Terbang lagi!

Kali ni banyak makanan aku bawa πŸ™‚ . Yang bestnye, aku baru terjumpa dengan vacuum bag (kiri dalam gambar) di sebuah kedai travel di Loke Yew. Sangat terbukti menjimatkan ruang. Beg plastik yang dilipat dua tu terdiri daripada 1 baju sejuk, 1 trench coat, 1 kemeja, 1 seluar jeans, 5 tshirt, 1 long john, 2 helai seluar tidur, 1 inner, sepasang glove dan 1 shawl.

Nervous sket nih, tak habis pun belajar Japan 101 nih. But excited!

See you!

Advertisements

Hai Van Pass

Hai Van Pass, laluan dari Hoi An ke Hue. Laluan yang memukau mata. Ada yang mengatakan laluanΒ  ini adalah laluan yang mempunyai permandangan paling cantik di Vietnam. Hai Van itu sendiri membawa maksud “Sea Clouds”.

dapat layan motorbike kat sini, bestnye (source)

(source)

Selain dari jalan raya, ada juga laluan keretapi. Ni dah macam Shah Rukh Khan menyanyi ChaiyaChaiya ni (source)

Tutup kejap

Bilik operasi 1

Bilik operasi 2

Dengan secara rasminye, aku tutup dulu kedai printing ni. Berkemungkinan besar akan kembali beroperasi setelah tamat meeting di China tu.

Arghhhhhh lepas ni nak cuti puas-puas!

Gambar aku dalam visa baru ni sangat TOMOK. Benci! Kalau nak tau aku naik berat badan, sila tengok muka. Akan kembang di situ dulu, barulah merebak ke tempat-tempat lain πŸ˜‰

Saya perlukan yang baru

Dah tak ingat bila kali terakhir aku kemas bilik tengah a.k.a setor ni jadi office. Sekarang rasa macam perlukan susun atur yang baru lah.

Kalau lah boleh dapat design-design macam kat bawah ni kan best πŸ™‚

nampak macam perlukan ruang yang luas tapi boleh je adjust untuk bilik kecil (source)

simple (source)

hah dalam almari pun boleh, tutup almari maksudnye office tutup la. Menarik idea ni (source)

ha siap ada kerusi baring, i like! (source)

Yang sebenarnya, aku rasa dah dapat kesan dari cara aku duduk buat kerja kat rumah selama ni. Kat rumah, aku bersila je. Sebab kononnya tak nak feeling macam kat office. Nak santai-santai je. Masalahnya, bila berjam-jam buat kerja, aku letih, aku terus baring atas simen. Kadang-kadang tertidur sampai ke pagi esok. Selasa lepas, aku sakit pinggang yang amat sangat. Tak tau nak cerita macam mana. Sampai menitik air mata..huhhuuh. Aku drive keluar pergi tapau lunch pun slow je bawa. Sakit tu datang setiap jam sejak pagi hingga ke malam. Sedang makan nasi duduk bersila depan tv pun, sakit. Menangis sambil makan. Dah macam kena paksa makan gayanye πŸ˜€ . Mula-mula sakitnya pinggang kanan, petang sikit kat tengah kat tulang belakang, malam pulak sampai pinggang belah kiri pulak. Esoknya aku bangun pagi, sakit dah hilang.