Kahwin lagi

Last Sunday pergi Jengka 21, menghadiri jemputan kenduri kahwin terakhir untuk bulan 11 ni. Penatnye every week pergi kenduri. Itu pun kenduri di Nibong Tebal aku tak pergi sebab last minit tinggal 2 orang je nak pergi, dan kereta yang akan dibawa ke sana adalah manual. Maka tak boleh bergilir-gilir :P.

Di Jengka ni, kenduri Aida. Kawan Amy. Tapi sebab dia selalu lepak kat rumah kitaorang, jadi kawan aku jugaklah. Tak susah pun nak cari rumah dia. Yang bestnye kat kenduri ni, tetamu di jamu dengan macam-macam hidangan. Macam pesta makanan. Ada beberapa gerai untuk tetamu pilih nak makan apa. Air saja ada 5 jenis. Makanan semua best. Gotong royong katakan. Time kami sampai, nampak pakcik-pakcik dok gosok kawah-kawah kat khemah memasak. Semangat kejiranan yang tinggi. Suka!

Bersama mak dan ayah pengantin

Balik dari Jengka, sampai Balakong jam 6 petang, bergegas ke Pantai Jeram, Kuala Selangor pulak untuk acara mengisi perut seterusnya. Gambar? Tarak, tunggu gambar dari budak-budak lain lah. Penat sangat, tak terambil gambar.

Advertisements

Pencinta kucing dan persahabatan

source

Buat mereka pencinta kucing, wajib tengok Puss in Boots sebab banyakkkkkk kucing comel kat dalam tu!

Aku suka movie ni. Kelakar. Apa yang nak diceritakan ialah pasal persahabatan. Aku suka tema persahabatan sebab ia dekat dengan diri kita. Semua orang pernah bersahabat. Semua orang ada sahabat. Tapi kadang-kadang persahabatan yang terlalu erat buat kita cepat terasa. Cepat cemburu. Bukan dalam movie ni saja, aku akui ia pernah wujud dalam diri aku. Lama dahulu. Ok lupakan pasal tu. Overall, sangat puas hati tengok movie ni. Tak rugi.

Biar macho , ganas macam mana pun, kalau dah kucing tu, kucing jugak perangainye 🙂. Meowwwwww!

Pasar Tani Bandar Kinrara

Pasal pasar tani pun nak tulis kan :). Bukan apa, aku jarang jumpa pasar malam ke pasar tani ke ada banyak gerai yang jual makanan sedap. Bukan satu dua gerai. Pastu makanan yang dijual macam datang dari seluruh Malaysia. Utara, Selatan, Timur semua ada. Potato baked with cheese pun ada, western pulak!

Tak sure pulak ni Bandar Kinrara (BK) berapa. Tapi yang dekat Giant dan depan masjid tu. Pasar Tani ni setiap Selasa. Hari lain aku tak sure sebab selalu kebetulan lalu kat situ hari Selasa sahaja. Minggu pertama aku pergi, beli nasi kerabu. Sedap, cuma tak sampai standard Nasi Kerabu Kak Yah, Tanah Merah, Kelantan 🙂 . Minggu ke-2, beli Nasi Ambeng, sedap! Ayam besar. Minggu ke-3 beli Char kuetiaw,  mee goreng dan murtabak, sedap! Minggu ke-4 beli nasi kerabu kat gerai lain pulak. Sangat sedap! Nak sama dah dengan Nasi Kerabu Kak Yah, Tanah Merah, Kelantan. Dah jadi satu tabiat, kalau tetiba rindu giler kat ma, mesti pergi cari makanan yang aku rindu sangat nak makan kalau ma ada depan mata :). Next aku nak try laksa utara pulak. Nampak sedap. Putu piring pun nampak sedap. Haihhhh.

Nyum2!

Teluk Lipat pun sampai juga :)

Mungkin lepas ni Teluk Lipat, Endau akan lebih dikenali. Aku cuba google, banyak yang keluar pasal SK Teluk Lipat je. Dan juga blog Nurul dan Julie yang mengisahkan cantiknye Teluk Lipat.

