Eza kata diorang hijack aku tak bagi aku buat kuih

Tadi terjumpa jiran sebelah rumah di pasar Ramadhan. Apa lagi topik hangat penduduk Starfruit Hills sekarang ni, kisah air la kan. Suaminya kata keadaan macam ni akan berlarutan hingga September. Biar betul???? Ini macam betul-betul suruh aku pindah ke kawasan lain ni. Anyway, dah jadi rutin setiap malam tunggu lori SYABAS datang. Malam tadi, untuk tidak membuang masa (kalau tidur, aku malas dah nak bangun tadah air), aku siapkan tart nenas gebu nih,

Hampir setahun tak buat tart, ye lah buat time raya je. Sebab esen vanilla dah habis, aku cuba guna perisa ros. Bau harum dari dalam oven, tapi bila makan agak pelik. Ok, esok kena beli esen vanilla.

Advertisements

jam 12.30 tengah malam,

…tidurku dikejutkan bunyi siren. Pastu dengar enjin sangat kuat. Dengar suara bercakap2 sambil bunyi kelentang kelentung baldi dan tong. Oh, lori SYABAS rupanya. Yang bestnye, parking betul-betul depan rumah aku. Terus aku kejutkan Bai untuk pergi angkut air. Berpeluh jugak akak mengangkut 2 tong 12 gelen, 3 baldi dan 1 besen.

time ni lah nak tengok muka jiran pun 🙂

:(

Lain orang lain dugaannye bulan Ramadhan ni. Tak pe, buat aku insaf sikit. Sejak masuk Ramadhan ni, hari pertama je aku masak. Hari ni dah masuk seminggu, dapur masih lagi tutup.

TAPI….

macam mana aku nak buat kuih raya??????????