20 Mei tahun ini

Sehari sebelum 20 Mei, sekali lagi aku gagahkan kaki untuk memanjat anak tangga KL Tower. Tanpa sebarang latihan, sebab dari awal tahun, asyik busy saja. Every weekend ade je hal + malas :D. Sebab takut + risau tak dapat habiskan larian nanti, semasa bercuti di Krabi, kuatkan juga semangat untuk berjogging di pantai Ao Nang. Nasib ber”roomate” dengan Cik Miza, kuat sket semangat nak bangun pagi :D. Sehari sebelum hari larian, aku paksa lari-lari anak di Taman Bukit Jalil. Mengah siot. Nak tercabut jantung rasanya.

Pada hari kejadian, 19 Mei 2012, aku redha je. Apa jadi, aku kena habiskan jugak anak tangga. Nak juga dapatkan medal :). Finally, berjaya habiskan walaupun catatan masa merosot 3 minit. Ini adalah gara-gara aku stop di setiap floor yang ada pintu exit..hehehhe. Tak tahan aku, macam tak boleh bernafas. Terlintas juga nak give up, kebetulan aku terjumpa sorang perempuan ni yang sedang tanya orang yang bertugas jaga kat tangga tu, mana pintu nak keluar. Dia dah tak boleh terus. Fikir-fikir balik, teruskan aje lah. Lenggang pun lenggang lah :). Kelibat Cik Miza dan Cik Nurul memang dah tak nampak. Dari awal larian lagi aku dah tak nampak diorang. Dah habis larian, baru aku tahu aku tertinggal hampir 20 minit ke belakang dari diorang..hehehe. So tahun ni aku dapat hadiah hari jadi lerr. KL Tower bagi ok!

Eh, ada lagi la hadiah..heheh

Ini Cik Miza bagi right after Towerthon. Suka giler! Dah lama plan nak membeli bende ni tapi biasa la aku ni kalau bende bukan penting sangat, lambat sket la actionnye. Tup-tup ada orang bagi, rezeki! Tapi aku rasa ni ada udang di sebalik batu jugak ni. Tak henti-henti meracun aku beli iphone nih. Anyway, thanks babe!

Lamb chop, Cik Gojes belanja..hihihiihhi..alhamdulillah 🙂

Pagi 20 Mei 2012, aku bangun tidur terus ke meja komputer di “office”. Ada bungkusan kaler putih. Tersengih-sengih aku buka, tadaaaaaa! Thank you Sis! Dah lama niat nak tukar purse, tapi sebab purse lama tak koyak-koyak lagi, cuma comot je, tak tau bila la aku nak beli baru kan. Agaknya Bai dah tak tahan tengok purse lama aku yang comot tu kot..hihiihihi..suka! Ada huruf “H” lagi tu.

Banyak wish aku dapat, terima kasih ye kawan-kawan. Semoga yang korang doakan tu termakbul, amin 🙂

Harapnye next year dapat peluang join KL Towerthon lagi. Tahun demi tahun, pengurusan acara ni semakin bersistematik. Good!

Terima kasih Cik Gojes sudi datang jadi photographer walau kaki sakit. Get well soon ok!