Tiba-tiba rindu

Sepatutnya aku jumpa mereka Sabtu ni, tapi apsal ntah pagi tadi tetiba rasa nak jumpa cepat-cepat. Dah tukar plan nak pergi Kuantan lepas kerja esok. Tapi Bai OT lah pulak… hmmm balik ke rancangan asal lah nampaknya. Pagi tadi hati berdebar-debar. Tak tau pasal apa. Call ma, alhamdulillah tak de pape. Dengar suara Iris, rindunyeeeee. Aku bagitau aku beli selipar Upin Ipin warna merah, ok tak? Dia kata TAK OK! Nak warna hitam. Cisssss! Btw, aku perasan Iris ni macam tak berapa nak kenal warna. Main sebut je. Macam mana nak ajar eh?

Ok, mari layan video ni, menitis jugak air mata 🙂

OK, jumpa Sabtu ni ye!

2012 vs 2013

2012 tak berapa menjadi buat aku nampaknya

Work, Relationship, Finance, Health

Semuanya hancur! Tunggang terbalik jadinya.

Harapnya Allah panjangkan umur untuk aku perbaiki kesilapan dan kelalaian aku dan beri peluang untuk aku rasa bahagia, walaupun sekejap

Amin

Sahabat yang satu ini, macam tau je aku dalam keadaan tak tenteram, dia tinggalkan mesej kat bawah ni di facebook:

TEKNIK ZMP (ZERO MIND PROCESS)
Teknik ini adalah untuk menenangkan hati dan fikiran. Boleh buat setiap hari utk dapat ketenangan.

Tarik nafas kiraan 2, tahan nafas kiraan 4 dan lepas sambil zikir

Cara-caranya:
———–
1) tarik nafas, tahan dan lepas baca sambil “Astaghfirullah hal ‘azim allazi lailahaillahuwal hayyum qayyum waatubuilaih”

2) tarik nafas, tahan dan lepas sambil baca “Lailahaillallah”

3) tarik nafas, tahan dan lepas sambil baca “Muhammadurrasullullah”

4) tarik nafas, tahan dan lepas sambil baca “Allah hu”

Kemudian nyatakan rasa bersyukur dgn ucapkan terima kasih kepada Allah, terima kasih kepada diri sendiri dan terima kasih kepada insan yg byk menyokong kita. In Shaa Allah

Terima kasih sahabat!