Doa jodoh

Semalam sempat aku join famili Ira berkumpul di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Saja nak merasa suasana. First time. Harapnya dipanjangkan umur kami sekeluarga untuk hantar ma dan abah pula.

Ira bagitau mak dia dah siap satu buku nama orang-orang untuk beliau doakan di Mekah. Nama aku pun termasuk jugak :D. Aku tak sempat nak minta dia doakan apa-apa, awal lagi dia dah masukkan dalam senarai. Apa lagi kalau bukan dipercepatkan jodoh. Amin. Risau diorang pasal aku.

Tahun lepas pun aku minta mak Diana doakan didatangkan jodoh yang baik. Sampai kan Nani kata, dah ramai kirimkan doa cepat jodoh, tak datang-datang jugak. Mak Diana kata “mungkin korang kena pi berdoa sendiri kot..” . Insyaallah 🙂

Tolong, bukan sekarang

Aku ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Tolong jangan sakit sekarang. Cuti 3 hari lepas, macam-macam aku dah plan. Nak masuk ofis, kalau tetiba malas masuk ofis nak settle kat rumah je mana yang boleh settle, nak kemas rumah, kemas baju dan segala macam. Last-last kelepek je kat sofa. Apa pun tak boleh buat. Frust betul. Dah la sorang-sorang je. Ma telefon pesan jangan makan itu, jangan makan ini. Rasa macam nak cakap kat ma, “Ma, mai la KL. Jaga saya sakit ni”. Bluekkkk! Anak manja :P.

Saat-saat genting macam ni saya perlukan kecergasan 200% please!

Sakit mana boleh disekat-sekat kan. Ajal pun. Takziah kepada rakan forum. Tak pernah jumpa face to face rasanya. Dapat berita beliau meninggal dunia Ahad lepas. Lebih sedih kandungannya yang berusia 9 bulan juga tak dapat diselamatkan. Al-fatihah.

Jepun

Tadi tengok rancangan Jejak Jepun Bersama Zizan. Bestnye la. Ramai kawan-kawan yang impian mereka nak ke Jepun. Impian dari kecil. Mesti sebab suka tengok citer Jepun nih. Tak pun dulu-dulu suka tengok Ultraman yang dah beranak pinak sekarang nih. Aku tak de pun cita-cita nak pi Jepun. Sampai aku besar pun. Mungkin sebab rasa macam mustahil untuk sampai ke sana. Tak berani nak bermimpi pun. Tapi sejak trip ke US 6 tahun dulu, aku mula bermimpi. Mimpi yang kecil-kecil. Lama-lama mimpikan yang besar-besar. Aku berangan nak keliling dunia. Walaupun bukan dalam masa 80 hari. Dapat jejak semua benua di dunia, aku puas hati. Harap tercapai 🙂

Lagi best kalau dapat tawan gunung-gunung di setiap benua kan 🙂 (bermimpi lagi). Source

Ini je lah yang ada sebagai pengubat rindu. Photobook

Bila-bila free aku up kisah di Osaka 🙂