Seniman Menangis

Beautiful song, beautiful voice 🙂

Advertisements

Aku rasa sedih dan marah

Orang yang tipu aku

Orang yang depan aku berlagak baik, belakang aku lain pulak gayanya dengan niat memburuk-burukkan aku atau famili aku

2 perangai ni dah cukup untuk buat aku delete kewujudan mereka dalam kepala otak aku. Dalam erti kata lain, aku boleh lupa apa mereka buat kat aku dengan mereka sekali aku akan lupa bahawa aku pernah kenal mereka. Tapi kalau sedara mara, macam mana aku nak delete???

Ya Allah, Kau betulkan hati aku. Jangan dipesongkan fikiran aku kepada yang jahat.

First day di sana dan first day di sini

First day di Osaka, aku belajar cara nak guna toilet yang ada banyak button tu. Tak pernah jumpa beb :P. Pernah la tengok dalam internet tapi tak pernah ambik tau macam mana nak guna. Nak flush pun tak tau kat mana 🙂

First day di KL atau lebih tepat di LCCT, aku naik escalator berdiri di sebelah kanan. Di Osaka, kalau naik escalator, belah kanan untuk berdiri. Belah kiri untuk orang jalan. 6 hari di Osaka, terbawa-bawa balik Malaysia :P. Tapi bukan aku sorang tau! Penumpang lain yang dari Osaka sama flight dengan aku pun berdiri sebelah kanan di escalator di LCCT tadi.