Sensitif

Aku perasan la kan, lately aku ni sangat sensitif. Dalam erti kata hati cepat tersentuh, sebak, mata mudah mengalir air mata.

Tadi aku jalan-jalan di blog http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/. Saja nak kenal dengan bakal tuan rumah yang akan kami tumpang bermalam untuk hiking di Cameron Highlands esok. Baca entry-entry beliau pasal kehidupan seharian beliau sebagai guru di perkampungan orang asli di sana. Eh, tiba-tiba rasa panas je mata ni. Slow-slow air mata mengalir. Terharu sebab tengok semangat beliau dan rakan-rakan guru bersusah payah naik motor dalam hujan, lecak, jalan licin nak ke sekolah. Terharu tengok semangat anak-anak orang asli yang tak nak tertinggal dalam pelajaran. Tapi ada juga yang sanggup tak ke sekolah sebab nak jaga famili.

Baru-baru ni aku ada like satu page kat facebook, MyTINA project charity. Group yang ditubuhkan untuk bantu anak-anak yang menghidap kanser. Kisahnye, tuan punya page juga kehilangan anak perempuan yang menghidap brain tumor. Baru-baru ni dorang ada buat charity event di HKL. Tengok gambar anak-anak kecil yang digelar “Little Warrior” tu, rasa macam nak meraung. Sabar Whooz :).

Minggu bila ntah aku tengok satu drama di Astro. Aku tak ingat apa tajuknye. Kisah lelaki tua dan perempuan tua yang sama-sama di sahkan menghidap kanser stage 4. Mereka berkenalan dan ambil keputusan untuk berkahwin. Dua-dua pihak dapat tentangan dari anak masing-masing. Ye lah , anak-anak kata dah tua-tua pun nak kahwin. Lepas dorang kahwin, suaminye sungguh-sungguh nak tunaikan apa hajat isterinye. Disuruhnye tulis dalam buku, perkara yang isterinye takut nak buat dan ingin buat. Kemudian dorang mengembara dalam Malaysia, dalam misi untuk menunaikan hajat. Semuanya tercapai :). Sehinggalah hajat yang satu, nak ke Mekah yang pada mulanya ada masalah. Kemudian settle dengan bantuan anak-anak. Termakbul impian kedua-duanya. Impian isteri untuk ke Mekah. Impian suami untuk menjadikan impian isterinya kenyataan. Akhirnya isterinya meninggal kat sana. Aduihh! Time layan ni memang basah bantal kat sofa tu :D. Nasib baik aku layan sorang je.

Aduhai hati perempuan 🙂

Advertisements

33

Orang kata ianya sekadar nombor. Yup, betul. Tapi ia juga mengingatkan aku apa je yang aku dah buat selama hidup ni.

Terima kasih untuk semua doa dan ucapan 😉

Annual event

KL tower bagi hadiah yang sama untuk besday saya tahun ni 🙂

2010 – 00:57:50
2011 – 00:46:29
2012 – 00:49:33
2013 – 00:44:37

Takde la improve mana. Next year cuba lagi. Azam yang sama tiap tahun, tapi bila nak dekat-dekat event, langsung tak training pun. Baru nak menyesal. The best part is, tahun ni kami dibenarkan lepak di observation deck, sama seperti 1st time aku join 2010. Ada satu rasa yg semacam. Tak tau nak cakap :). Kalau 2010 dulu, aku bergambar sorang-sorang kat atas tu, tahun ni ada geng 😉

Tahun ni, berjaya heret adik-adik join sama. Proud of you!

Tanah Kubur

Tak terlintas kat fikiran aku rancangan Tanah Kubur ni boleh bagi kesan pada kanak-kanak. Aku fikir untuk orang-orang dewasa je. Lagipun aku tak pernah pula lepak dengan budak-budak kecik sambil tengok Tanah Kubur ni.

Baru-baru ni time lepak dengan famili di Kuantan, aku pasang rancangan Tanah Kubur ni. Tiba-tiba Iris datang dekat aku, dia kata “Ayish takut tanah kubur”. Terus datang sembunyi belakang aku. Aku tanya kenapa takut? Dia jawab, “Ada ulat. Dia marah mama dia”.. Time tu tunjuk scene anak ni nak bunuh mak dia, pastu dia sendiri terjatuh, tertikam gunting dan mati.

Aku pun bagitau Iris tak baik tau marah mama. Iris angguk