Kedai makan signboard tinggi

Semalam pergi Wong Solo di Bandar Seri Permaisuri. Tiba-tiba Bai sms ajak pi makan sana. Dia puasa. Aku on je lah. Jam 6.15ptg baru keluar office. Jam 7.45mlm baru sampai LRT Bandar Tun Razak ambil Bai. Perut dah lapar giler, pedih-pedih. Makan roti ikan bilis je tengah hari tadi. Konon nak simpan space untuk dinner😛.

Pusing punya pusing tak jumpa pun kedai ni. Aku tak google pun lokasi dia. Terlupa sebab banyak sangat kerja tadi. Aku main ingat-ingat lupa je. Sebab bulan puasa lepas pernah google kedai ni. Rasa macam tau kat mana🙂. Dah fedup sebab tak jumpa pun kedai. Perut lapar, kepala pun dah pening. Hujan pulak. Then Bai kata last pusing, kalau tak jumpa jugak makan di AP (Ayam Penyet) je lah. Pusing sekali lagi, jumpa! Sebaris dengan AP je pun. Sebab apa tak jumpa tadi? Sebab tak tengok atas. Signboard kedai tu punya lah tinggi. Kena langut baik punya baru boleh baca. Kalau dari jauh pun susah nak baca sebab nya font yang dia guna kurus dan panjang. So tak nampak sangat “Wong Solo” tu. Kalau tengok dari depan ok, dari tepi tak ok. Selalunya kalau kedai tingkat bawah, signboard nama kedai diorang letak betul-betul atas kedai (antara tingkat atas dan bawah kan). Ini dia punya signboard betul-betul di tingkat 2. Di tingkap tingkat 2.

Ini signboardnye. Kredit to Kak Kay. Aku tak ambil pun gambar signboard, hujan

Ayam Bakar sedap tapi ayam kecik. Tempe dan tauhu tu sangat sedap!

Ayam Penyet tak rasa pulak sedap ke tak. Bai kata okla, sedap ayam penyet AP lagi. Dan ayam kecik.

Pelengkap rasa. Sambal merah tu sedap! Tapi tak boleh lawan sambal kat Lelapan, Miri🙂

Jus Alpukat (avocado shake). Errrr tak sedap pun. Aku baca review katanye sedap. Aku rasa macam minum air sayuran di blend. Ke memang macam tu rasanya?

Orang selalu komen pasal makan, aku komen pasal signboard pulak kan. Maybe pada orang lain tak de masalah. Dan mungkin juga kalau aku pergi time tak lapar sangat, tak de la kisah sangat pasal signboard ni🙂. Peace!

 

6 thoughts on “Kedai makan signboard tinggi

  1. us 2 December, 2011 / 8:23 am

    signboard kan salah satu alat membantu promosi perniagaan…..owner tersilap strategi le tu…

    • whooz 2 December, 2011 / 9:12 am

      yup, maybe terlepas pandang

  2. Nurul 4 December, 2011 / 6:46 am

    Mmg sedap juga lah…yang tak best nyer takde sup lah :-(… sambal cili dia pun kureng skit… air avocado tu bagi aku x sedap mana pon

    • whooz 4 December, 2011 / 12:24 pm

      ha’ah x de sup. kitaorang order sup ayam, kureng jugak rasanya

  3. julie 12 December, 2011 / 11:50 pm

    knp aku mnum air avocado wong solo kg .baru tu sedap?agaknya lain branch lain rasanya kot

    • whooz 14 December, 2011 / 1:26 am

      mungkin la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s