Hilang Ingatan Jangka Pendek

Short Term Memory Loss
Tak suka! Sangat tension dibuatnye.
Terbaca satu entry di sini http://tasikmerah.blogspot.com/2012/06/melencong.html, kelakar ok!

Perkara yang paling teruk dan selalu jadi kat aku, lupa kat mana aku letak cermin mata. Nasib baik bukan kat atas kepala. Kalau nak cepat, lagi lah tension. Berpeluh mencari. Selalunya jadi bila lepas mandi lah. Bila dah siap2 pakai baju, menggagau mencari spek. Si rabun mencari cermin mata. Molek sangatlah! Selalunya nak ingat balik, aku kena rewind😀

Kalau kat office pula, yang selalu terjadi ialah dalam kepala dah plan nak buka folder tu, nak buka file tu, nak buat itu. Tapi bila dah kat depan computer, blank! Ada sekali tu lama juga lah aku cuba ingat balik apa benda aku nak buat sebenarnya. Aku click sana click sini dengan harapan “terserempak” dengan apa yang aku nak cari. Nak menangis rasanya.

Kalau korang search, akan jumpa macam-macam cara nak overcome masalah ni. Satu yang aku apply sekarang ialah limitkan tempat aku letak cermin mata. 3 tempat je, meja komputer, meja tepi katil dan sangkut dekat cermin. So far aku dah boleh ingat mana aku letak. Cuma kena disiplin sikit la bila nak letak cermin mata tu. 3 tempat sahaja, ok!

Oh ye, lagi satu selalu jugak lupa dah off lampu kereta ke belum or dah kunci kereta ke belum🙂

 

2 thoughts on “Hilang Ingatan Jangka Pendek

  1. Kay 18 June, 2012 / 4:53 am

    Sbb tu la kay ada 2 psg spek, sbb bila x ingt letak kat mana, yg lagi 1 ada boleh dipakai utk membantu pencarian…

    Tp tak membantu pun sbb lupa letak mana, bkn sbb x nampak

    • whooz 18 June, 2012 / 3:14 pm

      hiihih kan? dok kata tak nampak, tapi tak ingat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s