Dinner dan hadiah

Malam esok akan ada annual dinner, dekat-dekat ofis jugaklah. So nak bagi meriah sikit bos aku dan bos lagi satu (office aku ni banyak bos) sediakan hadiah-hadiah untuk others. Aku dah tau apa hadiah aku, sebab aku yang tolong balut tadi 🙂 . Siap tanda itu aku punya. Hahahaha! Hadiah untuk big boss pun aku yang balut. Kalau la aku dapat yang tu, melompat tak berhenti rasanya 🙂

Oh, by the way, big boss suruh bawa spouse malam esok. Kalau tak de, bawa boyfriend katanya.

Advertisements

Macam pernah lihat tapi bila ya?

Mesti korang pun pernah rasa. Yang terbaru, yang ini:

First time aku mula kerja di office baru di Subang ni, memang aku rasa tempat ni tak asing. Rasa macam pernah datang. Bukan setakat datang lalu or singgah macam tu. Tapi rasa macam ada something pernah berlaku di sini. Aku cuba ingat-ingat, tapi tak dapat jugak.

Ada satu hari tu, aku dan bos nak ke pejabat pos di Subang Airport. Lalu shortcut. Betul-betul tepi satu kawasan rumah pangsa ni. Aku rasa something bila lalu kat situ. Tapi tak tau apa benda. Depan rumah pangsa ni ada stesen akhir Putra, tempat tren dicuci, diservis. Belakang office aku je rumah pangsa ni. Selepas-selepas tu, setiap kali lalu kat sini, rasa macam penderaan mental. Rasa macam pernah datang, pernah kenal seseorang kat sini. Tapi tak dapat jawapan.

Selepas beberapa bulan, satu hari tu aku sembang-sembang dengan one of my bestfriend, Ayun pasal office baru ni. Rupanya kat sini rumah dia dulu! No wonder! Mula-mula datang KL untuk mencari rezeki 8 tahun yang lalu, kat rumah dia lah kami menumpang lepak :). Dulu kerja sangat relax. Setiap tengahari Jumaat keluar pergi Jalan TAR. Setiap weekend memang tak de kat rumah pun. Samada balik kampung atau pergi Melaka, PD atau PJ. Semua tu rumah bestfriend. Mak Ayun sangat rajin memasak dan ajak kami makan. Sebagai orang bujang yang baru nak mencari tapak di KL ni, itu adalah satu rahmat. Lauk tak mewah mana, tapi bila makan ramai-ramai, priceless rasanya 🙂 .

Then aku cuba ingat-ingat balik apa lagi pernah jadi kat situ. Kereta bestfriend yang sorang lagi pernah rosak kat sini. Tingkap kereta Kancil dia tetiba tak boleh tutup. Dahla kitaorang nak pergi interview kat Kelana Jaya esoknya. Tumpang tidur rumah Ayun. Nasib baik ayah Ayun ada. Ayah Ayun memang pandai repair-repair ni sebab dia suka collect barang-barang lama / rosak. Dia repair tingkap kereta tu kat parking rumah pangsa. Tempat aku lalu shortcut tu.

Sekarang famili Ayun dah tak stay situ. Ayun pun dah stay asing lepas kahwin. Tapi famili diorang tak berubah, masih baik seperti dulu. Pernah bila mak dia tau aku nak pergi melawat baby baru Ayun di rumah parents dia, mak dia siap masak nasi untuk makan lunch. Sambal belacan mak dia memang terbaik! Tapi aku tak dapat pergi tengahari sebab tetiba ada hal. Aku pergi petang. Mak dia masih simpan lauk tengahari tadi untuk aku. Terharu!

Deja vu ke?

Bagi sampah, boleh lari

Cute kan medal ni? Colourful. Tapi sayang, aku tak dapat. Untuk Larian Jom Kitar Semula ni, hanya 500 medal (tak ikut category) disediakan. So each category tu sikit je lah. Tapi aku happy jugak sebab boleh habiskan 7km dlm masa 1 jam. Dengan lemak di perut yang semakin rancak menempel. Compared to last time aku lari route yang sama tapi dekat sikit (5km) juga hampir 1 jam. Berlepas on time, lebih kurang 7.30++. Good. Aku dah risau, kalau event yang melibatkan orang-orang besar ni, kena bersedialah untuk berlepas lewat. Macam event kat Dataran Merdeka dulu, jam 8.30 belum start sebab tunggu makcik sorang nih.

