2012 sudah!

Plan nak buat last entry for 2011 tapi tetiba jadi sibuk Disember lepas.

So, 2012, apa yang aku harapkan? BANYAK. Sangat banyak. Manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada kan🙂 . Dan aku pasti orang lain pun sama mengharapkan sesuatu dari aku. Insyaallah, aku cuba!

Jom kita review balik 2011🙂

Disember 2011, buat aku tersenyum, bersyukur dan terharu. Allah makbulkan doa yang aku, keluarga dan sahabat mohon. Something good menunggu aku di 2012, dan aku harap aku dapat bertahan sampai akhir. Tapi aku percaya, ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Duka itu dugaan, suka juga dugaan.

November 2011, setelah beberapa tahun sunyi dari jemputan kahwin, tahun ni banyak pula rakan yang naik pelamin. Time paling sibuk pergi kenduri kendara ni kalau tak silap dalam tahun 2005-2009. Ye lah ramai yang target nak kahwin before 30 kan (eh aku pun, tapi terlajak pulak). Happy for you all my friends!

October 2011, tak de apa sangat yang best kecuali last hiking trip for 2011, Gunung Irau. Another tempat yang paling cantik pernah aku pergi. Setiap gunung, ada cantiknye tersendiri, ada ceritanya sendiri. Rindu nye nak hiking.

September 2011, bulan berhari raya, bulan makan-makan menaikkan berat badan🙂. Makcik dan pakcik pergi Mekah. Alhamdulillah mereka selamat pulang. Pakcik belikan aku teko aluminium kecil. Cute ok! Macam tau-tau je rumah aku hanya ada jug besar gabak. Terima kasih🙂

August 2011, bulan puasa. Sibuk dengan kerja (seperti biasa).  Ada makan-makan buka puasa di rumah Fad, combo ye, dengan sahur sekali. Best! Pandai pula tambah penyakit, aku dah start ambil order tart nenas/blueberry/strawberry untuk raya. First time kan, so rasa perit sangat. Tapi aku suka bila orang lain suka. Baru aku tau perasaan ma yang dulunya bersusah payah berniaga. Aku dapat rasa perasaan puas hati itu. Hasil jualan, boleh la menampung kos aku balik raya dan ada jugak rezeki duit raya untuk budak-budak datang beraya. Harapnya 2012 ni bisnes semakin baik🙂

July 2011, cukup setahun selepas peristiwa ini di mana saat sukar aku kena buat keputusan. Aku cuba explain kat ma dan abah, tapi diorang macam tak faham. Aku faham kenapa diorang tak faham. Tapi aku teruskan juga sebab aku percaya pada bos aku. Tapi setahun tu, sangat susah untuk aku sesuaikan diri. Setahun aku masih rasa ragu-ragu terhadap keputusan yang aku buat. Fikiran pun cepat melayang ke mana-mana. Cepat hilang fokus. Bila aku baca balik salah satu komen pada entry July 2010 tu,

1 | kuey-san
27 July, 2010 at 2:38 pmedityg x best ni akan jd best bila kita dah berjaya melalui fasa tak best itu kan? tp yelahh.. nak melalui tuh yang sakit tuh.

sabar2 :)

aku rasa aku dah berjaya melalui fasa tu, dan tahun 2012 ni akan jadi tahun yang sangat penting. Doakan aku ye!

June 2011, aku start swimming class. Hihihih, selepas melalui pengalaman buruk semasa water rafting di Kuala Kubu Bharu. Satu saat yang tak kan aku lupakan. Beberapa hari lepas kejadian tu, aku asyik terbayang-bayang saat aku macam redha je dalam sungai deras tu. Trauma la sikit. Trip ke JB dan Stesen Tanjung Pagar, Singapura yang tiba-tiba. Trip yang penuh dengan aktiviti makan dan jalan. Penat.

May 2011, bulan besday aku🙂. Nothing special, hanya menumpang hari jadi Fad, makan-makan di Restoren Thaharah, Desa Pandan. Another favourite place to eat dalam list🙂 . Oh ye, aku join KL Towerthon untuk kali ke-2. Kali ni bersama GGK. 2012 ada tak?

April 2011, holiday ke Gold Coast jadi kenyataan! Tak sangka juga boleh sampai sana. Dulu, hanya main-main je cakap-cakap dengan Fir, nak pergi sana. Last-last sampai juga walaupun bertiga je, plus anak Fir. Hampir 8 bulan study dan buat persiapan, kami enjoy kat sana🙂. Thanks Fir and Mizu!