Hasrat nak ke sini memang dah lama sejak baca blog Julie. Jadi, bila “tersampai” awal di rumah kenduri, automatik terus teringat nak pergi sini. Dekat je dengan rumah Julie. Nasib baik ada gps iphone Kay dan Nurul, sebab tak de signboard pun nak ke sana. Tapi once dah nampak signboard SK Teluk Lipat, kami ikut kata hati jalan terus sahaja hingga ke penghujung jalan. Bila nampak pokok kelapa makin banyak, tanah pun jenis berpasir, yakin akan jumpa pantai di hujung sana. Jalan yang kami lalu bukanlah jalan yang betul sebenarnya. Lalu semak samun, lopak besar, jalan penuh tahi lembu :). Tapi sebab muat je kereta masuk, so jalan je. Nasib baik boyfren Kay si hitam gagah perkasa. Mesti banyak calar Kay???

Di pantai ni ada kawasan perkuburan Islam. Ada pondok di tepi kubur. Itu je. Tak ada apa-apa pun kedai ke apa ke. Angin kat situ sangat kuat. Arghhh jeles yang tudung ber”awning” :P. Air tak de lah tinggi sangat, so boleh nampak batu-batu coklat pelbagai ton warna yang sangat cantik terhampar di pantai.

Bakal pengantin 12.12.12

Batu ni adalah fokus utama pantai ni

Kebetulan bot ni lalu. Macam tau-tau je

Kalau dah nama GGK, berbaju kurung pun masih boleh memanjat 😉

Apa yang korang tengok?

Nak balik dah…eh silap, nak pi makan kenduri dah 🙂

Secara jujur, aku harap pantai ni dibiarkan macam ni. Tak perlu ada pembangunan apa-apa. Biar ianya cantik semulajadi. Biar ia terus menjadi tempat orang-orang sekitar melayan perasaan tanpa gangguan apa-apa.

Sampai juga di Endau

Lama dah teringin nak pergi Endau ni. Tiap kali pergi Rompin, asyik tak jadi je lajak ke sana. Nasib baik kampung kau kat sana Julie, sampai jugak :). Satu yang aku suka kalau pergi wedding jauh-jauh ni, boleh cuci2 mata tengok tempat orang. Best! Bak kata Amy, first time pergi wedding boleh pergi pantai :).

Sweet 🙂

Sesi bergambar bersama peminat

Ini tol highway apa ni?

Nak tengok kena bayar tol dulu

Tu dia, cak!

Pengantin. Tahniah korang!

Tak bagus

Aku ada habit suka baca ayat separuh. Kalau intro tak menarik, terus tak baca sampai habis. Semalam aku baru sedar habit ni bawa perkara tak bagus pada aku.

Lepas balik dari Endau, sebelum nak tidur, aku jenguk-jenguk FB. Terbaca status rakan segroup projek di UITM dulu. Katanya baru pulang dari melawat M di Hospital Temerloh. Alhamdulillah, dah sedar dan genggam tangan. Lebih kurang gitulah bunyinye. Berkerut juga dahi apa citer ni? M pun rakan group projek aku. Kedua mereka ni adalah bestfriend. Aku siasat punya siasat kat page M, rupanya dia kemalangan Ahad last week ketika join konvoi moto besar di Raub. Kemalangan berlaku di  Raub-Sg Koyan. Dah seminggu, aku baru tau citer. Yang buat terkilan, last week, aku ada terbaca updated status M berbunyi lebih kurang macam ni lah, “M dah selamat keluar dari bilik pembedahan. Hatinya telah berjaya dijahit semula……”. Time aku baca tu, aku tersenyum, dalam hati kata apa la budak ni. Pelik-pelik statusnya. Tak de pulak aku nak baca komen-komen untuk status tu. Memang pun, M suka update status pelik-pelik. Rupa-rupanya hari tu lah dia baru selesai dibedah. Hatinya terkoyak, internal bleeding. Perlukan bantuan penderma darah B+ dan O. Bila aku ingat-ingat balik semalam, rasa macam nak tampar-tampar je muka aku sendiri.

Semalam dia dah sedar tapi masih lemah. Aku tak delah rapat sangat dengan dia tapi selalu jugaklah berbalas komen di status masing-masing. Dia juga supplier kurma yang aku jual 3 tahun ni. Aku harap dia cepat sembuh. Doakan ye!