Jemputan Kahwin

Opsss jangan melompat dulu!

Hanya nak tanya pendapat,betul ke tidak tindakan aku ni 🙂

Situasi:

Gadis A, B, C adalah kawan rapat semasa belajar dulu. Bila dah masing-masing kerja, taklah rapat macam dulu. Gadis A (bakal pengantin) jemput Gadis B (aku lerrrr) ke kenduri kahwinnye. Gadis B soksek-soksek dengan Gadis C (kawan Gadis A dan B), ajak nak pi kenduri sama. Tapi Gadis C tak tau pun Gadis A nak kahwin.

Pada pendapat aku, aku rasa Gadis A ni tak sempat la nak menjemput. Maybe ada hal-hal lain yang jadi halangan. Busy, faham. Aku pun sms Gadis A bagitau “Eh Gadis C tak tau pun hang nak kawen”. Pastu Gadis A reply “Eh, jemput2..ajak kawan-kawan lain jugak” lebih kurang gitu lah.

Jadi, sila pilih jawapan anda:

Ataupun aku tak perlu sms pun bagitau. Tunggu je Gadis A jemput. Tapi nanti kalau tak sampai jemputan tu, Gadis C tak nak gi pulak 😀

Nak bagi jawapan lain selain di atas pun boleh.

Advertisements

Pelangi dan matahari paling cantik pernah saya lihat

.. tapi hanya dalam mimpi

Sedang saya syok-syok lepak di balkoni di sebuah banglo de tepi laut, saya nampak pelangi yang sangat cantik. Actually bukan tepi laut, rasa macam banglo tu di atas laut. Pelangi tu sangat dekat. Terlalu dekat sehinggakan kalau saya langkah balkoni tu, boleh pijak atas jalur pelangi. Tuan punya banglo kata selalu sangat pelangi macam tu. Dah tak heran 😛 . Sedang asyik tengok pelangi, tiba-tiba laut bergelora. Perlahan-perlahan, balkoni mula runtuh, terlipat masuk ke laut. Saya lari masuk ke ruang tamu. Ramai berkumpul di situ. Dalam ketakutan, kami tertidur hingga ke pagi esok. Pagi esoknya saya buka pintu banglo, keluar tengok apa yang jadi. Semua kereta terbalik. Jalan raya pecah, berpintal. Ombak kejap datang kejap pergi. Ramai sangat orang kat luar tu. Ntah dari mana datangnya. Tiba-tiba mata silau dengan cahaya matahari. Subhanallah, matahari itu sangat cantik. Terus ambil kamera, capture 😀 . Warnanya merah jingga, besar sangat. Kami semua asyik tengok matahari, hinggakan lupa bencana yang datang. Semua orang cool, rilek saja. Semua orang macam redha, kalau nak ambil nyawa sekarang pun ambil lah. Memang dah tak boleh ke mana-mana nak selamatkan diri. Tiba-tiba,seorang teman, Nurul datang, cerita pasal suit renang yang katanya boleh la untuk tahan sekejap sebelum lemas. Aku senyum je lah.

Pastu, Bai masuk bilik nak iron baju. Aku terkejut :D. Aduhhh mimpi rupanya. Tapi aku tak tau lah nak gambar macam mana cantiknya pelangi dan matahari tu 🙂

3 negeri

Nasi kerabu di PD, Negeri Sembilan

Kedai ni de tepi jalan dari PD ke Blue Lagoon. Nampak kereta banyak parking tu, betul lah. Servis yang cekap dan cepat. Makanan yang sedap. Terima kasih pakcik!

Coconut Shake di Klebang, Melaka. Saya rasa kurang lemak berkrim lah. Macam cair saja

Nasi lemak di Klebang, Melaka. Pedas menyengat!

Kedai Coconut Shake Klebang. Ramai giler orang menunggu meja kosong. Nak lepak-lepak sembang, sila rasa kesian kat orang lain 🙂

Mee Udang di Salleh Stall, Kajang, Selangor. Mee udang ni sesap, cuma tak tau lah kalau dalam kategori mee udang, ini yang paling sedap?? Kita terjah kedai Mak Jah pula 😉

Mee Udang Kuala Sepetang di Ramal Food Junction, Kajang, Selangor

Kedai makan Pak Salleh di Kuala Sepetang

Food Hunt dalam masa 1 hari saja ke 3 negeri. Syabas! Next kita ke Utara pulak ye :). Johor kita cover sekali dengan Singapore, amacam????