Pasar Tani Bandar Kinrara

Pasal pasar tani pun nak tulis kan🙂. Bukan apa, aku jarang jumpa pasar malam ke pasar tani ke ada banyak gerai yang jual makanan sedap. Bukan satu dua gerai. Pastu makanan yang dijual macam datang dari seluruh Malaysia. Utara, Selatan, Timur semua ada. Potato baked with cheese pun ada, western pulak!

Tak sure pulak ni Bandar Kinrara (BK) berapa. Tapi yang dekat Giant dan depan masjid tu. Pasar Tani ni setiap Selasa. Hari lain aku tak sure sebab selalu kebetulan lalu kat situ hari Selasa sahaja. Minggu pertama aku pergi, beli nasi kerabu. Sedap, cuma tak sampai standard Nasi Kerabu Kak Yah, Tanah Merah, Kelantan🙂 . Minggu ke-2, beli Nasi Ambeng, sedap! Ayam besar. Minggu ke-3 beli Char kuetiaw,  mee goreng dan murtabak, sedap! Minggu ke-4 beli nasi kerabu kat gerai lain pulak. Sangat sedap! Nak sama dah dengan Nasi Kerabu Kak Yah, Tanah Merah, Kelantan. Dah jadi satu tabiat, kalau tetiba rindu giler kat ma, mesti pergi cari makanan yang aku rindu sangat nak makan kalau ma ada depan mata🙂. Next aku nak try laksa utara pulak. Nampak sedap. Putu piring pun nampak sedap. Haihhhh.

Nyum2!

7 thoughts on “Pasar Tani Bandar Kinrara

  1. kay 25 November, 2011 / 9:05 am

    nasi ambeng 1!

    • whooz 25 November, 2011 / 2:08 pm

      nak 2,3,4 pun buleh. pergilah sana🙂

  2. Gerbera 25 November, 2011 / 10:28 am

    Dulu masa duduk kat Taman kinrara mmg aku selalu g pasar tani. Beli nasi kerabu.sedap.sejak duduk bbp ni mmg dah tak jejak dah. Pasar ramadhan pun kat situ gak.

    • whooz 25 November, 2011 / 2:07 pm

      bestlah pasar ni.

  3. shahin 8 May, 2015 / 3:38 pm

    Tu bandar kinrara 4.

    • Mama Fatin 1 October, 2016 / 5:37 am

      Nak tanya.. confirm ke hari selasa pasar malam area gaint kinrara tu? Dah bertahun tak jejak.

      • whooz 3 October, 2016 / 11:25 am

        Saya pun dah bertahun tak jejak 😂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s