Teluk Lipat pun sampai juga :)

Mungkin lepas ni Teluk Lipat, Endau akan lebih dikenali. Aku cuba google, banyak yang keluar pasal SK Teluk Lipat je. Dan juga blog Nurul dan Julie yang mengisahkan cantiknye Teluk Lipat.

Hasrat nak ke sini memang dah lama sejak baca blog Julie. Jadi, bila “tersampai” awal di rumah kenduri, automatik terus teringat nak pergi sini. Dekat je dengan rumah Julie. Nasib baik ada gps iphone Kay dan Nurul, sebab tak de signboard pun nak ke sana. Tapi once dah nampak signboard SK Teluk Lipat, kami ikut kata hati jalan terus sahaja hingga ke penghujung jalan. Bila nampak pokok kelapa makin banyak, tanah pun jenis berpasir, yakin akan jumpa pantai di hujung sana. Jalan yang kami lalu bukanlah jalan yang betul sebenarnya. Lalu semak samun, lopak besar, jalan penuh tahi lembu🙂. Tapi sebab muat je kereta masuk, so jalan je. Nasib baik boyfren Kay si hitam gagah perkasa. Mesti banyak calar Kay???

Di pantai ni ada kawasan perkuburan Islam. Ada pondok di tepi kubur. Itu je. Tak ada apa-apa pun kedai ke apa ke. Angin kat situ sangat kuat. Arghhh jeles yang tudung ber”awning”😛. Air tak de lah tinggi sangat, so boleh nampak batu-batu coklat pelbagai ton warna yang sangat cantik terhampar di pantai.

Bakal pengantin 12.12.12

Batu ni adalah fokus utama pantai ni

Kebetulan bot ni lalu. Macam tau-tau je

Kalau dah nama GGK, berbaju kurung pun masih boleh memanjat😉

Apa yang korang tengok?

Nak balik dah…eh silap, nak pi makan kenduri dah🙂

Secara jujur, aku harap pantai ni dibiarkan macam ni. Tak perlu ada pembangunan apa-apa. Biar ianya cantik semulajadi. Biar ia terus menjadi tempat orang-orang sekitar melayan perasaan tanpa gangguan apa-apa.

10 thoughts on “Teluk Lipat pun sampai juga :)

  1. Gerbera 24 November, 2011 / 2:20 pm

    Theme Red yer🙂 . Cantik pantai tu. Tak sun burn ke Kak Burn?

    • whooz 24 November, 2011 / 2:31 pm

      tak mau pakai hijau sebab tak mau sama dgn pengantin, kebetulan semua pakai merah pulak.
      kak burn tak sunburn, cuma kulit mengelupas lah jugak.

      • kay 25 November, 2011 / 12:23 am

        kay sun burn… huhuhuhhu…

        bila boleh dpt semua gmbo eh? ekekeke

  2. fadd 24 November, 2011 / 11:51 pm

    GGK adalh utk Gadis2 Gila Kamera… wakaka..

    • whooz 25 November, 2011 / 12:25 am

      sangat tepat!

  3. whooz 25 November, 2011 / 12:25 am

    kay, sabar nnt bila2 jumpa huzz bagi. dah burn kat cd. malas lah nak upload kat fb🙂

  4. julie 25 November, 2011 / 2:56 am

    tahniah berjaya smpai ke teluk lipat wlupun lalu jln yg berliku2….aku pon harap tmpt ni akan terus kekal semulajdi tnpa ada apa2 pembangunan yg boleh merosakkan keasliannya…cewahhh…kalo korg ada hati nk dtg endau lg…aku bwk korg gi Penyabong pulak…

    • whooz 25 November, 2011 / 6:37 am

      nak gi penyabong pulak! boleh camping?

  5. nurul 25 November, 2011 / 4:14 am

    Ameen… for the first photo… like

    Teluk Lipat ek? Ingat Tanjung Lipat

    • whooz 25 November, 2011 / 6:39 am

      ameen. confirm date ni eh? aku reserved date lain..hahahahha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s