Tak bagus

Aku ada habit suka baca ayat separuh. Kalau intro tak menarik, terus tak baca sampai habis. Semalam aku baru sedar habit ni bawa perkara tak bagus pada aku.

Lepas balik dari Endau, sebelum nak tidur, aku jenguk-jenguk FB. Terbaca status rakan segroup projek di UITM dulu. Katanya baru pulang dari melawat M di Hospital Temerloh. Alhamdulillah, dah sedar dan genggam tangan. Lebih kurang gitulah bunyinye. Berkerut juga dahi apa citer ni? M pun rakan group projek aku. Kedua mereka ni adalah bestfriend. Aku siasat punya siasat kat page M, rupanya dia kemalangan Ahad last week ketika join konvoi moto besar di Raub. Kemalangan berlaku di  Raub-Sg Koyan. Dah seminggu, aku baru tau citer. Yang buat terkilan, last week, aku ada terbaca updated status M berbunyi lebih kurang macam ni lah, “M dah selamat keluar dari bilik pembedahan. Hatinya telah berjaya dijahit semula……”. Time aku baca tu, aku tersenyum, dalam hati kata apa la budak ni. Pelik-pelik statusnya. Tak de pulak aku nak baca komen-komen untuk status tu. Memang pun, M suka update status pelik-pelik. Rupa-rupanya hari tu lah dia baru selesai dibedah. Hatinya terkoyak, internal bleeding. Perlukan bantuan penderma darah B+ dan O. Bila aku ingat-ingat balik semalam, rasa macam nak tampar-tampar je muka aku sendiri.

Semalam dia dah sedar tapi masih lemah. Aku tak delah rapat sangat dengan dia tapi selalu jugaklah berbalas komen di status masing-masing. Dia juga supplier kurma yang aku jual 3 tahun ni. Aku harap dia cepat sembuh. Doakan ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s