Dugaan

 

 

Setiap kali kita ditimpa musibah, kita selalu beranggapan kitalah yang paling sedih, paling teruk, paling teraniaya, paling kesian.

Tapi, kita tak tahu apa yang sahabat-sahabat kita sedang lalui di luar sana. Mungkin lebih teruk dari kita.

Kelmarin aku mendapat berita seorang sahabat sedang diduga. Ya Allah, berat dugaannya. Anak perempuannya yang berusia 2 tahun menghidapi leukimia dan sedang menunggu masa je. Itu kata doktor lah. Kuasa Allah, siapa yang tahu.

Seorang sahabat yang lain pulak, masih belum pulih dari sakitnya yang lama.

Ya Allah, Kau lindungilah sahabat-sahabat ku dan keluarga mereka. Kau kuatkan lah semangat mereka.

Amin

Love

 

Saya bagi love

Saya dapat love

Terima kasih Allah kerana dipertemukan dengan mereka yang baik-baik

Mac akan jadi sangat busy. Busy is good. So tak de lah kepala otak ni melayang kepada benda-benda yang tak sepatutnya

All the best Huz!

Betul la orang kata sate kat Satay Station ni sedap.

Sebelum mati

 

 

..ada banyak benda aku nak buat sebab aku rasa macam aku dah bazirkan banyak masa selama aku hidup ni … Terima kasih kerana menyedarkan.

Ok, happy weekends!

(eh weekend tu ada “s” ke tak de “s” eh?..hihihiih)

Kucing dan Kereta

Petang tadi Mr.D buat hal tengah jalan :(. Sabar Mr.D baru 5 tahun. Saya sayang awak lagi tau.

Kejadian sebelum Mr.D buat hal

Ada seekor anak kucing sedang lepak dengan mamanye dekat dengan kereta aku. Bila aku buka pintu kereta, cepat-cepat anak kucing tu datang dekat aku. Sangat comel lah! Manja pulak tu. Guling-guling depan aku. Aku pun main-main la dengan dia kejap. Pastu aku pun start kereta, anak kucing tu terus lari masuk bawah kereta. Risau aku, aku alih dia ke tiang jauh sikit. Mamanye pun ikut sekali. Mama dia tengok je aku. Aku reverse kereta, tup-tup nampak lagi seekor anak kucing yang tadinye sedang lepak bawah kereta aku. Nasib baik aku tak gelek anak kucing tu. Kemudian aku stop la kejap tengok anak-anak kucing tu berlari-lari. Mama kucing tu tengok je aku. Sikit pun dia tak alih pandangan. Kiranya mata bertentang mata. Macam nak gaduh pun ada. Macam kalau buat dialog, “lu apa hal??????”. Pastu aku pun terus gerak dari situ.

Ntah-ntah mama kucing tu nak bagi warning kat aku Mr.D akan mati tengah jalan.

Permintaan terakhir

Semalam, seorang sahabat update statusnya di FB mengenai ibunya yang baru meninggal dunia.

Petang tadi beliau update lagi statusnya dialog beliau dengan ibunya. Ibu meminta belikan handbag. Sahabat ni bagi alasan, tengoklah kalau sempat. Ibunya kata, tak pe lah kalau ada, beli lah satu. Permintaan terakhir ibunya yang tak sempat ditunaikan.

Tiba-tiba mata aku panas je. Rasa sedih giler. Sebab teringat aku pun kadang-kadang macam tu. Walaupun dah banyak permintaan ma abah yang aku dah tunaikan, tapi ade je yang aku tak buat. Aku ni nampak je lembut macam dengar kata. Tapi bila angin degil tu datang, aku tak buat pun apa yang ma abah suruh ataupun aku tangguhkan.

Jangan menyesal kalau tiba masa mereka tutup mata atau kita tutup mata dahulu