Poskad

Setiap kali travel ke luar negara, di antara benda wajib yang aku cari dan bawa balik ialah poskad dan setem. Ye, aku ni pengumpul setem. Hobi yang sangat dulu-dulu. Jangan gelak! Tapi sejak awal tahun ni, aku up sket, pos kan poskad tu ke alamat di Malaysia. Ini pun setelah baca blog-blog kawan-kawan travel Cik Deida. Nak dapatkan poskad, tak susah. Berlambak dijual. Setem kadang-kadang susah sket. Tambah-tambah kalau travel ikut agent, masa terhad nak pergi pejabat pos bagai. Paling mudah, tanya kat hotel. Kebanyakkan hotel ada jual setem. Tak pun kadang-kadang di kedai-kedai yang jual poskad pun ada jual setem. Nak mengepos pulak, paling senang minta hotel tolong poskan lah. Tapi feeling dia tak sebest kita pergi masukkan sendiri poskad tu di peti pos. Tambah-tabah lagi kalau peti pos tu sangatlah cute. Rasa nak pos banyak-banyak je. Macam kat bawah ni:


Peti pos di luar hotel di Budapest

Seronok sebenarnya mengepos poskad ni. Walaupun kadang-kadang harga poskad + setem lebih tinggi dari harga sekeping fridge magnet, tapi perasaan bila terima poskad (walaupun pos untuk diri sendiri), best giler🙂

So, kalau ada sesiapa yang nak tukar-tukar poskad dengan aku, boleh bagi alamat🙂

Poskad terbaru dari trip Eastern Europe

Dari atas:
Budapest, Hungary
Vienna, Austria
Krakow, Poland
Prague, Czech Republic

14 thoughts on “Poskad

  1. Kay 24 October, 2012 / 12:50 am

    salam Huzz…

    kay pun mmg kumpul poskad, tp takde la dpt dr oversea… mmg biasa beli tp tak pernah pos sendiri… kat krabi tu la first time…

    hari tuh tgk dlm obsesi kat tv9, akak tu kumpul poskad sampai buat album berpuluh-puluh… tp poskad kay takde la sampai boleh buat album…

    • whooz 30 October, 2012 / 3:29 pm

      oo simpan dalam album eh? hmm boleh try nih. sebab skarang ni poskad dalam envelope je ..

  2. gerbera 24 October, 2012 / 2:16 am

    Betul, poskad mmg banyak jual. Setem yg payah. Tapi kat Krabi tu banyak kan post box. Kat Ubud, Bali post box tak cute langsung. Mcm konpius tong sampah or post box ni.

    • whooz 30 October, 2012 / 3:30 pm

      ye, kat Krabi tu boleh chup sorang satu post box nye :)…
      mana ni tak sampai2 pun lagi poskad dari Bali

  3. wak gelas 25 October, 2012 / 4:26 am

    salam wak nk ucap slmt ariraya qurban..

    • whooz 30 October, 2012 / 3:28 pm

      selamat hari raya korban wak🙂

  4. deidaa 1 November, 2012 / 12:51 am

    Kdg2 bila aku minta poskad dgn kwn2.. dorg wat balik poskad tu & bg by hand.. adoi sabaq je lah aku😛

    • whooz 23 November, 2012 / 4:48 am

      depa tak paham

  5. wakgelas 22 November, 2012 / 5:54 am

    sorrila wak X jumpe poskad POntianak pulakkks.. UHhuuu

    • whooz 23 November, 2012 / 4:47 am

      alaa wak, fridge magnet ade, takkan poskad x de. mesti ade tuuu

      • wakgelas 23 November, 2012 / 6:36 am

        bukan wak x tanye, pusing keliling satu Pontianak smpi masuk kantor pos (pejabat pos) dorang soh gi tempat jual ole-ole, gi tempat jual ole2 dorang soh gi kantor pos.. aper barang.. uhhhuUU, hampeh kanns

  6. zaza 3 January, 2013 / 1:29 pm

    Salam, nak tnya.. boleh tak klau sya nak bli 2,3 keping poskad bkenaan ngara austria?…

    !

    • whooz 3 January, 2013 / 2:08 pm

      sorry zaza, saya tak beli lebih pun. serba satu je..sorry🙂

  7. zaza 3 January, 2013 / 2:23 pm

    K…Terima ksh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s