Sensitif

Aku perasan la kan, lately aku ni sangat sensitif. Dalam erti kata hati cepat tersentuh, sebak, mata mudah mengalir air mata.

Tadi aku jalan-jalan di blog http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/. Saja nak kenal dengan bakal tuan rumah yang akan kami tumpang bermalam untuk hiking di Cameron Highlands esok. Baca entry-entry beliau pasal kehidupan seharian beliau sebagai guru di perkampungan orang asli di sana. Eh, tiba-tiba rasa panas je mata ni. Slow-slow air mata mengalir. Terharu sebab tengok semangat beliau dan rakan-rakan guru bersusah payah naik motor dalam hujan, lecak, jalan licin nak ke sekolah. Terharu tengok semangat anak-anak orang asli yang tak nak tertinggal dalam pelajaran. Tapi ada juga yang sanggup tak ke sekolah sebab nak jaga famili.

Baru-baru ni aku ada like satu page kat facebook, MyTINA project charity. Group yang ditubuhkan untuk bantu anak-anak yang menghidap kanser. Kisahnye, tuan punya page juga kehilangan anak perempuan yang menghidap brain tumor. Baru-baru ni dorang ada buat charity event di HKL. Tengok gambar anak-anak kecil yang digelar “Little Warrior” tu, rasa macam nak meraung. Sabar Whooz🙂.

Minggu bila ntah aku tengok satu drama di Astro. Aku tak ingat apa tajuknye. Kisah lelaki tua dan perempuan tua yang sama-sama di sahkan menghidap kanser stage 4. Mereka berkenalan dan ambil keputusan untuk berkahwin. Dua-dua pihak dapat tentangan dari anak masing-masing. Ye lah , anak-anak kata dah tua-tua pun nak kahwin. Lepas dorang kahwin, suaminye sungguh-sungguh nak tunaikan apa hajat isterinye. Disuruhnye tulis dalam buku, perkara yang isterinye takut nak buat dan ingin buat. Kemudian dorang mengembara dalam Malaysia, dalam misi untuk menunaikan hajat. Semuanya tercapai🙂. Sehinggalah hajat yang satu, nak ke Mekah yang pada mulanya ada masalah. Kemudian settle dengan bantuan anak-anak. Termakbul impian kedua-duanya. Impian isteri untuk ke Mekah. Impian suami untuk menjadikan impian isterinya kenyataan. Akhirnya isterinya meninggal kat sana. Aduihh! Time layan ni memang basah bantal kat sofa tu😀. Nasib baik aku layan sorang je.

Aduhai hati perempuan🙂

2 thoughts on “Sensitif

  1. Along Mune 31 May, 2013 / 8:14 am

    Selamat ber hiking huzz.. along pun dah naik last week.. naik gunung brincang..tapi bawak triton.. hahahaha.. sungguh x aci… :p

  2. Along Mune 31 May, 2013 / 8:25 am

    Hidup ini ada naik ada turunnya.. masa along pergi cameron.. bknlah hendak sungguh2 sangat membeli barang2 hasil tukang org asli disana.. tapi pada along membeli untuk lebih membantu mereka… memang sedih.. tp inilah kehidupan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s