Tanggungjawab

Satu malam aku singgah solat Maghrib di sebuah masjid di Bangi. Sudah solat, lepak-lepak kejap dalam kereta sambil reply SMS urgent untuk bos, tingkap kereta diketuk dan dengar orang bagi salam. Aku terkejut, si pengetuk, pakcik yang agak2 umur dalam 50-60 tu pun terkejut🙂. Was-was jugak nak buka ke tak. Aku tengok di tangannya ada beberapa keping duit kertas dan botol kecik. Terus terlintas di fikiran, jangan-jangan asid😀. Tapi dari luar aku dengar dia nak minta duit. So aku buka la, sikit je.

Katanya nak beli gas inhaler untuk isterinya tapi tak cukup duit. Dia pergi minta sana sini baru ada dalam RM18++.  Harga gas inhaler tu RM34++. Nak minta sumbangan masjid, tunggu Tok Siak belum datang katanya. Isterinya nak guna cepat. Aku pun tanpa fikir panjang sebab nak cepat reply SMS bos, aku bagi je lah sikit. Then aku tengok dia ke mana. Macam  masuk masjid tapi tak sure.

Apa yang aku nak kisahkan kat sini bukan pasal pakcik tu betul-betul ke dalam kecemasan. Kalau dia tipu, tak pe lah. Itu hal dia. Kalau betul, buat aku terfikir. Dia sanggup buat apa saja untuk penuhi tanggungjawab dia terhadap isterinya, tanggungannya. Dan buat aku terfikir lagi, memang secara naturalnya kita akan buat apa saja untuk tunaikan tanggungjawab kita kan?

Balik rumah, aku survey-survey juga harga gas inhaler tu di internet🙂. Harganya dalam lingkungan RM20 – RM 40 (depends brand dan kedai yang menjualnya).

🙂

3 thoughts on “Tanggungjawab

  1. Dd 11 December, 2011 / 1:17 pm

    Rasanya penah dengar citer mcm ni tapi bukan pakcik. makcik india ke ape entah. nak beli inhaler tak cukup duit jugak la citer dia. mcm citer hantu kan.

    • whooz 11 December, 2011 / 2:54 pm

      aishh ha’a lah sama je modus operandinye (kalau pakcik tu tipu lah). tapi kalau tahan kete tetiba mcm tu, huzz tak berenti rasanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s