Saya perlukan yang baru

Dah tak ingat bila kali terakhir aku kemas bilik tengah a.k.a setor ni jadi office. Sekarang rasa macam perlukan susun atur yang baru lah.

Kalau lah boleh dapat design-design macam kat bawah ni kan best🙂

nampak macam perlukan ruang yang luas tapi boleh je adjust untuk bilik kecil (source)

simple (source)

hah dalam almari pun boleh, tutup almari maksudnye office tutup la. Menarik idea ni (source)

ha siap ada kerusi baring, i like! (source)

Yang sebenarnya, aku rasa dah dapat kesan dari cara aku duduk buat kerja kat rumah selama ni. Kat rumah, aku bersila je. Sebab kononnya tak nak feeling macam kat office. Nak santai-santai je. Masalahnya, bila berjam-jam buat kerja, aku letih, aku terus baring atas simen. Kadang-kadang tertidur sampai ke pagi esok. Selasa lepas, aku sakit pinggang yang amat sangat. Tak tau nak cerita macam mana. Sampai menitik air mata..huhhuuh. Aku drive keluar pergi tapau lunch pun slow je bawa. Sakit tu datang setiap jam sejak pagi hingga ke malam. Sedang makan nasi duduk bersila depan tv pun, sakit. Menangis sambil makan. Dah macam kena paksa makan gayanye😀 . Mula-mula sakitnya pinggang kanan, petang sikit kat tengah kat tulang belakang, malam pulak sampai pinggang belah kiri pulak. Esoknya aku bangun pagi, sakit dah hilang.

6 thoughts on “Saya perlukan yang baru

  1. julie 10 February, 2012 / 12:28 am

    aku suka gmba 1st and last…1st tu sbb ruang dia luas, last tu sbb ada kerusi baring….i like…rasa2 penat wat keje leh baring terus tdo…hahaha

    • whooz 10 February, 2012 / 4:37 am

      kan, yg last tu best kan. stress boleh baring jap, or tengok ke luar kat tingkap. pastu pasang audio sistem yang best kat bilik tu..ahahaaha..

  2. kay 10 February, 2012 / 4:21 am

    sakit belakang tu stress sgt tuh… cuba buat meja kerja yg lengkap dgn kerusi lembut… boleh gak tidur…

    • whooz 10 February, 2012 / 4:39 am

      itu lah, tengah fikir2 lah ni nak ubah suai.

      agaknye la stress. sebab balik dari kelantan, esoknya terus buat kerja sehari suntuk sampai jam 12 malam. mana tak sakit pinggang kan?

  3. deidaa 12 February, 2012 / 12:46 pm

    Ohhhhh… mati mati aku ingatkan dlm gamba tu ofis ko hahaha.
    Tp kalau dpt ofis mcm tu, mmg heaven kan?

    • whooz 12 February, 2012 / 2:21 pm

      hehheheh bestnyeeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s