The only GGKian  yang dapat medal. Bravo babe!

FBI in the house!

Registration

Untuk masuk larian ni, tak perlu bayar apa-apa. Cuma bawa barang-barang untuk dikitar semula sebagai syarat pendaftaran. Simple!

P/s: Nak tanya, kenapa asal lepas lari je mesti aku sakit kepala. Berdenyut2. Selalunya sampai setengah hari jugaklah sakitnye. Kalau lepas jogging beriya (lari non stop) pun sama jugak sakitnya. Why eh?

Cookbook – Resepi

Sepertimana yang aku rancangkan dulu untuk simpan segala resepi masakan, aku dah ada 2 resepi, yeay!

Resepi 1: Laksam

Last week, tiba-tiba kakak teringin nak makan laksam lepas tengok Zamir (Masterchef) masak laksam di pusingan penyingkiran. Tapi tak mau beli sebab rasa tak macam ma buat dan tak tau nak beli kat mana :). Then, cepat-cepat buat panggilan talian hayat untuk dapatkan resepi, petang Sabtu mengukus laksam la kami adik beradik. Tadaaaa!

Laksam sentiasa jadi favourite aku. Maybe sebab dari kecil ma selalu buat, berniaga. Tapi aku tak pernah nak ambil tahu nak buat :). Bila dok jauh ni baru rasa nak belajar :P. Tapi dah jadi habit aku, walaupun aku tau masak masakan tu, tapi kalau itu kepakaran ma, aku tak kan masak kat rumah. Nak makan yang ma masak jugak! Sama dengan ma. Apa-apa resepi baru yang aku masak kat rumah, walaupun dia tau nak masak macam mana ataupun dia tak ambik tau langsung pasal resepi tu, mesti suruh aku masak bila aku balik :).

Resepi 2: Kerabu pucuk ubi

Disebabkan petang Sabtu nak buat laksam, untuk lunch aku malas nak masak beriya. Fikir-fikir sambil tengok barang dalam peti ais, decided nak buat kerabu je lah. Makan dengan ikan pekasam. Cukup.

Ma memang suka buat kerabu sebab abah sangat suka makan kerabu. Especially bulan puasa. Macam-macam jenis kerabu. Setakat ni, kerabu pucuk ubilah yang aku sangat suka. Lagi masam, lagi sedap!

Tanggungjawab

Satu malam aku singgah solat Maghrib di sebuah masjid di Bangi. Sudah solat, lepak-lepak kejap dalam kereta sambil reply SMS urgent untuk bos, tingkap kereta diketuk dan dengar orang bagi salam. Aku terkejut, si pengetuk, pakcik yang agak2 umur dalam 50-60 tu pun terkejut :). Was-was jugak nak buka ke tak. Aku tengok di tangannya ada beberapa keping duit kertas dan botol kecik. Terus terlintas di fikiran, jangan-jangan asid :D. Tapi dari luar aku dengar dia nak minta duit. So aku buka la, sikit je.

Katanya nak beli gas inhaler untuk isterinya tapi tak cukup duit. Dia pergi minta sana sini baru ada dalam RM18++.  Harga gas inhaler tu RM34++. Nak minta sumbangan masjid, tunggu Tok Siak belum datang katanya. Isterinya nak guna cepat. Aku pun tanpa fikir panjang sebab nak cepat reply SMS bos, aku bagi je lah sikit. Then aku tengok dia ke mana. Macam  masuk masjid tapi tak sure.

Apa yang aku nak kisahkan kat sini bukan pasal pakcik tu betul-betul ke dalam kecemasan. Kalau dia tipu, tak pe lah. Itu hal dia. Kalau betul, buat aku terfikir. Dia sanggup buat apa saja untuk penuhi tanggungjawab dia terhadap isterinya, tanggungannya. Dan buat aku terfikir lagi, memang secara naturalnya kita akan buat apa saja untuk tunaikan tanggungjawab kita kan?

Balik rumah, aku survey-survey juga harga gas inhaler tu di internet :). Harganya dalam lingkungan RM20 – RM 40 (depends brand dan kedai yang menjualnya).

🙂