Macam pernah lihat tapi bila ya?

Mesti korang pun pernah rasa. Yang terbaru, yang ini:

First time aku mula kerja di office baru di Subang ni, memang aku rasa tempat ni tak asing. Rasa macam pernah datang. Bukan setakat datang lalu or singgah macam tu. Tapi rasa macam ada something pernah berlaku di sini. Aku cuba ingat-ingat, tapi tak dapat jugak.

Ada satu hari tu, aku dan bos nak ke pejabat pos di Subang Airport. Lalu shortcut. Betul-betul tepi satu kawasan rumah pangsa ni. Aku rasa something bila lalu kat situ. Tapi tak tau apa benda. Depan rumah pangsa ni ada stesen akhir Putra, tempat tren dicuci, diservis. Belakang office aku je rumah pangsa ni. Selepas-selepas tu, setiap kali lalu kat sini, rasa macam penderaan mental. Rasa macam pernah datang, pernah kenal seseorang kat sini. Tapi tak dapat jawapan.

Selepas beberapa bulan, satu hari tu aku sembang-sembang dengan one of my bestfriend, Ayun pasal office baru ni. Rupanya kat sini rumah dia dulu! No wonder! Mula-mula datang KL untuk mencari rezeki 8 tahun yang lalu, kat rumah dia lah kami menumpang lepak🙂. Dulu kerja sangat relax. Setiap tengahari Jumaat keluar pergi Jalan TAR. Setiap weekend memang tak de kat rumah pun. Samada balik kampung atau pergi Melaka, PD atau PJ. Semua tu rumah bestfriend. Mak Ayun sangat rajin memasak dan ajak kami makan. Sebagai orang bujang yang baru nak mencari tapak di KL ni, itu adalah satu rahmat. Lauk tak mewah mana, tapi bila makan ramai-ramai, priceless rasanya🙂 .

Then aku cuba ingat-ingat balik apa lagi pernah jadi kat situ. Kereta bestfriend yang sorang lagi pernah rosak kat sini. Tingkap kereta Kancil dia tetiba tak boleh tutup. Dahla kitaorang nak pergi interview kat Kelana Jaya esoknya. Tumpang tidur rumah Ayun. Nasib baik ayah Ayun ada. Ayah Ayun memang pandai repair-repair ni sebab dia suka collect barang-barang lama / rosak. Dia repair tingkap kereta tu kat parking rumah pangsa. Tempat aku lalu shortcut tu.

Sekarang famili Ayun dah tak stay situ. Ayun pun dah stay asing lepas kahwin. Tapi famili diorang tak berubah, masih baik seperti dulu. Pernah bila mak dia tau aku nak pergi melawat baby baru Ayun di rumah parents dia, mak dia siap masak nasi untuk makan lunch. Sambal belacan mak dia memang terbaik! Tapi aku tak dapat pergi tengahari sebab tetiba ada hal. Aku pergi petang. Mak dia masih simpan lauk tengahari tadi untuk aku. Terharu!

Deja vu ke?

4 thoughts on “Macam pernah lihat tapi bila ya?

  1. fadd 20 December, 2011 / 1:16 pm

    rumah pangsa tu mmg dekat btol ngn stesen last kelana jy je? byk tkt eyh.. tinggi kan.. kalo ye, mknenye aku pnah p situ dlm 2x or 3x…kalo bukn slh rumah pangsa lah aku..heheh..

    • whooz 20 December, 2011 / 3:01 pm

      bukan kat stesen kelana jaya yang orang dok naik tu. ni kira last stesen tempat tren2 berkumpul

  2. julie 20 December, 2011 / 11:53 pm

    mmg deja vu sgt2…

  3. Wak Gelas 21 December, 2011 / 8:28 am

    wak ingatkan ade entiti kat situuu seram wehh…, eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn……….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s