March 2011, another trip to Singapore! Kali ni bukan untuk suka-suka. Ada conference. Yang paling best dapat naik Marina Bay Sands, hotel yang ada papan luncur gergasi kat atas tu. Mula-mula pergi Singapore dulu, pernah cakap dengan member, kalaulah dapat naik atas tu kan best. Tup-tup dapat invitation card, tengok venue, perghhhh! macam mimpi. Apa yang aku perasan, setiap tempat yang pertama kali aku pergi, dan aku rasa nak pergi lagi, aku berpeluang pergi untuk kali ke-2. Tak kira dalam Malaysia atau luar. Bila ye aku dapat pergi US lagi sekali?🙂

February 2011, join second trip organized by Azli. Kali ni ke Jelawang, Dabong, Kelantan. Pengalaman yang menarik. Dengan banjir yang tak surut, keretapi tak boleh teruskan perjalanan. Naik bas separuh jalan, sambung naik train hingga ke Dabong. Kenal Uncle, kenal rakan-rakan baru. Hiking ke Jelawang waterfall dengan trek licin. Tergolek dengan Fad. Buat sliding pertama kali dalam hidup di waterfall. Best!

January 2011, unforgettable trip to Mulu. Aku sangat happy setiap saat kita kat sana. Tak terluah dengan kata-kata. Hahaha poyo! Saat kita makan di Lelapan, naik Fokker ke Mulu, naik bot, masuk gua, jalan kaki 8km di Kuala Litut menuju Camp 5, masak-masak, bermalam di Camp 5, susah payah ke pinnacles dan akhirnya saat berfoto-foto di pinnacles. Priceless! Iris dah satu tahun. Semakin besar, semakin nakal!

Hmm nampak macam happy je kan sepanjang tahun. Hakikatnya tak seperti yang orang lain nampak. Banyak yang tak best sebenarnya. Tapi semua tu hilang bila bersama dengan orang-orang yang kita sayang. Bila kembali sendiri, jadi down balik. Tak pe Whooz, apa yang dah jadi, jadikan panduan sebab akan datang cabaran yang lebih besar pada masa depan.

FIGHTING! (terpengaruh dengan Glory Jane pulak. Wahhh endingnya aku suka, cuma tak sangka In Woo bercinta dengan mak Jae In pulak kan, but sweet🙂 ). Aku harap 2012 juga ada happy ending untuk aku (eh baru 1st January, dah sebut end 2012 :P)

Hari Jumaat lepas, sambil bersihkan meja, tetiba aku rasa sedih, sebak tak tentu pasal. 2012, ada banyak benda aku nak capai!

Sambutan tahun baru? Tak de. Aku lepak di rumah Amy, siapkan gift untuk wedding kakaknya. Jam 12 tengah malam tepat, dia hantar aku balik rumah, dapatla tengok bunga api dari dalam kereta. Happy new year semua!

5 thoughts on “2012 sudah!

  1. Kay 1 January, 2012 / 11:04 pm

    Salam

    Byknya rangkuman!

    2012, naik pangkat? Naik gaji yg sgt byk? Dpt saham syarikat?

    Tertanya-tanya ni…

    Harap yg baik-baik saja utk kita semua, walopun bkn yg terbaik

    • whooz 2 January, 2012 / 4:09 am

      yup sama-sama kita harapkan yang baik2 untuk kita semua🙂

  2. fadd 3 January, 2012 / 3:57 am

    thn 2012 ni nak start xtvt ngn dak GGk wif makan2 kat umah aku… baru plan je nak wat makan2 kat umah aku, jadi ke x xtau lagi…mukin lps abish peksa final nnti sblm ke medan..
    weh… dah 2 thn sambut bday ngn dak ggk.. 1st dulu kat kk, last yr kt thaharah.. hang bukn menumpang bday aku.. mmg celeb same2.. thn ni kite celeb kat krabi laks… ahaks…
    ha… ape yg mnunggu 2012 ni?.. berteka teki aku…

    • whooz 3 January, 2012 / 2:43 pm

      apa, ada makan?????? yeay!

      harap2 dapat ye celebrate kat Krabi🙂

  3. julie 4 January, 2012 / 12:16 am

    aku suka bln jan & feb…penuh dgn kenangan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s