkan Allah.

14 thoughts on “Irau, memukau

  1. nurul 24 October, 2011 / 11:51 pm

    Next time kena improve timing yea… kali ni kalu pergi aku nak naik dari Gng Brinchang, overnight kt Irau lps tu the nx day kita turun kt Ladang teh yg cantik🙂

    • whooz 25 October, 2011 / 8:38 am

      overnight tu aku setuju. tapi nak improve timing tu, errrr😀

  2. julie 25 October, 2011 / 12:14 am

    jelesnya tgk gmba2 ko ni huz…

    • whooz 25 October, 2011 / 8:39 am

      pas ni ko pergi la dgn husband pulak..uuuu romantik🙂

  3. kay 25 October, 2011 / 12:40 am

    tu dia Nurul dh plan…

    Huzz… rasa nak termenitik air mata ada nama kami jgk kat sini…

    tp next time pergi, aku nak amik gmbo jugak, jgn jalan laju2 yek😀

    • whooz 25 October, 2011 / 8:40 am

      sob2..

      kalau aku, tak kan lajunye, nurul berkuasa turbo tak tahulah ..ampunnnn!

  4. Farah 25 October, 2011 / 4:38 am

    nak pegi jgn lupe ajak aku lg…heheh…thanks korang!!

    btw…next…where to?? =P

    • sharky16 25 October, 2011 / 6:22 am

      amboi2..macam dpt kebenaran nk pergi lagi..

    • whooz 25 October, 2011 / 8:40 am

      hehee..best, dapat kenalan baru🙂

      next trip kena tanya miss organizer

  5. fadd 25 October, 2011 / 8:09 am

    betol mcm kay ckp, aku terharu gile name2 kami yg x p ni ade… sbbnye mmg teringin nak p… mase plan awal2 dlu aku yg desak nurul wat trip p irau yg last2 nye kitoang be2 p cameron saje… sbb xnak rase kmpunan .. huhu…nmpak gaye p dlm mimpi jelah aku agaknye.. nak tgu ade free wkend dah xde… byk btol ms yg nk dikorbankan.. xpelah… redha je… mane tau nx2 time ade chance nk p, mmg aku angkat pungkok dulu…hahahaha…. nway, congrats kat koang..
    kay: kalo aku ade time pjt tu nanti ko jgn risau, kat blkg skali aku jd guide… jd guide tu.. ayat xleh blah…ekekekeke

    • whooz 25 October, 2011 / 8:43 am

      silalah rasa terharu :p

      nanti kalau hang nak angkat pungkok, ajak sekali la, aku pun nak angkat pungkok sama2😀

      on the way balik ke platform mula, aku jadi guide tau fad sebab amy dah tak larat sangat-sangat. teringat kamu yang sentiasa jadi guide😉

  6. Cikgufik Baik 7 December, 2011 / 4:10 pm

    salam, saya berminat nak pegi. ada nombor phone janggut tak? tq

    • whooz 8 December, 2011 / 12:14 am

      guide ni dari ORL Green Nature, so boleh contact
      tel: +601 243 505 30 / +603 416 110 37
      email: orlgn@unifi.my
      fb: orl green nature

      • Cikgufik Baik 27 December, 2011 / 3:35 am

        tq whooz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s