Jemputan Kahwin

Opsss jangan melompat dulu!

Hanya nak tanya pendapat,betul ke tidak tindakan aku ni🙂

Situasi:

Gadis A, B, C adalah kawan rapat semasa belajar dulu. Bila dah masing-masing kerja, taklah rapat macam dulu. Gadis A (bakal pengantin) jemput Gadis B (aku lerrrr) ke kenduri kahwinnye. Gadis B soksek-soksek dengan Gadis C (kawan Gadis A dan B), ajak nak pi kenduri sama. Tapi Gadis C tak tau pun Gadis A nak kahwin.

Pada pendapat aku, aku rasa Gadis A ni tak sempat la nak menjemput. Maybe ada hal-hal lain yang jadi halangan. Busy, faham. Aku pun sms Gadis A bagitau “Eh Gadis C tak tau pun hang nak kawen”. Pastu Gadis A reply “Eh, jemput2..ajak kawan-kawan lain jugak” lebih kurang gitu lah.

Jadi, sila pilih jawapan anda:

Ataupun aku tak perlu sms pun bagitau. Tunggu je Gadis A jemput. Tapi nanti kalau tak sampai jemputan tu, Gadis C tak nak gi pulak😀

Nak bagi jawapan lain selain di atas pun boleh.

6 thoughts on “Jemputan Kahwin

  1. fadd 4 April, 2012 / 6:33 am

    dah kebetulan gadis b tertanye gadis c, yelah dlu kan mmg baik bersama2..gadis A tu mukin xsempat or lupe or ape2lah.. ( nak kawen mmg agak haru biru sket kot kepala hotak, byk bnda nk pk…) so, ajak je skali gadis c itu… bagus tindakan gadis b itu… syabass… hahahaha….

  2. Kay 4 April, 2012 / 8:01 am

    Selalu je berlaku situasi mcm tu…

    Tp biasanya, kay akan tny pengantin, sapa lg dia x jemput, nak jemput tak si polan si polan.. biasanya mmg la ada yg kecik ati sbb si pengantin x jemput sendiri, kalau si pengantin dan teman2 adalah karib… Trrmasuk la kay pun, pnh gak terkecik ati… Tp rasanya pengantin x la prduli pun, dia dh jemput kita, dh amanahkan kita utk jenput org lain… Melainkan takde halangan yg berat, memenuhi jemputan itu adalah wajib

    • Kay 4 April, 2012 / 8:02 am

      Eh, melainkan ada halangan yg berat… Baru betul

  3. ijun 5 April, 2012 / 9:16 am

    hahha…igtkan along yg nak kawin, baca tajuk suspen je. situasi ni mmg selalu je jadi. so mcm ni la..mmg la pengantin tu mcm tak sempat nak jemput C n dah bg amanah kat along utk jemput C. Tapi oleh sbb A, B dan C ni berkawan baik, org rasa la kan better along (B) ckp baik2 dgn A tu supaya dia usahakan gak jemput C. Kalau nak along jemput C pun better A bg kad jemputan melalui along utk C. Takut nnt C kecik ati sbb nnt dia fikir A tu mcm terpaksa jemput dia. dgn cara tu adalah bukti (melalui kad jemputan) yg si A ni mmg nak jemput si C.

    sekian…itulah pendapat saya

  4. nedli 9 April, 2012 / 1:28 am

    kalo ned.. dah disuruh jemput.. maka jemput jer lah member si C tue.. (^_^).. org buat kenduri kawen nie mmg cenggitue.. manalah nak ingat semuanyer… kengkadang sedara mara pun ada yg terlupa..

  5. dd 7 May, 2012 / 12:09 am

    1. diamkan je. kadang2 org memang tanak jemput, bila dah ditanya, jadi bersalah pulak rasa org tu. sebab kejadian lupa jemput ni jarang jadi kalau melibatkan kawan2 rapat dan sedara rapat. lupa ni biasanya kalau kawan2 lama yg dah tak contact berabad.

    2. tak patut jugak kalau nak suruh A jemput C. itu jemputan dia, bukan jemputan kita. tapi tak salah la kot kalau nak tanya. tapi lepas tu kalau dia nak jemput, elokla suruh dia cakap sendiri.

    3. bye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s