Pelangi dan matahari paling cantik pernah saya lihat

.. tapi hanya dalam mimpi

Sedang saya syok-syok lepak di balkoni di sebuah banglo de tepi laut, saya nampak pelangi yang sangat cantik. Actually bukan tepi laut, rasa macam banglo tu di atas laut. Pelangi tu sangat dekat. Terlalu dekat sehinggakan kalau saya langkah balkoni tu, boleh pijak atas jalur pelangi. Tuan punya banglo kata selalu sangat pelangi macam tu. Dah tak heran😛 . Sedang asyik tengok pelangi, tiba-tiba laut bergelora. Perlahan-perlahan, balkoni mula runtuh, terlipat masuk ke laut. Saya lari masuk ke ruang tamu. Ramai berkumpul di situ. Dalam ketakutan, kami tertidur hingga ke pagi esok. Pagi esoknya saya buka pintu banglo, keluar tengok apa yang jadi. Semua kereta terbalik. Jalan raya pecah, berpintal. Ombak kejap datang kejap pergi. Ramai sangat orang kat luar tu. Ntah dari mana datangnya. Tiba-tiba mata silau dengan cahaya matahari. Subhanallah, matahari itu sangat cantik. Terus ambil kamera, capture😀 . Warnanya merah jingga, besar sangat. Kami semua asyik tengok matahari, hinggakan lupa bencana yang datang. Semua orang cool, rilek saja. Semua orang macam redha, kalau nak ambil nyawa sekarang pun ambil lah. Memang dah tak boleh ke mana-mana nak selamatkan diri. Tiba-tiba,seorang teman, Nurul datang, cerita pasal suit renang yang katanya boleh la untuk tahan sekejap sebelum lemas. Aku senyum je lah.

Pastu, Bai masuk bilik nak iron baju. Aku terkejut😀. Aduhhh mimpi rupanya. Tapi aku tak tau lah nak gambar macam mana cantiknya pelangi dan matahari tu🙂

3 thoughts on “Pelangi dan matahari paling cantik pernah saya lihat

  1. deidaa 3 April, 2012 / 3:54 pm

    Petanda untuk mengejar pelangi😀

  2. fadd 4 April, 2012 / 12:40 am

    kena p lokasi laskar pelangi nih…. huhu

  3. whooz 4 April, 2012 / 5:00 am

    haaa ye la tuh, kena pergi pulau belitung nih😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s